Hantaran buah 2018 - hantaran buah terkini. Video YouTube gubahan
hantaran buah-buahan untuk meja pengantin dan majlis pertunangan. Video ini
khas ditujukan untuk mereka yang mencari gali hiasan hantaran buah. Ada banyak
perkongsian gambar gubahan hantaran buah-buahan. Antaranya gubahan buah epal, gubahan
buah tembikai, gubahan buah strawberi, tembikai susu, pisang, anggur, betik,
longan, buah oren, kiwi dan sebagainya.
Lihat hasil kerja seni mereka menghasilkan gubahan buah ↓↓↓
Nak buat sendiri hantaran buah, boleh je. Boleh explore
gambar gubahan hantaran buah-buahan terkini dalam video ni. Ada banyak
perkongsian gambar koleksi gubahan buah. Pilihlah gubahan hantaran buah-buahan
simple, senang nak try test. Memberi kepuasan bila berjaya menyiapkan gubahan
buah seperti ditayangkan dalam gambar. Haa, nanti baru sedar yang diri tu
berbakat. Hihihi..
Dalam video ni korang akan jumpa banyak gubahan hantaran
buah-buahan dalam bakul. Famous tu. Sebab apa ia popular? Sebab senang nak deco
gubahan buah dalam bakul hantaran tu. Letak hiasan bunga dan reben sekitar
bakul hantaran. Selit sikit bunga pada buah-buahan. Hmm nampak cantik la.
Gubahan hantaran buah-buahan dalam bakul |
Gubahan buah meja pengantin |
Gubahan buah hantaran tunang |
Paling senang nak buat untuk gubahan buah-buahan tempatan. Macam
buah nanas, tembikai, pisang, belimbing, betik. Masuk je buah dalam bakul, dah
siap! Boleh dijadikan gubahan buah hantaran tunang. Untuk gubahan buah meja
pengantin, ada special sikit. Ada ukiran pada buah. Boleh rujuk gambar dalam
video. Cantik sangat! Menambah aura romantis menyuap buah dari mulut ke mulut
pengantin baru. Pewit!
Untung raja sehari dapat menikmati kreativiti gubahan buah-buahan
untuk pengantin. I is jeles. Dulu tak ada pun gubahan buah di meja pengantin. Makan
pun berebut sebab majlis kahwin berlangsung 2 tempat pada tarikh yang sama. Rushing
kejar masa, bersama cameraman yang jadi paparazzi masa tu. Hehe.. Jadi, untuk
wedding or majlis pertunangan korang, boleh la tempah gubahan buah-buahan
hantaran pada mereka yang pakar. Hmm sedapnya dapat makan buah.
EmoticonEmoticon