Bel Ami – sinopsis drama Korea

Drama Korea kini menyengat dengan drama terbaru berjudul Bel Ami. Jom ikuti jalan penceritaan drama ni menerusi sinopsisnya, pelakon dan peranan watak mereka, juga perkongsian gambar dan ost dalam drama ni. Layannnnn….

Tajuk drama: Bel Ami
Juga dikenali: Pretty Man / Beautiful Man / Beautiful Boy / Pretty Boy
Genre drama Bel Ami: Romantik, komedi, kekeluargaan
Pengarah: Jung Jung-Hwa
Saluran: KBS2 392
Jumlah episode: 16

Sinopsis Bel Ami
Dokgo Ma-Te (Jang Keun-Suk) ialah lelaki terhensem di dunia. Ma Te bercita-cita tinggi ingin mempunyai wang yang banyak dengan menggunakan kekacakkan dirinya. Ma Te berjumpa dengan Hong Yoo-Ra (Han Chae Young), bekas anak menantu sebuah keluarga yang kaya raya. Hong Yoo-Ra mengenali Ma Te dan menjadi mentor Ma Te dalam mencapai cita-cita Ma Te. Hong Yoo-Ra memberi misi cabaran kepada Ma Te untuk menggoda 10 orang wanita. Kesemua wanita ini harus mempunyai kejayaan dalam bidang masing-masing, jadi Ma Te akan mempelajari ilmu dari mereka. 

Munculnya seorang wanita unik di hadapan Ma Te. Namanya Kim Bo-Tong (IU), gadis biasa berlatar belakangkan dari keluarga susah. Kim Bo-Tong memberi tamparan hebat buat Ma Te. Adakah Kim Bo-Tong berjaya membuat Ma Te jatuh hati padanya?

Gambar drama Korea Bel Ami
 Bel Ami – sinopsis drama Korea

Bel Ami – sinopsis drama Korea

Pelakon drama Korea - Bel Ami
Jang Geun Suk - Dok Go Ma Te
IU - Kim Bo Tong
Lee Jang Woo - Choi David
Han Chae Young - Hong Yoo Ra
Kim Bo Yun - Na Hong Ran
Dok Go Young Jae - Park Ki Suk
Kim Young Jae - Park Moon Soo
So Yoo Jin - Jaek Hee
Kim Ye Won - electricity fairy
Cha Hyun Jung - Kim In Joong
Park Ji Yoon - Yo Mi
Kim Min Joo - Yeo Mim
Yang Mi Kyung - Kim Mi Sook
Kim Ji Han -Jang Duk Saeng
Lee Mi Young - Lee Mal Ja
Yeo Hoon Min - Kim Dae Shik

OST Bel Ami

Saksikan drama Korea, Bel Ami
Hari: Rabu dan Khamis
Jam: 1.05 petang hingga 2.15 petang
Saluran: KBSW HD 392 & KBSW 391

7 comments

JGS mmg xleh lari dari drama yg tajuk mcm ni kan..! sbb dia pun serius mmg cantik gilak..!hehe

harap astro one tayang citer ni cepat2..hehehe

baru perasan keluaran KBS..ingatkan KBS...time keje lak tu..grrr..!

Comel ja IU.. Tapi saya malas dah nak tengok drama korea nih.. Haritu tengok 1 2 episod ja..

yumida pun lyn cite nie.. akak pun lyn.. ptg2 ahad dulu keluar g jln2.. skrg duk umah ngadap cite nie...

omgeeee. PG minat giler dengan JKS! :)

JGS tok mala jak berlakon cerita cmtok kan.. kmk pun dah lejuk.. *bukan peminat JGS*
hehe

ahahaha tak dinafikan JGS memang pretty..kahkah


EmoticonEmoticon