Sinopsis Drama Bidadari TV3

Sinopsis Drama Bidadari TV3 Slot Lestary

Bidadari mengisahkan Suria (Amyra Rosli) berdepan ujian hidup bila mempunyai seorang ibu yang tidak mahu berkongsi kasih dengan dirinya. Delima (Sherie Merlis) ibu kepada Suria bekerja sebagai penyanyi di kelab malam. Bapa tirinya pula, Anjang (Azhan Rani) seorang kaki judi dan tidak mahu bekerja. Dia hanya mengharapkan wang pendapatan dari isterinya.

Tertekan hidup bersama Anjang, Delima membawa Suria pergi dari rumah itu. Delima kemudiannya mendapat pekerjaan di sebuah restoran makan, juga sebagai penyanyi di restoran itu. Kehidupan Delima bertambah baik tanpa adanya lelaki pendera seperi suaminya, Anjang. Malah pemilik restoran itu kini meminati dirinya.

Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati jatuh hati pada Delima. Mereka kemudiannya berkahwin. Delima merasa sangat bahagia, malah keinginannya untuk hidup mewah juga tercapai.  

Suria mempunyai adik tiri bernama Tengku Tia (Nonny Nadirah │ Noni AF5). Gadis cantik yang baik hati menerima secara terbuka kehadiran Delima dan Suria dalam hidupnya. Kebahagiaan Delima tidak kekal lama apabila mengetahui isteri pertama suaminya masih hidup!

Melati (Zarina Zainuddin) mendapat rawatan di sebuah bilik rahsia dan terlantar koma sejak sekian lamanya. Nafsu tamak mula menguasi Delima. Membawa kepada kehancuran sebuah keluarga yang bahagia. Suria dan Tia tersepit dengan situasi yang menimpa nasib mereka.

Pada masa sama, ada insan yang berusaha merebut hati Suria. Adi (Shahz Jaszle) lelaki yang ikhlas mencintainya manakala Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berkorban apa sahaja demi Suria. Bagaimanakah Suria memilih antara kedua-dua jejaka tersebut? Siapakah pilihan hati Suria? Saksikan segalanya menerusi drama Bidadari Slot Samarinda di TV3.
  

Pelakon Drama Bidadari TV3

Shah Jaszle - Adi
Amyra Rosli - Suria
Syazwan Zulkifly - Lukman
Nonny Nadirah - Tengku Tia
Sherie Merlis - Delima
Azhan Rani – Anjang
Sharif Sleeq - Iwan
Fizo Omar - Indra
Zamarul Hisyam - Tuan Iskandar
Lieka Simon - Mimi
Shakilla Khoriri - Balqis
Amyza Aznan - Mak Rock
Zarina Zainuddin - Melati

Gambar Drama Bidadari TV3 

Sinopsis Bidadari TV3, sinopsis drama Bidadari TV3 Slot Lestary, review drama Bidadari TV3, gambar drama Bidadari TV3, pelakon drama Bidadari
Saksikan drama Bidadari Slot Lestary
Tarikh drama Bidadari mula ditayangkan: 30 April 2015
Jumlah episod drama Bidadari: 18
Hari: Rabu - Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓