demand. demand. demand.
selalu dengar artis je demand ni
tak sangka pulak aku berjumpe ngan spesis yg pandai demand
-suatu hari selepas berbuka puasa-
'miaw...miawww..miawwww'
comelnye ko ni..nah aku kasi kau ayam goreng
si kucing excited..terus meluru
di hidu-hidunya..
sekali lagi..
'miawwww...miawwww'
meninggalkan ayam goreng
sedapnye ayam tu..pun kau tak nak makan..
ting! aku membuka tin dan memberikannya whiskas
masih tidak berganjak dari tempat duduknya
aku menyimpan semula whiskas ke dlm tin..takut dimasuki angin..lemau
lantas ku keluarkan ikan sardin tin
ku gaul bersama nasi sedikit
"memeng....makan ni.."
kucing pun datang...
tetibe berhenti..hanya menonton nasi di pinggan
"kenapa kau tak nak makan ni? nah aku kasi kau ikan sardin. takde campur2 dah..makanlah.."
si kucing takde respons
hmmmmm..aku tahu apa yg kau tengah pikir ni
"bukan aku tak nak bagi kat kau..ikan tu beku..nanti gigi kau sakit..sensodyne tahu tak???"
si kucing mengerti..namun masih menjeling-jeling ke arah peti sejuk
duduk statik..tanda menandakan protes
"wokey..wokey..aku bagi"
aku pun segera mengeluarkan ikan kembung yg sejuk lg beku
kelihatan si kucing tadi riang kehepian
"memeng...memengggggggg..demand benar kau ni"
aku menggeleng-gelengkan kepala.