Dadih
merupakan makanan kegemaran aku. Sebelum ni aku selalu beli cumi jeli dalam
bungkusan. Tapi tak berapa syok makan, sebab kuantitinya terhad. Then, aku pun
rembat sebungkus serbuk dadih.
Serbuk
dadih buah-buahan
Harga:
RM6.00
Soya
fruits pudding powder
Jenama
NBI
Ramuan NBI serbuk dadih buah-buahan perisa coklat:
Gula,
serbuk rumpai laut, asid sitrik, natrium sitrat, pewarna dan perisa yang
dibenarkan.
Cara Membuat Dadih Coklat:
1.
Didihkan 3000ml air bersama gula 100gm gula dan 1 tin 400ml susu cair / susu
sejat.
2.
Padamkan api. Kacau 5 minit.
3.
Masukkan serbuk dadih, kacau hingga rata.
4.
Tuangkan ke dalam acuan.
5.
Bekukan di dalam peti sejuk.
Tips Memasak Dadih Coklat
Apabila
air sudah mendidih, pastikan api dipadamkan barulah dituang serbuk dadih.
Dadih Coklat (Chocolate)
Itulah
cara memasak dadih. So simple! Pastinya mudah bagi semua orang membuat dadih.
Dadih ni merupakan healthy dessert. Sebelum ni aku ada jugak buat dadih, tapi
dari jenama lain. Entry: Dadih Perisa Durian. Yang ni aku beli dadih jenama
Happy Grass. Kalau nak buat perbandingan, rasanya Happy Grass lebih sedap dari
dadih jenama NBI. Sesekala layan dadih time cuaca panas, memang syok!
8 comments
sedapnya
SALLY LAYAN JAGUNG...MUAHAHAH
Lama x buat dadih...dulu2 pantang klu ada majlis keramaian keluarga je...mcm kenduri kawin ke, apa ke...mesti buat dadih dari pelbagai perisa smpi beribu-ribu bekas. Sedap makan sejuk2 time cuaca panas2 ni.
Nyaman ehhhh ;D
Sedapnya dik Yumida...
Sedapnya dik Yumida...
nyaman nak kak. cx selalu polah dadih jagung. nyaman juak tek. hehehe fil cx sukak dadih. nya makan byk. hahaha
letak coktails pun sedap kan
EmoticonEmoticon