Permainan TIBAU
Inilah rupanya '
TIBAU ' salah satu permainan tradisional kaum Melanau
Cara
bermain:
Bermula
dengan seorang pemain, kemudian pemain ke 2 akan melompat ke atas pemain
pertama tadi, begitulah seterus pemain ke 3, 4, 5, sehingga Tibau tak boleh
berayun lagi.
Pesta
Kaul merupakan pesta yang diraikan oleh etnik Melanau Sarawak. Pada asalnya,
pesta kaul adalah perayaan selepas selesai musim menuai bagi masyarakat Melanau
di pedalaman atau pesta pantai bagi merayakan musim menangkap ikan bagi
masyarakat Melanau di pesisir pantai.
Pada
zaman dahulu Kaul merupakan upacara pemujaan dan penyembahan oleh masyarakat
Melanau pagan kepada dewa-dewa mereka yang digelar ‘ipuk’ oleh sesetangah suku
kaum Melanau. Upacara ini adalah bagi menandakan kesyukuran mereka kerana
diberi rezeki murah oleh ipuk mereka serta telah dilindungi dari malapetaka dan
wabak penyakit. Sebagai tanda terima kasih, mereka akan menyediakan sajian
berupa pulut kuning, sireh kapur berpinang, bertih padi dan rokok daun nipah
sesuai dengan rutin harian masyarakat setempat. Beberapa jenis kuih juga
menjadi sajian wajib yang akan diletakan didalam pinggan yang diperbuat dari
daun pokok nipah dan diletakan didalam bekas bertiang yang dipanggil , serahang
(seraheng).
Walau
bagaimana pun, upacara penyembahan (kaul) ini telah bertukar menjadi pesta
setelah ramai dikalangan masyarakat Melanau menganut Kristian atau Islam. Apa
yang anda lihat pada hari ini adalah perayaan bagi memperingati tradisi
peninggalan nenek moyang terdahulu dan tidak melibatkan sebarang pemujaan.
Selain
berbagai permainan dan tarian yang dipertontonkan kepada pengunjung tapak
pesta, satu permainan yang amat sinonim dengan pesta kaul Mukah ialah tibau seperti mana yg blh kita lihat pic di atas.
Sumber SINI
23 comments
First time....baru saya tau permainan tibau....x pernah dengar sebelom ni..
macam fun je main benda nie
first time gak nampak....intersting....thanx for da comment...x tau nak cakap camner...heheh....neh cik yumida balik kg ker??siap hade pic lagik...nice...
owh.baru taw..
Macam besttttt ,ahaaa
oooh kat sarawak.. patutla tak pernh tngok kat sabah :P
Morning SOm!
first time dengar games ni...thanks for sharing.
***my dear please crop nama dan address akak still blh baca wp dh blur...tk
kmk tok terit jak org swak... selalu jak dengar org sebut2 pesta kaul tok.. tp sik tauk apa ya... tok baruk tauk.... nang nampak ketinggalan perauk... ;p
Waktu kak Nurul kat Sibu dolok sik pernah pegi Pesta Kaul tuk,cuma dgr jak....
Yumida..ummi pun tak pernah tengok pesta ni semasa diam di Sarawak, rugi pulak rasanya...
mcm bahaya jee :p
okk...tibau...
pusing2 tu mcm takut tp mcm best jer.. oh, tibau..
game pa ya oo...hehehehe
Pergh.. Kmek sik prnh main ya.. Haha! Ayh sy org Melanau. Taktau pulak ada game ni, dia tak prnh crite pun! Apapun, rasa mcm nk join la Pesta Kaul ni satu hri nnti..
SERAMNYA... tapi kalau dah expert mesti rasa seronok...
bok tauk.. Ng berayunla owh.. Mun gugok smua gugok ka deng? Hehe
xpnh tau pun psl permainan ni tp sy tgk mcm gayat je..hihi
pertama kali nur tengok dan tahu mgenai pmainan ni..nampak mcm best.. dan nampak mcm bahaya.
hanya untuk lelaki je kot..? perempuan xboleh ke..?
ini kalau orang jepun nampak ni mesti dia dah buat racangan tv ni...
kmk baru tauk.. hihi.. mekaseh ktk..:)
gayat weh nak main permainan ni.. hehe
nanti bagi nama/alamat/ no telefon untuk proses penghantaran hadiah peserta pertama GA akak..
lamak dah sik nangga org main benda tok
EmoticonEmoticon