Ungkapkan rasa kesyukuran.
“Alhamdulillah..” Setiap orang diberi rezekinya yang masing-masing. Malah
setiap orang juga diberi ujian berbeza. Bersyukurlah apa yang kita ada
sekarang. Perhatikanlah perkara yang ada di sekeliling kita. Hargai segalanya.
Dalam komik di atas, betapa kecewa dan
marahnya lelaki tersebut apabila mengetahui kereta kuda yang baru dibelinya
musnah ditimpa batu. Merah padam mukanya menahan marah!
Apalah ertinya jika punya kereta kuda
yang hebat namun kita tak dapat rasai kehebatannya dek ditimpa kemalangan.
Dalam situasi di atas, pemuda itu dalam keadaan selamat. Hanya kereta kudanya yang
hancur. Bukankah pemuda itu harus mengungkapkan rasa kesyukuran. Bersyukur
kerana dirinya tak ditimpa musibah. Sama-sama kita muhasabah diri. Belajar
untuk menjadi orang yang bersyukur.
3 comments
Sentiasa muhasabah diri dan bersyukur :)
bila harta lebih penting daripada nyawa =(
utamakan harta benda daripada sayang nyawa.
EmoticonEmoticon