Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen

Tindakan pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 23 tahun, yang mahu memulangkan semula wang syiling 5 sen berjumlah RM11,500 kepada Erma Fatima membuatkan pengarah itu menyindir pelakon tersebut di laman Instagram miliknya.

Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen

Erma Fatima diarahkan untuk membayar saman kepada Rebecca Nur Al Islam. Siapa sangka saman yang bernilai RM11,200 dibayar dalam bentuk duit syiling 5 sen.

BACA: Rabecca enggan terima duit 5 sen bayaran saman Erma Fatima

“Peguam saya terima wang dan sebuah kotak yang saya percayai mempunyai al-Quran pada jam 4 petang semalam, namun dia terpaksa menolaknya atas sebab undang-undang. Menurutnya, wang syiling hanya boleh dibayar tidak lebih daripada RM30 dan selebihnya dalam bentuk wang kertas atau cek. Selain itu, hadiah dan al-Quran yang diberikan juga tidak termasuk dalam syarat tuntutan bayaran, jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya menerima pemberian itu dan ianya salah dari segi undang-undang,” kata Rabecca Nur Al Islam kepada Murai.

Erma Fatima dalam beberapa kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial tersebut berkata, tidak baik bagi Rabecca untuk tidak menerima wang syiling berkenaan dan senaskhah Al-Quran yang diberikan kepadanya.


Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen, instagram erma fatima

"Tak baik you reject coin 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca"- Erma Fatima melalui Instagramnya.

Selain wang syiling dan Al-Quran yang dihantar ke pejabat peguam Rabecca, Erma Fatima turut menyelitkan sekeping kad dengan kata-kata agar Rabecca Nur Al Islam terus tidak berbohong.
Rabecca Nur Al-Islam, erma fatima, Erma Fatima sindir Rabecca enggan terima syiling 5 sen, isi kandungan surat erma fatima untuk rabecca

Rabecca Nur Al Islam telah menerima wang tuntutannya daripada Erma Fatima sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen selepas memenangi kes tuntutan terhadap pengarah drama itu pada 8 November lalu. Erma Fatima selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40% sehingga menyebabkan Rabecca Nur Al Islam memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai 2013.

Sumber: Abang Nara & Mstar

*Kat hujung ayat instagram Erma Fatima tertulis 'By the way u nak duit kertas yer...esok I hantar..'. Hope lepas hantar duit kertas tu, settle la segalanya. 

22 comments

Sambil nak selesai sambil menyindir makan dalam nampaknya. Hehehehe

Peringatan...die hantar pakai duit kertas seringgit la pulak nanti..hehe. Ntahlah, dunia retis..si rabecca pon satu. mentang2 laki die lawyer..tu pun nak bising

hmmm.. pedas sungguh kata2 erma.. mau terduduk rebecca baca tu..hihi...

masing2 taknak kalah. go on je lah haha

setel lah cepat2....makan dalam sindiran tu..

mmmm.... ssh nk ckp...
masing2 nak menang kan..

hu3.. apa maksud erma yea dalam suarta yg dia tulis tu?

entah apa2kan artis nie..huhu

5 sen kecil jumlahnya pada mereka yang x bersyukur.. bagi mereka yg bersyukur, 5 sen tu besar nilainya =)

bukannya tak boleh tukar kat bank, pi jela bank tukar, kan senang, tak payah banyak2 cerita --'

sekali dia anto kertas A4 terus kihkih :D

isu hot ni..

alah..kalau nak settlekan senang ajer.. g ajer bawa duit tu..bank in terus kat account...bukannyer susah

Keras kepala juga Rebecca ni. Macam la tak boleh bawak syiling tu kira kat bank. Tapi tengok pada nilai tuntutan dia sampai RM11,200 tu, kiranya dunia artis ni kalau dapat bayaran dia kira masyuk jugak la yer.

Done, menabung iklan Maple Story :-)

Hanya Allah jua yg mengetahui...


EmoticonEmoticon