Kes Bersunat Ngeri & Menakutkan: Berkhatan Laser

Ramai Berkhatan Hujung Tahun Dan Waktu Cuti Sekolah
Awal bulan Disember ni, jam 7.00 pagi tiba-tiba rumah diketuk orang. Ingatkan ada kes emergency. HB pun buka pintu, ada seorang wanita di luar rumah. Rupanya dia nak suruh hb khatankan anak dia. Untuk pengetahuan korang, kat sini yang bukan Islam pun diorang khatankan anak-anak diorang. Anak orang Iban, Melanau memang berkhatan setiap tahun.


Memang suspens la kan, awal pagi dah ketuk rumah orang. Biasanya hanya kes emergency je patient datang. Orang accident ke, luka parah ke dan sewaktu dengannya. Rupanya pasal berkhatan. Tahun lepas, tahun-tahun sebelum ni memang hb ada buat service berkhatan, Cuma tahun ni je hb dah tak buat perkhidmatan berkhatan. Jadi hb pun bagitau makcik tu untuk ke klinik lain. Ok cerita tamat. Yang ni, kes terbaru pasal berkhatan laser, ngeri baca, menakutkan bila membayangkannya.

Kes Bersunat Ngeri & Menakutkan: Mangsa Berkhatan Laser
Budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor ‘terlebih potong’ di klinik keluarga di Cheras pada 20 Disember 2016. Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam. Sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.

Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Hasil soal siasat dilakukan mendapati doktor terbabit mengaku terlebih potong bahagian kepala kemaluan mangsa dengan tidak sengaja.

Seriau pulak aku baca. Naya kalau tersalah terpotong. Er…dengan masalah pendarahan lagi. Kesian adik tu. Kalau budak-budak nak bersunat baca berita ni mesti bikin hati diorang kecut. Adik aku pulak, masa nak berkhatan dulu kemain dia excited. Start darjah 5 dia request nak berkhatan, namun hajatnya hanya dapat ditunaikan waktu dia darjah 6. Setahun menunggu. Haih..macam-macam ragam budak berkhatan.

1 comments so far


EmoticonEmoticon