Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Akhir

Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Akhir


Tajul Razin masih tercari-cari akan kehilangan Indah Halina, isterinya. Puas sudah dia menjadi merata tempat namun tidak menemui petunjuk akan keberadaan Indah. Indah Halina membawa rajuknya ke sebuah perkampungan. Tempat rakan lamanya.

Wati menyimpan angan-angan besar ingin menjadi orang kaya. Oleh itu, dia cuba mencari sugar daddy yang boleh menunaikan impiannya. Hasrat Wati dibantu oleh kekasihnya iaitu Yazid. Datuk berjanji menghadiahkan Wati sebuah kondo.

Ayah Indah berkemas-kemas ingin balik ke rumah. Jemu sudah menginap terlalu lama di hotel. Ketika hendak keluar dari hotel, emak Wati terserempak Wati di tepi jalan. Emaknya memujuk agar Wati balik ke kampung dan meninggalkan kerja kotornya di KL. Wati melarikan diri bersama Yazid, meninggalkan emaknya yang merayu-rayu menginginkannya balik ke rumah. Sedang emaknya mengejar Wati, sebuah motosikal datang dengan lajunya melanggar emaknya. Emak Wati dimasukkan ke hospital.

Ayah Wati cuba menghubungi Wati dan mengarahkan Wati agar pergi menjenguk emaknya di hospital. Namun, Wati enggan untuk melawat emaknya. Baginya, kecederaan emaknya hanya ringan sahaja. Doktor mengesahkan emak Wati lumpuh anggota badan dek insiden kemalangan itu.

Wati begitu teruja apabila Datuk benar-benar menghadiahkannya sebuah kondo. Mereka merancang akan berkahwin senyap-senyap di Thailand. Wati berusaha memujuk Datuk agar menceraikan isterinya. Tetapi Datuk enggan berbuat begitu. Kerana isterinya, Datin mempunyai kuasa besar, malah Datin juga mempunyai banyak harta kekayaan.

Sedang Indah melalui jalan perkampungan, sekitar sawah padi. Dia terserempak dengan kereta biru yang rasa-rasanya dia mengenali pemilik kereta itu. Alangkah terkejutnya bila dia mendapati adik iparnya iaitu adik Tajul Razin sedang melukis di situ. Mereka berborak seketika. Perkhabaran berjumpa dengan Indah segera dimaklumkannya pada abangnya iaitu Tajul Fahin. Dengan segera Fahin pergi ke tempat tersebut. Indah gembira melihat perubahan Fahin. Sikap dan penampilan dirinya telah berubah menjadi insan yang baik. Fahin menerangkan kepada Indah akan kisah sebenarnya.

Indah tergopoh-gapah balik ke rumah rakannya. Dia diserang rasa bersalah kerana meninggalkan suaminya iaitu Tajul Razin tanpa berbincang apa-apa. Rupa-rupanya segala yang berlaku adalah salah faham sahaja. Indah terkejut melihat suaminya ada di perkarangan rumah rakannya. Dengan segera Indah mencium tangan suaminya dan meminta maaf kepadanya.

Indah meminta izin daripada suaminya untuk balik ke kampung. Mereka bertembung dengan motosikal Yazid. Yazid mengambil sebatang kayu dan menghentak ke kepala Indah. Indah pengsan serta merta. Ayah Indah kelu buat seketika, seakan tidak percaya perkara yang disaksikannya. Tajul Razin berpatah balik selepas merasa tidak sedap hati. Jangkaannya tepat, Yazid telah berbuat sesuatu terhadap Indah. Indah segera dibawa ke hospital.

Wati begitu nyenyak tidur di katil mewah, kondo pemberian kekasih gelapnya iaitu seorang berpangkat Datuk. Seorang lelaki datang secara senyap-senyap di sisinya. Dibukanya penutup botol. Ketika itu, Wati tersedar dari tidur. Belum sempat Wati berkata apa-apa, air dalam botol itu dicurahkan ke wajahnya. Wati menjerit kesakitan. Rupa-rupanya di dalam botol itu mengandungi asid!

Sejurus pulih dari kecederaan, Indah dan Tajul Razin menjalankan majlis resepsi perkahwinan mereka. Mereka kelihatan begitu bahagia. Malah perkahwinan itu juga dihadiri oleh ayahnya.

Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Akhir, Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Akhir, ending Kerana Terpaksa Aku Relakan, last episode Kerana Terpaksa Aku Relakan

Yazid ditangkap oleh polis. Dia dimasukkan ke dalam penjara.

Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Akhir, Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Akhir, ending Kerana Terpaksa Aku Relakan, last episode Kerana Terpaksa Aku Relakan

Di rumah, Wati banyak termenung selepas apa yang telah berlaku pada dirinya. Wajahnya menjadi hodoh selepas terkena simbahan asid. Emaknya hanya berada di kerusi roda, lumpuh anggota badan. Malah untuk bercakap pun begitu sukar. Segala apa dituturkannya tidak dapat difahami oleh suaminya. Emaknya mengatakan sesuatu kepada Wati, keduanya saling menangis berpelukan. Menyesali segala yang berlaku.

Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Akhir, Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan Episod Akhir, ending Kerana Terpaksa Aku Relakan, last episode Kerana Terpaksa Aku Relakan

Indah sarat membawa dirinya yang tengah mengandung. Razin begitu menyayangi dirinya. Emak mertuanya memberitahu kepadanya, akan sebab musabab mengapa dia terlalu menyayangi Indah. Wajah Indah mengingatkan emak mertuanya pada seseorang. Indah dimaklumkan oleh mertuanya, dia tahu di mana emak Indah berada sekarang. –TAMAT-

Komen Ending Kerana Terpaksa Aku Relakan

Itulah pengakhiran drama TV3 Kerana Terpaksa Aku Relakan episod akhir. Ada kisah suka dan duka. Indah disatukan semula bersama Razin. Wati menerima balasan, wajahnya cedera teruk terkena simbahan asid. Emaknya pula lumpuh. Fahin juga telah berubah. Haa…Saiful bekas tunang Indah, juga bekas suami Wati juga ada masa dalam scene episod akhir drama Kerana Terpaksa Aku Relakan ni. Overall, drama ni…happy ending!

Tarikh ditayangkan episod akhir: 14 Julai 2014
Hari: Isnin
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

20 comments

agak2 la kan mesti ada sambungan kot.mcm tergantung je

tapi x puas hati..cerita mcm tergantung aja kan :D

ending penuh persoalan...siapa emak Indah sebenarnya?

blum ksempatan tngok lg, tapi mcm cite trgantung ja. sapa mak indah ? emmm

Kesudahan yang tak kemas. Rasanya akan ada KTAR2
Tungguuuu

Assalamualaikum yanggg, sakit hati tengok ending dia semalam. ahhahaha singgah menabung groupon sini~~~

Huhuhu ending dia tak best la huhu

Ingatkan lagi BEST rupa2nyerr biasa2 jer ENDING dia huhuhuhu..

macam tu la cerita melayu :)

tapi AA tak tengok sebab duduk asrama :)

nanti nak cari yang full episod la nak download hehe

dah habis pun cerita ni rupanya hehe

nohhai sakan depa layan amar bahrain

Ending drama ni macam tergantung kan..belum sempat lagi nak tonton episod akhir nih..huhuhu..

Semestinya.....kerana penamat cerita nie tergantung. ....

Rasa2, perlu tak ada KTAR 2? tak syok lah tgk citer tergantung mcm nie...

aah ending dia nampak tergantung
maybe ada kot
sama2 kita wait n see