Sinopsis Drama Tangisan Bulan Madu TV2

Sinopsis Drama Tangisan Bulan Madu TV2

Tangisan Bulan Madu mengisahkan seorang gadis kampung yang miskin bernama Amira (Rita Rudaini) menemui jodoh dengan jejaka kaya bernama Bogatt (Ezany Nizariff). Kebahagiaan Amira tidak kekal lama apabila Bogatt meninggal dunia akibat barah otak.

Sinopsis drama Tangisan Bulan Madu TV2, review drama Tangisan Bulan Madu 2, gambar, pelakon Tangisan Bulan Madu RTM TV2, Tangisan Bulan Madu episod akhir, drama Tangisan Bulan Madu adaptasi novel, novelis Samsiah Mohd Nor
Drama Tangisan Bulan Madu yang ditayangkan di TV2

Amira begitu sedih dengan kematian suaminya. Malah dirinya juga belum disentuh suaminya. Bogatt berpendirian mahu meninggalkan Amira dalam keadaan suci agar isterinya boleh menyambung impian bulan madu dengan lelaki lain selepas ketiadaannya kelak. Pemergian Bogat untuk selamanya memberi kesan mendalam terhadap Amira.

Namun, pertemuan tak terduga menemukan Amira dengan jejaka lain yang seiras arwah suaminya. Jejaka tersebut memperkenalkan diri sebagai Razlan (Ezany Nizariff). Apa yang mengejutkan Amira, Razlan merupakan adik kepada Bogatt yang berlainan ibu.

Razlan berusaha memenangi hati Amira. Walaupun perasaannya sering ditolak, Razlan tidak pernah berputus asa. Mengingati janjinya terhadap arwah suaminya, Bogat, Amira menjadi serba salah. Perasaanya terhadap Razlan kian goyah apabila jejaka itu berterusan mengambil hatinya.

Malah keputusan Razlan untuk menjadikan Amira sebagai teman istimewanya mendapat sokongan kuat dari ibunya, Badariah (Hashimah Mohd Zaki). Ibu Razlan bersama Idayu (Zarynn Min) dan Marina (Fadhilah Mansor) berusaha untuk menyatukan kembali hubungan Amira dengan Razlan.

Malah bukan sahaja Razlan seorang yang mencintai Amira, Dr. Bada (Norman Hakim) juga menagih perhatian dari Amira. Mujur ada Marina mempertahankan Amira yang dituduh menggoda Dr. Bada oleh isterinya tanpa usul periksa. Amira nekad membuat laporan polis dan berjaya mendapat injuksi mahkamah menghalang Dr. Bada mengganggunya.

Amira mengambil keputusan menjual Butik Lavish dan menerima cadangan Marina tinggal bersamanya. Dalam diam Marina mahu menyatukan semula Amira dengan Razlan. Razlan kesal dengan tindakan Amira menjual Butik Lavish yang menjadi kenangan antara dia dengan arwah Bogatt. Amira bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta.

Hubungan Amira dengan Razlan bertambah erat dan mereka sering keluar bersama. Amira  dan Razlan merancang ingin bertunang. Namun segalanya musnah dengan kehadiran Serena (Mas Muharni), bekas kekasih Razlan bersama Danish (Haiqal Kamal Bakar) yang diuar-uarkan anak luar nikahnya bersama Razlan hingga Razlan memutuskan menangguhkan pertunangannya dengan Amira.

Amira merajuk hati dan kembali hidup dalam dunianya dengan kenangan Bogatt. Amira tersinggung apabila Razlan menerima Serena bekerja sebagai kerani di syarikatnya dengan niat semata-mata mahu membantu wanita itu. Amira kemudiannya memutuskan untuk berhenti menjadi guru.

Amira ke Kuala Lumpur memulakan hidup dengan menumpang rumah Syafura (Azah Azmi), rakan sekampungnya. Melalui Syafura, Amira berkenalan dengan Nora, usahawan tekstil berjaya yang menawarkannya menjadi rakan kongsi butik miliknya. Hubungan mereka berlangsung baik sehinggalah Amira mendapat tahu Nora sebenarnya isteri kepada bekas kekasihnya Azali (Lash Mokhtar).

Azali pula mengambil kesempatan terhadap Amira dan bila perkara itu diketahui Nora, Amira diusir dari butik itu. Mujur ada Razlan yang membantu ketika Azali mahu mengambil kesempatan terhadapnya dan hubungan mereka kembali terjalin.

Razlan berdepan tuduhan rasuah dan masalah syarikat yang didalangi Farhan. Hubungan Amira dengan Razlan kembali rapat kerana Amira menyokong Razlan menghadapi kes saman empat sub-kontraktor. Ketika Razlan mahu membina rumah tangga bersama Amira, hubungan mereka diduga lagi. Kali ini bila Razlan ditangkap khalwat dengan Soraya.

Hati Amira menjadi hambar untuk kembali kepada Razlan. Amira mengambil keputusan untuk pergi ke Eropah. Kehilangan Amira membuatkan Razlan mencari isterinya di segenap pelusuk. Berjayakah Razlan menemui isterinya? Adakah hubungan Amira dan suaminya akan terjalin kembali? Saksikan segalanya menerusi drama Tangisan Bulan Madu di TV2.

Gambar Drama Tangisan Bulan Madu TV2 

Sinopsis drama Tangisan Bulan Madu TV2, review drama Tangisan Bulan Madu 2, gambar, pelakon Tangisan Bulan Madu RTM TV2, Tangisan Bulan Madu episod akhir, drama Tangisan Bulan Madu adaptasi novel, novelis Samsiah Mohd Nor
Drama bersiri Tangisan Bulan Madu 2 siaran TV2

Review Tangisan Bulan Madu Drama RTM TV2

Drama Tangisan Bulan Madu yang disiarkan menerusi TV2 merupakan adaptasi dari novel. Hasil karya novelis Samsiah Mohd Nor. Baca sinopsis drama Tangisan Bulan Madu rasa kasihan kat Amira, begitu banyak dugaan yang dilaluinya. Korang tengok jugak ke? Jom tonton drama ni sampai episod akhir kelak. Apa pun, drama siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) ni sangat bagus jalan ceritanya.

Gambar Novel Tangisan Bulan Madu Penulis Samsiah Mohd Nor

Sinopsis drama Tangisan Bulan Madu TV2, review drama Tangisan Bulan Madu 2, gambar, pelakon Tangisan Bulan Madu RTM TV2, Tangisan Bulan Madu episod akhir, drama Tangisan Bulan Madu adaptasi novel, novelis Samsiah Mohd Nor
Inilah gambar novel Tangisan Bulan Madu karya novelis Samsiah. Drama yang diadaptasi dari novel ini.
Saksikan drama Tangisan Bulan Madu
Jumlah episod Tangisan Bulan Madu: 26
Hari: Isnin - Rabu
Jam: 2.00 petang
Saluran: TV2
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far

sinopsis menarik...lain dari lain...tertarik nak tengok

bw dr housewifearts.blogspot.com