Tindakan pelakon Rabecca
Nur Al-Islam, 23 tahun, yang mahu memulangkan semula wang syiling 5 sen berjumlah RM11,500 kepada Erma Fatima membuatkan pengarah itu menyindir pelakon tersebut di laman Instagram miliknya.
Erma Fatima diarahkan untuk
membayar saman kepada Rebecca Nur Al Islam.
Siapa sangka saman yang bernilai RM11,200 dibayar dalam bentuk duit
syiling 5 sen.
BACA: Rabecca enggan terima
duit 5 sen bayaran saman Erma Fatima
“Peguam saya terima wang dan
sebuah kotak yang saya percayai mempunyai al-Quran pada jam 4 petang semalam,
namun dia terpaksa menolaknya atas sebab undang-undang. Menurutnya, wang
syiling hanya boleh dibayar tidak lebih daripada RM30 dan selebihnya dalam
bentuk wang kertas atau cek. Selain itu, hadiah dan al-Quran yang diberikan
juga tidak termasuk dalam syarat tuntutan bayaran, jadi saya tidak boleh
sewenang-wenangnya menerima pemberian itu dan ianya salah dari segi
undang-undang,” kata Rabecca Nur Al Islam kepada Murai.
Erma Fatima dalam beberapa kenyataan yang dimuat naik
dalam laman sosial tersebut berkata, tidak baik bagi Rabecca untuk tidak
menerima wang syiling berkenaan dan senaskhah Al-Quran yang diberikan
kepadanya.
"Tak baik you reject coin 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit
tuntutan you juga, nilainya
tetap sama, seems Al-Quran pun you
reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran
itu untuk you, so I post di
sini sebab I tahu you akan baca"- Erma Fatima melalui
Instagramnya.
Selain wang syiling dan Al-Quran yang dihantar ke pejabat
peguam Rabecca, Erma Fatima turut menyelitkan
sekeping kad dengan kata-kata agar Rabecca
Nur Al Islam terus tidak berbohong.
Rabecca Nur Al Islam telah menerima
wang tuntutannya daripada Erma Fatima sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen selepas memenangi kes
tuntutan terhadap pengarah drama itu pada 8 November lalu. Erma Fatima selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan
pelakon itu sebanyak 40% sehingga menyebabkan Rabecca Nur Al Islam memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala
Lumpur pada 23 Julai 2013.
Sumber: Abang Nara & Mstar
*Kat hujung ayat instagram Erma Fatima tertulis 'By the way u nak duit kertas yer...esok I hantar..'. Hope lepas hantar duit kertas tu, settle la segalanya.
*Kat hujung ayat instagram Erma Fatima tertulis 'By the way u nak duit kertas yer...esok I hantar..'. Hope lepas hantar duit kertas tu, settle la segalanya.
22 comments
Sambil nak selesai sambil menyindir makan dalam nampaknya. Hehehehe
peringatan kot...
Peringatan...die hantar pakai duit kertas seringgit la pulak nanti..hehe. Ntahlah, dunia retis..si rabecca pon satu. mentang2 laki die lawyer..tu pun nak bising
hmmm.. pedas sungguh kata2 erma.. mau terduduk rebecca baca tu..hihi...
masing2 taknak kalah. go on je lah haha
setel lah cepat2....makan dalam sindiran tu..
perang dingin betul..
mmmm.... ssh nk ckp...
masing2 nak menang kan..
hu3.. apa maksud erma yea dalam suarta yg dia tulis tu?
entah apa2kan artis nie..huhu
5 sen kecil jumlahnya pada mereka yang x bersyukur.. bagi mereka yg bersyukur, 5 sen tu besar nilainya =)
bukannya tak boleh tukar kat bank, pi jela bank tukar, kan senang, tak payah banyak2 cerita --'
sekali dia anto kertas A4 terus kihkih :D
isu hot ni..
5 sen pun duit tahu..hehe
alah..kalau nak settlekan senang ajer.. g ajer bawa duit tu..bank in terus kat account...bukannyer susah
penuh makna....
macam-macam..
Keras kepala juga Rebecca ni. Macam la tak boleh bawak syiling tu kira kat bank. Tapi tengok pada nilai tuntutan dia sampai RM11,200 tu, kiranya dunia artis ni kalau dapat bayaran dia kira masyuk jugak la yer.
Done, menabung iklan Maple Story :-)
Hanya Allah jua yg mengetahui...
mcm2 la depa ni ...
EmoticonEmoticon