Saya nak duit raya Cik Misya!!!

KLIK BANNER UTK JOIN


As salam buat rakan pembaca,

Masih tidak terlewat untuk aku ucapkan salam lebaran buat korang semua. Moga dengan kedatangan bulan Syawal, lebih banyak azam yang ingin kita capai. Raya oh raya....sebut je pasal raya..benda pertama yang terlintas di kepala aku pastinya lemang, ketupat, juadah raya, biskut, kek raya berlapis-lapis mengalahkan pelangi. Langsir baru, baju baru, cat rumah baru, gelang emas berbling-bling you! Paling best..bila dapat duit raya. Yey! Seronoknya!
  

Masa kecik suasana raya tak dapat aku rasai keseronokkannya. Pasal, persekitaran rumah kami semuanya dihuni oleh masyarakat cina. Raya ker tak raya..sama je rasanya. Cuma bila raya aku rasa kaget sedikit tengok bermacam jenis kacang, keropok, biskut kat atas meja. Angpau raya? Hmmm...aku rasa time tu aku tak kenal kot angpau raya. Mana tak nye, tak de yang hulurkan aku duit raya. Huhu.. jangankan kata nak hulur. Takde yang datang berkunjung ke rumah kami. Masa ni kami tinggal kat kawasan bandar..yang kebanyakannya dihuni oleh masyarakat cina. Ayah pula..asyik tak dapat cuti raya. So, tak dapat balik ke kampung nenek. Berayalah kami sesama sendiri di rumah.

Then, masa umur aku 8 tahun..time ni aku darjah 2. Kami sekeluarga pindah ke kampung. First time duduk kat kampung..seronoknya! Time tu jalan raya bertar belum ada. Yang ada hanya jalan berbatu dan jalan simen segiempat. Ala...jalan lama dulu-dulu tu. Bekalan air dan elektrik belum ada lagi waktu tu. Zaman pelita.



Bila tibanya hari raya, aku rasa sangat excited! Pasal..aku boleh pakai baju kurung baru. Yang syoknya aku ada kawan-kawan baru. Semuanya muslim. Kami berjalan raya bersama-sama di kampung. Pengalaman menyambut raya di kampung memang best. Dari situ aku belajar..bila berkunjung ke rumah jiran..kita kena bersalaman dengan tuan rumah. Memberikan ucapan salam sebelum memasuki rumah orang. Duduk sopan, minum air pun sopan. Yang syoknya..ada tuan rumah yang baik hati bagi kita orang angpau.



First time dapat angpau youuu...aku sampai melompat-lompat! Sampai tuan umah pun gelak. Padahal bagi 20 sen je pun. Hehe..seronoknya beraya kat kampung.




Even kehidupan penduduk kampung agak kurang berada. Namun, diorang sentiasa bermurah hati memberikan duit raya kat budak-budak datang beraya. Ada yang bagi 10 sen, 20 sen, 50 sen, paling banyak dapat RM1 tau! Haaa..duit seringgit syiling emas tu. Korang masih ingat tak kat duit tu? Tu la duit paling famous zaman dulu-dulu. Umur 8 tahun aku berjaya kutip duit raya sebanyak RM3.10. Alhamdulillah..meriahnya sambutan raya di kampung, malah dapat duit raya lagi. Best sesangat!




Bila masuk fasa sekolah menengah. Duit raya makin kurang. Coz sudah bergelar remaja. Biasanya di kampung, hanya budak-budak sahaja diberikan angpau raya. Tapi.....even tak dapat duit raya dari orang kampung. Mak ngah, pak ngah, pak long, mak long, mak usu, pak usu dan saudara mara lain kasi angpau jugak. Nilai pun besar. Biasanya diorang kasi duit raya RM10 setiap seorang. Bila dikumpul-kumpul...jadilah banyak. Pernah sekali aku mencatat sejarah di usiaku 15 tahun (tingkatan 3) dapat duit raya sebanyak RM80. Banyak tuuu... Happy tak terkata. Beli baju, beli seluar, beli buku, beli jam...haha..macam-macam nak dibeli.



Alhamdulillah, sekarang aku dah bergelar isteri orang. Raya bertambah meriah dan bermakna apabila meraikan hari yang istimewa ni bersama suami tersayang. Raya tahun ni (2013) merupakan detik bersejarah dalam hidup aku. Sebab apa? Tahun ni aku dapat duit raya paling banyak!!! Rasa macam tak percaya. Syukur Alhamdulillah..semoga aku sentiasa dimurahkan rezeki. Even dah dapat title ‘wife’ namun masih ada yang bermurah hati menghadiahkan duit raya. Yey! See..aku masih kanak-kanak riang di mata orang. Ngeee :)

Sini aku senaraikan penyumbang angpau raya untuk aku tahun ni:
Hb tersayang                           RM1200.00
My MIL                                    RM50.00
My SIL(i)                                  RM100.00
My SIL(ii)                                 RM60.00
My SIL (iii)                               RM30.00
Mak Anjang sebelah my hb    RM50.00
Mak Mok sebelah my hb        RM50.00

Total angpau raya tahun 2013....RM1540.00. Syukur Alhamdulillah! Terima kasih pada yang sentiasa menghulur, semoga korang juga sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.





Indahnya berhari raya,
Masa untuk semua bersuka ria,
Yang tua yang muda yang miskin yang kaya,
Selamat hari raya!

Salam lebaran di pagi Syawal,
Excited bersolat Raya menjadi yang terawal,
Makan lemang, ketupat dan rendang ikan bawal,
Beringat-ingat pemakanan hendaklah dikawal,
Salam Syawal :)

Psssst! Sebelum aku mengundur diri..nak kasi korang pantun jap. Sambil-sambil tu..moh ler join segmen Cik Misya: Saya nak duit raya Cik Misya. Teringin gak nak baca pengalaman korang berhari raya bersama duit raya yang korang dapat. Selamat Hari Raya Aidilfitri u olls :)





TAG:

TAMAT: 20 OGOS 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

11 comments

Alorrr x leh nak join. Pcprob.

Slmt hr ry..

moga dpt duit raya ye yumida.. good luck.. ;)

Menarik cerita duit raya anda!:) TQ for joining.. Senarai perserta telah di update. Jom kunjung-mengunjung.. Salam Aidilfitri..:) http://www.aimisyahirah.com/2013/08/senarai-peserta-contest-saya-nak-duit.html

membalas kunjungan dari segmen yang sama.. menarik kisah duit raya yumida.. semoga berjaya.. :D

datang singgah sini dari segmen yg sama..

pergh.. siap ada senarai penymbang angpau..

http://pening-pala.blogspot.com/2013/08/segmen-saya-nak-duit-raya-cik-misya.html

Hola!=) Anda di shortlisted! Tunggu pengumuman seterusnya..;) http://www.aimisyahirah.com/2013/08/shortlisted-siapakah-pemenang-terpilih.html

salam Yumida , selamat hari raya ...dah banyak dapat duit raya, bg chance la kat anak pcl eh..haha anyway gud luck !

Tahniah!! Anda pemenang duit raya Cik Misya!!:) Sila lihat link untuk menuntut hadiah. http://www.aimisyahirah.com/2013/08/senarai-pemenang-contest-saya-nak-duit.html