The House: Emma Maembong, Yaya & Chacha

The House: Emma Maembong, Yaya & Chacha Tinggal Serumah! Program realiti tv yang memaparkan kisah 3 beradik dari keluarga Maembong disiar menerusi kaca tv. Nak tahu siapa? Emma Maembong, Yaya dan Chacha. The House dah mula ditayangkan bermula 28 Oktober menerusi laman web www.thehouse.com.my di portal Astro Gempak.

Apa yang menariknya tentang The House?
The House menampilkan kehidupan Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong tiga beradik di dalam sebuah rumah banglo yang bernilai RM3 juta. 3 juta u olls! Mampu tengok je, tak mampu nak duduk. Dan kerana nilainya yang berjuta-juta tu membuatkan hati aku teruja nak tengok The House kat tv kelak. Besar ke ruang rumah tu, mewah jugak ke barangan dalam banglo tu. Nak tahu..nak tahu..

Gambar The House Maembong
 The house – emma maembong, chacha & yaya, gambar the house maembong, 3 beradik maembong duduk serumah banglo mewah, rumah banglo rm3 juta emma maembong, famili maembong

Menerusi The House Anak-Anak Maembong ni, peminat dapat mengenali selebriti kesayangan mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat dan aktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini.

Alaaa dah macam Keeping Up With The Kardashians. Macam tu kot. Kalau kat Malaysia macam Facing Up To Fazura (Saluran 712).

Sepanjang 3 beradik ni berada di dalam The House, pelbagai cabaran yang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaat untuk ditonton oleh masyarakat. Cabaran apakah?? Jeng jeng jeng.. Tu kena tengok kat tv nanti. Nak lagi cepat, tonton kat laman web The House.

Foto The House Emma Maembong
 The house – emma maembong, chacha & yaya, gambar the house maembong, 3 beradik maembong duduk serumah banglo mewah, rumah banglo rm3 juta emma maembong, famili maembong

Tonton program realiti The House
Kisah 3 beradik: Yaya, Chacha & Emma Maembong
Bermula: 28 Oktober 2015
Jam: 4.00 petang
Laman web: www.TheHouse.com.my
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

6 comments

SELAMAT MALAM...SYIRA LOKMAN SINGGAH TENGOK TUAN BLOG UPDATE APE..HEHE..KEEP IT UP ! :D

This comment has been removed by a blog administrator.

Mesti menarik ni yumida..3 beradik 1 rumah...hehe..

Macam kardashian tu ye...tapi sbb tak minat pun emma and tha maembongs punya lakonan...so takde la nak tgk sgt pun...
Cum kagum la dgn bakat seni lukis diorang anak beranak

Dah tengok sampai episod 3. best jugak lah teringat masa kecik2 dgn adik2.. hahaha

Pasti ramai peminat Emma Maembong yang tercegap tengok kisah The House nanti.