Dah tengok Untuk Dia - Syarif & Malaque? Penyanyi,
Syarif dan isterinya, Malaque berkongsi pengalaman manis menghitung hari
bergelar ibu bapa buat kali pertama. Aku dah tengok untuk episod 1 dan episod
3, ada banyak informasi dikongsikan selain penceritaan kisah kehamilan.
Untuk Dia - Syarif dan Malaque kongsi kisah menjadi bapa dan ibu |
Dalam rancangan ni, Syarif & Malaque ditanya soalan tentang
bagaimana mereka bertemu, kisah-kisah di awal perkenalan mereka, apa cabaran
yang diorang lalui sepanjang mendirikan rumah tangga, berapa lama Syarif ambil
masa untuk buat keputusan berkahwin dan macam-macam soalan lagi la.
Untuk Malaque pula, beliau ada berkongsi apa petua semasa kehamilan
dirinya. Apa minuman yang di ambil, makanan ibu mengandung. Untuk penonton di
luar sana especially yang bakal bergelar ibu baru, ha sesuai sangat tengok
program Syarif & Malaque ni ‘UNTUK DIA’.
Resepi
Untuk Dia ‘Syarif & Malaque’
Hummus dan kerepek pita resepi yang dikongsikan oleh isteri Syarif Sleeq
iaitu Malaque – snek sihat sewaktu hamil
Cara membuatnya:
1 mangkuk kacang kuda yang dah direbus, diblend bersama 1 biji bawang
putih, campur 1 sudu pes bijan, campur 1 sudu dadih masam, perah jus limau,
letak sedikit garam dan air, masukkan 3 sudu minyak zaitun. Blend kesemuanya
sekali. Makan bersama kerepek pita.
Kelebihan
dan khasiat kacang kuda
1. mengandungi asid folik, zat besi, folat dan protein
2. mencegah kecacatan tulang belakang bayi
3. mengurangkan kolestrol
4. membina sel darah merah
Khasiat
pes bijan/ tahini
1. Mengandungi kalsium,
zat besi, vitamin a, e dan protein
2. membantu proses
tumbesaran bayi
3. mengelakkan
kecacatan otak bayi
4. membantu
pencernaan dan meransang peredaran darah
Wah memang untung snagat dapat tengok Untuk
Dia - Syarif & Malaque ni. Siap
ada resepi sekali. Resepi khas buat ibu hamil dan wanita mengandung.
Gambar Untuk Dia
- Syarif & Malaque
Untuk Dia (Astro) - Syarif Dan Malaque |
Saksikan Untuk Dia - Syarif &
Malaque
Tarikh Untuk Dia - Syarif & Malaque disiarkan: 1 Februari
2016
Hari: Isnin
Jam: 11.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD
123
1 comments so far
PC ada juga tengok ni Yumi..
EmoticonEmoticon