Sinopsis Filem Munafik

Sinopsis Filem Munafik Filem Paling Seram 2016 | Ikuti kupasan ulasan dan review filem munafik. Filem munafik mengisahkan seorang pengamal perubatan yang diduga dengan ujian hidup, kematian isteri tercintanya menyebabkan hidupnya tidak tentu arah. Namun 1 kes rasukan hantu membuka pintu hatinya untuk kembali ke jalan hidupnya yang asal.

Manusia itu sifatnya mudah lupa bila dikurniakan sesuatu yang istimewa. Agama sering jadi topeng kepuraan, alat menyamar dari rupa sebenar yang menakutkan. Ujian yang sebenar itu hakikatnya terletak pada kesenangan dan kelebihan yang Dia kurniakan kerana hati kita ini, sifatnya memang mudah dibolak-balikkan. Sebentar rasa seperti seorang yang alim, sesaat kemudian bertukar jadi zalim. Munafik. Siapa munafik sebenarnya?

Adam dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.

Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.

Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada dan Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.

Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).

Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.

Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.

Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.

Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya. Saksikan segalanya menerusi filem munafik yang bakal menggegarkan pawagam.

Gambar Filem Munafik
sinopsis filem munafik filem paling seram 2016, ulasan dan review filem filem munafik,  gambar filem munafik, pelakon filem munafik
Filem munafik lakonan Syamsul Yusof 

Pelakon Filem Munafik
Syamsul Yusof
Nabila Huda
Sabrina Ali
Pekin Ibrahim
Fizz Fairuz

Tarikh filem munafik ditayangkan di pawagam: 25 Februari 2016
Jom sama-sama merasai keseramannya!!!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments