KLIK BANNER UTK JOIN
TAMAT: 31/01/2015
Assalamualaikum..
Seorang yang ceria, kuat mengomel,
rajin menaip, suka berkongsi diari kehidupan, rajin berblogwalking itulah
gambaran untuk kak Farah. Aaaa? Belum kenal lagi dengan kak Farah?
Takpe..jangan risau. Jap lagi identiti kak Farah akan dibongkarkan. Dapat la
kengkawan semua mengenali kak Farah dengan lebih dekat.
Biodata
kak Farah Bubblynotes
Nama: Farah Waheda Wahid
Tarikh lahir: 24 November 1982 (umur
sekarang 33 tahun..alhamdulillah)
Pendidikan: University Technology of
MARA (UiTM) – Perakaunan
Pekerjaan terkini: Senior Executive
for Executive Director
Penglibatan dalam dunia blogging:
Bermula tahun 2006
Nama anak: Iman Firash Bin Husaini (dikenali
sebagai Ash - antara budak paling glamour dalam dunia blogging)
Gambar Ash
di zaman bayinya - blogger tercilik
Selepas
anak Ben Ashaari, diikuti dengan anak Eraz Fadzli..haaa giliran Ash pulak kini popular di alam maya. Jangan
tak tau, budak kecik si comel ni dah ada blog tersendiri. Hebat kan? Tahniah
buat kak Farah serta suaminya sebab dikurniakan
seorang putera yang mampu mencairkan hati wanita. Kiut sangat-sangat!
Alhamdulillah, cahaya mata memang dinanti-nantikan oleh semua pasangan suami
isteri. Anugerah Allah..zuriat penyambung warisan. Anak yang bakal menjaga kita
di hari tua kelak, anak yang akan mensedekahkan kita doa dan amal jariah
apabila kita sudah takde lagi di dunia ni.
Nak
beramah lebih mesra dengan kak Farah, korang boleh ikuti
perkembangan kak Farah menerusi laman sosial di bawah:
Instag: FARAHWAHEDA
Twitter: @ladiefarah
Linked In: Farah Waheda Wahid
Apa yang
saya suka mengenai kak Farah? Apa yang membuatkan kak
Farah dan Ash menarik di mata saya? Jom terjah bebelan di bawah:
1. Blogger yang rajin update blog
Serius kak
Farah ni memang rajin menaip orangnya. Jika kengkawan terjah entry kak Farah
satu per satu, entry yang ditaip penuh lengkap ceritanya. Malah dalam satu hari
mungkin lebih 2 entry diterbitkan. Memang kagum dengan usaha konsisten kak
Farah dalam berblog. Tak pernah sunyi sepi blognya. Sentiasa ada kisah terbaru.
Dengan dirinya yang ada kerjaya sendiri, dengan peranan dirinya sebagai seorang
ibu dan isteri, memang tabik spring kat kak Farah, pandai manage masa.
2. Berkongsi tips parenting
Asal ada cerita Ash mesti ada
diselitkan sekali dengan tips keibubapaan. Tatacara penjagaan anak, mendidik
anak. Sememangnya kak Farah seorang ibu yang rajin menggodek ilmu. Kalau takde
ilmu, memang sukar nak jana idea berkongsi tips sebegini. Even Ash merupakan
anak sulungnya, tapi ilmu yang dikongsikan begitu banyak! Haa..buat bakal-bakal
ibu di luar sana termasuk diri ni, jom sedut ilmu parenting kat blog kak Farah.
3. Berkongsi pengalaman mengandung,
proses bersalin dan berpantang
Orangnya
memang tak lokek dengan ilmu. Complete blognya disertai dengan pengalaman
dirinya ketika mengandungkan Ash. Bagus perkongsian sebegini sebab boleh diri
ini merujuk petanda hamil menerusi blog kak Farah.
Penjagaan diri semasa hamil. Malah pengalaman dan proses bersalin pun
dikongsikan sekali. Termasuk juga ketika berpantang.
Info mengenai kehamilan ni saya sering
cari kat Google. Sesekala ade jugak entry kak Farah terpampang keluar.
4. Blogger yang rajin berblogwalking
dan reply komen pembaca di entry blognya
‘Berblogwalking’ agak sukar nak buat.
Tapi cabaran sukar ni cukup mudah bagi kak Farah. Pasalnya…asal kita singgah ke
blog dia dan drop komen, mesti ada kunjungan balas dibuat. Pendek kata, kak
Farah ni memang blogger yang peramah orangnya. Malah dalam entrynya pun, komen
pembaca akan direply diruangan komen. Saya sendiri pun tak berkesempatan nak
reply komen pembaca. Memang sangat-sangat kagum dengan kak Farah. Rajin!
Sporting!
5. Blogger prihatin – menjawab
pertanyaan pembaca
Soalan ni pernah saya ajukan pada kak
Farah. Tentang bagaimana cara kak Farah cuba untuk mengandung. Apa prosesnya,
apa supplement yang diambik. Ilmu ni..sebab masa tu saya juga dalam proses cuba
untuk hamil. So, tersedia 1 entry khas. Special untuk i..hihi. Memang baik hati
la kak Farah ni sebab sudi luangkan masa siapkan entry, mengimbas balik cara
dan pengalaman dirinya. Malah ada juga pertanyaan rakan pembaca lain dijawab
dengan entry khas. Hmm..ini la blogger prihatin!
6. Berkongsi tips kecantikan dan penjagaan
diri
Lumrah kalau kat blog perempuan mesti
ada artikel kecantikan. Yang menjadikannya unik dan special ialah pengalaman
dari diri sendiri. Haa, yang tu teruja nak baca tu. Sebab menerusi pengalaman
tu la, pembaca mudah nak ikuti tatacara penjagaan diri. Macam blog kak Farah
ada disediakan info umum mengenai tips kecantikan + pengalaman mahal bagaimana
dirinya menjaga kecantikan diri. Ehem-ehem..tang gambar mesti ada sekali! Tak
caye? Nah..
Model selaku owner blog Bubblynotes –
kulit licin je tanpa dinodai bekas jerawat. Senyuman manis menggula,
menampakkan sebaris gigi putihnya. Ibu Ash yang anggun cun-melecun. Hihi..
7. Blog mesra pembaca
Mudah nak buka, nak baca entry kat
blog kak Farah. Loading cepat, nak komen pun tak perlu tunggu lama-lama. Memang
mesra pembaca la blog kak Farah ni. Template ringkas, susun atur widget kemas,
tak berselerak, takde iklan floating yang annoying pembaca. Jadi, pembaca
seperti saya mudah nak baca. Suka singgah, lagi dan lagi.
Haaa, itu la pandangan saya mengenai blog
kak Farah. Dah kenal, maka boleh la jatuh cinta dengan mesej dan penulisannya. Jom
serbu blog kak Farah!
5 comments
good luck :)
Semoga berjaya :)
tq. jom join sekali
Alhamdulillah, terima kasih Yumida kerana sudi menyertai mini GA akak, sorry lewat update, apapun all the best dan jangan lupa semak senarai peserta di http://www.bubblynotes.com/2015/01/1st-mini-cash-giveaway-2015.html
sama2. all the best buat semua kengkwn yg turut join sm
EmoticonEmoticon