Kalau korang jumpe iklan video U Mobile ni kat sidebar blog..
Sedekah.... Makasih :)
semalam pergi membeli-belah kat bazaar ramadhan..buat pertama kalinya untuk bulan puasa tahun ni. bertolak jam 1.30 p.m sampai sana 2.30 p.m. hujan turun renyai-renyai.
semangat nak ke bazaar membuak-buak. cuci mata konon-konon la. before sampai kat bazaar, aku memang dah nekad..takmo tergoda. aku dah set dalam kepala aku, beli apa yang aku nak sangat-sangat makan! makanan sampingan..reject! aku sedang mengamalkan kempen berjimat-cermat.
bila sampai di bazaar ramadhan...waaaaaah!
ada ini!
lepas tu...ade ini pulak
tunjuk je mana korang suka!
hep! ade main cucuk-cucuk
hohoho..tak tahan..tak tahaaaaaan!
nafsu mula menguasai diri. nak tu..nak ni. mula-mula pakai duit kecik..duit kecik dah habis. ambik duit besar pulak. tangan dah penuh menggenggam beg plastik. macam-macam bau ade. bau panggang, bau manis, bau yummy! hmmmmm...nyum nyum...
STOP! jangan berbelanja mengikut nafsu! barang yang tak habis dimakan sehingga berlakunya pembuangan..itu adalah PEMBAZIRAN!
haaa...beringat-ingatlah kita. tahun ni aku dah insaf sikit. beli apa yang aku mahu makan je. kengkadang makanan yang nampak begitu menggoda kesedapannya..tak menjamin kelazatannya. hmmmm...
SELAMAT BERJIMAT CERMAT DI BULAN RAMADHAN
Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya"
(Surah al-Isra', ayat 27)
17 comments
Nang banyak. Kamek malam tadik alu basik segala ABC, air tebu, puding vanila susu dengan puding coklat kamek.. Huhu..
P/s Ada mewk nangga video Nuffnang kitak ya. Nang kacak. Belalak kamek nangga. Hihi..
bila tengok kuih kuih tu semua rase nak beli...
btw dah click iklan tu :)
wah!... banyaknya pilihan kuih,, tak terbeli ni.
Karang petang nak pergi bazar Ramadhan..hehehheh
Berkenaan soalan tadi, Yumida tak peru buat apa-apa. Setiap kali kita upadated Survey form, mesti keluar ayat macam tu..
Jangan lupa hantau tiket kat Nuffnang minta CPUV..marah dia sikit..hahahah
sedap nampk ayam golek tu..heee
Banyaknyee ! Tapi dina tak terliur . Muehehe xD
Dina kalau pergi bazaar ramadhan , mintak mak beli roti jala je dah cukup kenyang . Kuih pulak mintak kek batik . Air milo buat sendiri . Hahaa . habis citer :D :D
wah..ayam stering tu yg tak dpt nak tolak...kalo trjmpa msti beli pnya
hehe
Mujur la sy jenis tak tergoda dgn mknan..haha
hahaha. memang pun. tadi baru gi bazar, macam macam beli.
Bila nampak makanan, rasa semua nak dicuba...tapi bila dah masa berbuka, makan sikit saja pun..heee....datang berziarah ke sini :)
bawak duit sikitt je sis yumida..kekekekxD mmg tergodaaa laa.. cntik je posing..ngeee!
salam tq sudi dan komen di blog Alycia.. nice blog la ;)
yup betul.. kalau ke bazar ramadhan mmg mcm2 nk makan kan..
Adusssss...pitam tgk makanan kat bazaar ramadan ni. kalau pergi sana, semua nak sapu, tp bila berbuka byk yg tak makan :D
bila sedang berpuasa semua nampak sedap kan? hakiaktnya, kita makan sikit pun dah rasa kenyang :)
Nur belum jejak pasar ramadhan lagi..
tapi itulah, kalau pergi mesti rambang matakan...
tapi jauh jugak yea pasar ramadhan dari umah yumida...
semestinya kan.. nafsu semata... bila dah kenyang x habis.. berlaku la pembaziran.. kena beringat masa membeli tu..
EmoticonEmoticon