Telefilem Dia Imamku TV3

Sinopsis Telefilem Dia Imamku TV3 Dia Imamku mengisahkan Kamal (Aeril Zafrel) seorang jejaka tampan dan warak. Namun, akibat hasutan syaitan, dia telah berlaku curang terhadap isterinya. Sungguhpun memiliki wajah tampan yang mampu memikat setiap gadis di apartmen tersebut, Kamal sebenarnya berpegang teguh pada ajaran Islam.

Sinopsis telefilem Dia Imamku TV3, pelakon dan gambar drama Dia Imamku TV3
Telefilem Dia Imamku TV3 lakonan Aeril Zafrel, Tunku Hanis dan Sarah Hildebrand
Nelly (Tunku Hanis), merupakan seorang gadis liar sering terserempak dengan Kamal. Dia cuba sedaya upaya memikat Kamal tetapi Kamal lebih tertarik dengan rakan Nelly iaitu Munirah (Sarah Hildebrand) yang bertudung.

Nelly sering meminta Munirah untuk menemannya apabila keluar bertemu Kamal. Tanpa disedari, dada Munirah begitu kencang setiap kali memandang Kamal tetapi Munirah tidak mahu merampas lelaki idaman rakan karibnya. Semenjak itu, Munirah mencuba untuk mengawal perasaannya setiap kali menemani Nelly bertemu Kamal sehingga satu hari Kamal ingin bertemu Munirah bersendirian. Ketika pertemuan itu, Kamal berjaya meyakinkan Munirah bahawa dia tidak mencintai Nelly, malah hatinya terpaut pada Munirah.

Tidak lama selepas meluahkan perasaannya, Kamal dan Munirah meminta restu percintaan mereka daripada Nelly. Nelly kelihatan keberatan untuk merestui percintaan mereka dan mula berdendam kepada Munirah. Dendam itu semakin parah apabila Munirah sering bercerita tentang Kamal kepadanya dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Sinopsis telefilem Dia Imamku TV3, pelakon dan gambar drama Dia Imamku TV3

Setelah setahun Kamal dan Munirah berkahwin, Munirah akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Nabila dan berpantang di kampung halamannya, meninggalkan Kamal di bandar. Termakan bisikan syaitan, Nelly mengambil peluang keemasan ini untuk merampas semula Kamal daripada Munirah dengan memerangkap Kamal untuk menidurinya.

Hancur lebur hati Munirah tatkala mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan rakan karibnya. Suasana rumahnya amat tegang dengan adegan tikam lidah antara Munirah dan Kamal sehingga Kamal tidak percaya apabila mulutnya melafazkan kata

“…aku ceraikan kau Munirah Malik dengan talak satu..”

Puaskah hati Nelly yang berjaya merobohkan masjid Kamal dan Munirah? Adakah jodoh Kamal dan Munirah terhenti disitu sahaja? Saksikan segalanya menerusi telefilem Dia Imamku di kaca tv anda.

Pelakon Telefilem Dia Imamku TV3
Kamal - Aeril Zafrel
Tunku Hanis - Nelly
Sarah Hildebrand - Munirah
Rosnah Johari
Hafizul Kamal

Gambar Telefilem Dia Imamku TV3  
Sinopsis telefilem Dia Imamku TV3, pelakon dan gambar drama Dia Imamku TV3
Telefilem Dia Imamku drama sempena Maulidur Rasul 2015. Selamat menonton

Tonton Dia Imamku
Tarikh telefilem Dia Imamku disiarkan: 24 Disember 2015
Hari: Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments

hah sedih nya kena cerai!!?!?!?!?
thanks kak huhu tazzzabar hehe

ingatkan adaptasi novel lagi.. sebab pernah baca novel yg ada tajuk yg sama >_<

Sape tau nama lagu soundtrack telefilem ni?