Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh & Terhempas Di Ukraine

Sekali lagi Malaysia diuji. Pesawat MAS MH17 disahkan terhempas di negara Ukraine. Punca pesawat MH17 terhempas dikaitkan dengan kumpulan pemberontak antara Ukraine dan Rusia, yang mensasarkan misil dilancarkan di udara Ukraine. Yang ketika itu, pesawat MAS MH17 sedang melalui laluan udara tersebut. 

Bluefin-21 alat mencari pesawat MH370 di dasar laut

Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) pesawat MH370 masih berterusan. Pujian untuk pihak atasan yang tidak pernah berputus asa dalam mencari pesawat MH370 yang hilang semenjak 8 Mac 2014 yang lalu. Walaupun sebelum ni, penerimaan 2 isyarat dari dasar laut yang dikaitkan kemungkinan dari kotak hitam milik MH370. Namun, harapan tersebut terkubur apabila hari seterusnya tiada lagi menerima isyarat. Alhamdulillah, kini ada lagi teknologi untuk membantu pencarian MH370 yang dikhaskan beroperasi di dasar laut iaitu Bluefin-21.

Malaysia Airlines (MAS) syarikat penerbangan terbaik!

Teringat aku suatu ketika dahulu, ketika menyambung pelajaran di UMS, Sabah. Jarak yang jauh antara Kuching dan Kota Kinabalu, hanya dengan kapal terbang sahaja dapat menghubungkan aku ke sana. Ketika itu, aku hanyalah bergelar student. Dengan menggunakan kad pelajar dapat la harga rendah untuk membeli tiket penerbangan. Guess what? Zaman aku belajar dulu tak pernah pakai penerbangan lain. Hanya dengan Malaysia Airlines (MAS) sahaja. Komen mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh Malaysia Airlines (MAS), tidak penah mengecewakan! Sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik. Pernah sekali aku tertinggal flight, gara-gara lambat sampai ke airport. Salah aku sendiri, huahuahua..padan muka! Then, keesokkan paginya jam 3.30 pagi aku dah berada awal di airport. Pasal…aku pakai tiket standby. Alhamdulillah..dapat la jugak aku masuk ke perut belon (perut kapal terbang MAS).

Pelan D-Day oleh Malaysia Airlines (MAS)

D-Day merupakan pelan perancangan oleh Malaysia Airlines (MAS) untuk menerbangkan keluarga penumpang MH370 dari China ke Australia. Pelan D-Day ini akan dilaksanakan apabila memperoleh bukti kukuh akan penemuan pesawat MH370. Memandangkan, teori dan pencarian menunjukkan berkemungkinan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Yang mana berhampiran dengan negara Australia. Projek D-Day ini juga menyediakan kelengkapan buat keluarga penumpang MH370 yang bakal menginap di Australia. Antaranya pengurusan hotel, makanan, perubatan dan sebagainya. Melihat kepada situasi ini, pihak MAS sedaya upaya membantu keluarga mangsa dari China. Status terkini projek D-Day – masih menunggu pengesahan dari kerajaan China dan Malaysia untuk diluluskan.

Isyarat kotak hitam kemungkinan milik MH370 hilang

Baru je rasa happy dan lega bila diumumkan penerimaan 2 isyarat kotak hitam di dasar laut. Selepas hampir sebulan pesawat MH370 hilang. Berita mengenai isyarat tu memberi harapan buat semua orang akan penemuan kotak hitam yang berkemungkinan milik MH370. Namun, hari ni…datang lagi berita mendukacitakan. Isyarat tersebut telah hilang. Dalam kata lain, isyarat kotak hitam telah padam.

Singkapkan Doa Kami – Riz

Sempena mengenang tragedi MH370 sebuah lagu telah dicipta. Berjudulkan Singkapkan Doa Kami. Lagu ini dicipta oleh LY dan Baiduri. Mesej lagu ini adalah untuk meluahkan simpati kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang kehilangan insan tersayang.

Singkapkan Doa Kami – Lagu MH370

Komposer tempatan LY atau nama sebenarnya Rozman Shafie mencipta lagu 'Singkapkan Doa Kami' bagi meluahkan simpati beliau kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang kehilangan insan tersayang.  

Pesawat Tentera Udara India terhempas!

Sekurang-kurangnya enam orang maut apabila pesawat pengangkut milik Tentera Udara India, C-130J Super Hercules terhempas di barat wilayah Rajasthan hari ini, kata pegawai kanan.

Keluarga penumpang MH370 terima kenyataan dengan bersyarat

Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 kini berada pada tahap menerima kenyataan mengenai insiden itu dengan bersyarat, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata apa yang dimaksudkan dengan penerimaan bersyarat itu ialah pada situasi sekarang anggota keluarga hanya dapat menerima kenyataan perkembangan terbaru insiden itu jika terdapat bukti berkaitan.

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) – Boeing berdepan saman hampir AS$1 bilion

Sebuah firma guaman di Amerika Syarikat (AS) mahu mewakili keluarga mangsa penumpang pesawat MH370 bagi mengemukakan saman terhadap Boeing dan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Firma Ribbeck Law berkata, pihaknya mahu mengemukakan saman kerana mengesyaki pesawat itu terhempas selepas mengalami masalah mekanikal.

Lokasi MH370 berada di Rabung Hindi Selatan

Pakar geologi marin percaya bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) tenggelam di satu kawasan rantaian gunung berapi dasar laut yang sangat besar di Lautan Hindi, lapor akhbar The Sydney Morning Herald semalam.

Seorang pakar geologi marin dari Universiti James Cook Australia, Dr. Robin Beaman berkata, beberapa objek dipercayai serpihan pesawat MH370 tersebut dikesan di satu kawasan gunung berapi dasar laut yang tidak pernah dipetakan sebelum ini.

Kos mencari pesawat MAS MH307 mungkin cecah RM132 juta

Komitmen kerajaan untuk meneruskan pencarian kotak hitam dan pesawat MH370 yang disahkan terhempas di perairan Lautan Hindi bakal memaksa kerajaan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi.

Kos mencari pesawat MAS MH307 mungkin cecah RM132 juta

Menurut seorang pakar pertahanan, kos untuk mencari kotak hitam tersebut dijangka mencecah atau melebihi kos operasi mengesan bangkai pesawat Air France 447 di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang menelan belanja AS$40 juta (RM132 juta).

MH370: Misi mencari kotak hitam dengan TOWED Pinger Locator

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini kesuntukan masa untuk mencari kunci utama bagi menyelesaikan misteri tragedi pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi iaitu kotak hitam pesawat tersebut.

Dengan masa yang semakin suntuk, pasukan SAR kini bertungkus-lumus mencari kotak hitam pesawat sebelum kuasa baterinya menjadi semakin berkurangan selepas tempoh 30 hari.

MH370: Misi SAR di Lautan Hindi mencabar!

Operasi mencari kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi bertambah rumit apabila terpaksa menempuh gunung berapi dasar laut dan kawasan bergunung, kata pakar hari ini.

Penumpang berkongsi pengalaman detik-detik cemas Malindo Air

Penumpang berkongsi pengalaman detik-detik cemas Malindo Air, enjin pesawat malindo air terbakar, Nur Azlan Abdul Wahab , gambar enjin pesawat malindo air terbakar
Nur Azlan Abdul Wahab
Penumpang Malindo Air

Nur Azlan Abdul Wahab merupakan salah seorang penumpang Malindo Air OD1804, yang berlepas dari Subang ke Kuala Terengganu. Penerbangan pada pukul 7.35 pagi tadi (26/03/2014). Nur Azlan Abdul Wahab duduk di bahagian belakang pesawat. Dia melihat percikan api keluar dari sayap enjin. Api kian marak apabila berada di udara. Kipas sebelah kiri berhenti berpusing. Pramugari Malindo Air kelihatan panik. Tidak membantu menenteramkan penumpang. Tindakan pramugari menambah kegelisahan di hati penumpang. Pramugari memberi arahan agar penumpang duduk di tempat masing-masing dengan menggunakan tali pinggang keselamatan.

Kebakaran enjin pesawat Malindo Air

Belum pun selesai kisah penemuan badan pesawat MH370, Jumaat lepas timbul lagi insiden perlanggaran pesawat MAS dengan sekumpulan itik. Yang mana menyebabkan penutup lensa lampu pesawat pecah. Alhamdulillah, tiada insiden buruk berlaku.

Hari ini! Kedengaran lagi kisah kemalangan pesawat di udara. Ianya membabitkan pesawat milik Malindo Air.

Pesawat MAS MH114 dirempuh sekumpulan itik

Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat lepas (21/03/2014).   

Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370

As salam buat semua pembaca,

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis berkaitan kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines MH370 ke Beijing. Seperti yang diketahui umum pesawat ini kehilangan jejak semenjak 8 Mac 2014 yang lalu. Tarikh itu adalah sama dengan keberangkatan Yumida sefamily ke Jakarta pada waktu itu. Yang bezanya, kami mendahului penerbangan MH370 sejam lebih awal.