Bersyukur

 Assalamualaikum buat warga blogger di hari Jumaat ni. Hari yg amat baik utk untuk membuat amalan bersedekah, mandi sunat, solat Jumaat, mengetip kuku dan sebagainya. Dlm kehidupan seharian kita, kadang2 kita mudah lupa dan suka utk membanding-bandingkan apa yg ada pd diri kita dgn org lain. Kita lupa nafas yg ada pd diri kita hari ini adalah milik-Nya. Sedikit pun kita tidak merasa bersyukur.

Mengapa begitu sukar utk mengecap rasa syukur? Mengapa??? Sukar utk difikirkan jawapannya. Dalam diri tumbuh mekar rasa megah diri...bangga dgn kekayaan dimiliki, kedudukan, kekuasaan, kecantikan.. Sehingga timbul rasa sombong dan taksub. Akhirnya kita terleka, dibuai rasa syok, keseronokkan, kemewahan, dambaan kpd setiap insan.

Layakkah kita utk bangga diri?
Sedangkan semua itu rezeki Allah kpd kita.
Layakkah kita meletakkan orang lain di kedudukan rendah atau hina?
Sedangkan keindahan dan kehebatan kita hanya suatu pinjaman.



Allah berfirman,
“Katakanlah, Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.”
(Surah al-Mulk, ayat 23)

DOA BERSYUKUR

“Ya Allah! Bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, sentiasa mensyukuri-Mu  dan sentiasa memperelokkan ibadah kepada-Mu.”

Semoga dgn selalu bersyukur, kita menjadi org yg per-1 yg akan dipanggil masuk ke syurga, sepertimana sabda Rasulullah S.A.W.,
 “Orang pertama yang dijemput ke syurga ialah orang-orang yang suka memuji (bersyukur), iaitu mereka yang sentiasa memuji Allah pada setiap keadaan.”

9 comments

bila kita sudah berjaya, bukan bererti kita akan sentiasa berada diatas. perkongsian yang menarik dan menginsafkan... sama-sama menasihati diri sendiri. alhamdulillah...

#suka dengan entri ni <3

Kita selalu lupa..thanks ingatkan~ :D

muhasabah diri :) lamak x g ctok eyh hehe.. happy weekend :)

Alhamdulillah...
Nice sharing... =D

terima kaseh atas ingatkan...

terima kasih. peringatan yang berguna untuk jadi hambaNya.

terima kasih perinngatan ini

jadilah kita org2 yg bersyukur bukan yg kufur...

syukur bila tengik yumida dah kembali berbloging


EmoticonEmoticon