Cantik berseri di Aidilfitri

KLIK BANNER UTK JOIN


Nyatakan bagaimana produk fair & lovely dapat membantu memberikan kecerahan pada kulit anda setiap hari.

Sebagai seorang pengguna Fair & Lovely, keberkesanan produk ini dari segi mencerahkan kulit tidak dapat dinafikan. Yumida mula menggunakan produk Fair & Lovely ni semenjak di tingkatan satu. Produk ni sangat popular dan diguna pakai oleh kebanyakan rakan-rakan di sekolah. Selain harganya yang murah, yang mana boleh dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat, ianya terbukti boleh mencerahkan kulit! Didatangi dengan Advanced Multi Vitamin yang menawarkan kandungan Vitamin B3, C dan E, yang mana membantu dalam proses mencerahkan kulit dan menjadikan kulit kita lebih berseri-seri!

Rangkaian krim pencerah muka Advanced Multi Vitamin Fair & Lovely menerusi Advanced Pink Formula berfungsi untuk menghidratkan dan mencerahkan kulit wajah kita. Dengan formulasi baru ini, menjadikan kulit kita lebih lembut, cerah dan berseri.

Berikut merupakan lima rawatan pencerahan unik:

I. Mengurangkan bintik-bintik hitam
II. Mengurangkan warna kulit perang
III. Mengurangkan kesuraman
IV. Mencerahkan lingkaran-lingkaran hitam
V. Mencerahkan tona kulit secara menyeluruh


Berikan azam / wishlist/ harapan anda untuk raya kali ni (2013).

Azam Yumida untuk raya kali ini ingin tampil cantik dengan memiliki warna kulit yang cerah. Yumida berharap dengan pemakaian produk Fair & Lovely ini membuatkan Yumida tampak putih berseri-seri di Aidilfitri. Setiap kali menggayakan baju raya, keanggunan Yumida terserlah dengan kulit yang putih melepak, yang telah menghidupkan corak flora pada baju raya. Sehingga memukau mata tetamu dek penangan kulit yang cantik, putih, cerah, yang kelihatan berseri-seri!

Dalam pada itu juga, Yumida ingin menghapus beberapa bintik hitam di sekitar pipi. Bintik-bintik ni sedikit sebanyak mencacatkan keindahan wajah yang ayu ini. Bila wajah dah cerah pastinya Yumida nak jugak hilangkan kesan binti-bintik hitam di wajah. So, dengan adanya formula baru Advanced Multi Vitamin, tertunailah hasrat di hati. Yey! Indahnya...

Warna kulit Yumida yang putih pucat mendatangkan kesuraman di mata orang lain. Dengan adanya produk Fair & Lovely ni, ia menaikkan seri warna tona kulit Yumida. Pastinya akan membuatkan kulit Yumida kelihatan cerah bersinar-sinar umpama sesuatu yang segar. Cantik dipandang malah kelihatan berseri-seri.

Bila wajah dah cantik, cerah, ayu, anggun jelita dengan adanya Fair & Lovely ini pastinya menyuntik keyakinan dalam diri Yumida. Beramah mesra dengan para tetamu di hari lebaran. Melayan tetamu dengan senang hati. Diri menjadi lebih ceria daripada biasa.



Lengkapkan slogan : “Produk Fair & Lovely sentiasa di hati ....................................”

Produk Fair & Lovely sentiasa di hati kerana harganya mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. Bukan sahaja harganya murah tapi ia terbukti keberkesanannya dalam mencerahkan kulit. Umpama pembelian yang berbaloi-baloi! Kulit tampak lebih cerah, lembut, malah kelihatan lebih berseri-seri! Harumannya juga memikat sesiapa sahaja yang menggunakan produk Fair & Lovely ini. Haruman yang menyenangkan dan menenangkan buat diri si pemakai, umpama aromaterapi. Pastinya Fair & Lovely sentiasa di hati!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments