Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4

Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4 telah pun bersiaran langsung semalam, 11 Jun 2014. Menyaksikan 3 finalis yang terdiri daripada Ben, Zain dan Arip berentap dalam usaha merangkul gelaran juara Kilauan Emas Musim ke-4. Siapakah pemenang Kilauan Emas tahun 2014? Adakah Zain? Yang mempunyai vokal yang syahdu dan lontaran vokal yang power? Adakah juara Kilauan Emas Musim 4 ini milik Arip? Peserta Kilauan Emas yang sentiasa disukai oleh juri dek nyanyian jujurnya? Atau adakah juara Kilauan Emas Musim 4 ini milik Ben? Peserta Kilauan Emas dari Sabah yang mempunyai jiwa blues dalam menyampaikan lagu? Semuanya penuh debaran!

Lagu finalis Kilauan Emas musim 4 di Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4 

PUSINGAN PERTAMA (LAGU PILIHAN SENDIRI)
Zain – Rajuk, Salam Terakhir
Ben – I Don’t Want To Talk About It, Sketsa Sebuah Cinta
Arip – Hakikat Sebuah Cinta, Di Pintu Mahligai

PUSINGAN KEDUA (DUET BERSAMA ARTIS)
Zain duet Ramlah Ram – Susah Senang Kita Bersama
Ben duet Alyah – Hati Ini Telah Dilukai
Arip duet Jaclyn Victor – Ceritera Cinta

PUSINGAN KETIGA (LAGU SINGLE TERBARU SENDIRI)
Zain – Cinta Satu
Ben – Baiduriku
Arip – Aku Tak Bisa

PERSEMBAHAN FINALIS KILAUAN EMAS
Zain, Ben & Arip – Pusara Di Lebuhraya

Artis undangan Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4 

Pembukaan Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4dimeriahkan dengan persembahan artis undangan antaranya Ella lagu Sembilu, Datuk M. Nasir lagu Mustika Datuk M. Nasir duet Ella lagu Dua Insan, Ali Norpiah, Fuad & Mior lagu Isabella.

Manakala, penutup Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4 pula diserikan oleh Datuk Hattan & Mamat Khalid lagu Hati Emas, Datuk Hattan & Adam lagu Gadis Jolobu, Jamal Mirdad lagu Jamilah, Cinta Anak Kampung dan Dwen lagu Suatu Waktu Dahulu.

Juri Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4 ialah Ziana Zain, Datuk Hattan, Datuk Ramli MS dan Jamal Mirdad.

Pemenang tempat keempat dan kelima telah diketahui di Konsert Kilauan Emas minggu lepas. Tahniah diucapkan buat Nordin dan Nas yang telah terpilih sebagai pemenang ke-4 dan ke-5 bagi Kilauan Emas musim 4 ini. Nak tahu siapa juara, naib juara dan pemenang tempat ke-3 Kilauan Emas tahun 2014? Jom kita terjah!

Pemenang Kilauan Emas Musim 4


Juara Kilauan Emas musim 4
Photo: Tahniah! Juara #KilauanEmas4 dimenangi oleh #ARIP. Konsert Mega Akhir #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa, Konsert Mega Akhir Kilauan Emas musim 4, pemenang kilauan emas tahun 2014, juara arip, tempat ke-2 kilauan emas zain, tempat ketiga kilauan emas ben
Arip
Hadiah:
Wang tunai RM100,000
Kereta Toyota Camry
Pakej percutian tajaan Felda ke Bali
 Langganan majalah MIDI selama 1 tahun
Trofi sumbangan Astro

Anugerah Khas Juri #KilauanEmas4 dimenangi oleh Arip
Membawa hadiah wang tunai bernilai RM10,000
Pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort
 Trofi sumbangan Astro

Pemenang tempat kedua Kilauan Emas musim 4
Photo: Tahniah! Naib Juara #KilauanEmas4 dimenangi oleh #ZAIN . Konsert Mega Akhir #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa, Konsert Mega Akhir Kilauan Emas musim 4, pemenang kilauan emas tahun 2014, juara arip, tempat ke-2 kilauan emas zain, tempat ketiga kilauan emas ben
Zain
Hadiah:
Wang tunai RM50,000
Kereta Nissan
Pakej percutian tajaan ke Ho Chi Minh
 Langganan majalah MIDI selama 6 bulan
Trofi sumbangan Astro

Pemenang tempat ketiga Kilauan Emas musim 4
Photo: Tahniah kepada pemenang tempat ketiga iaitu #BEN. Konsert Mega Akhir #KilauanEmas4 #OtaiMasihBerbisa, Konsert Mega Akhir Kilauan Emas musim 4, pemenang kilauan emas tahun 2014, juara arip, tempat ke-2 kilauan emas zain, tempat ketiga kilauan emas ben
Ben
Hadiah:
Wang tunai RM30,000
Kereta Perodua Myvi
Pakej percutian tajaan PNB Ilham Resort
 Langganan majalah MIDI selama 3 bulan
Trofi sumbangan Astro


Tahniah diucapkan buat Arip atas kejayaan bergelar juara Kilauan Emas musim 4. RM110,000 kemenangan hadiah yang dimiliki. Fuh! Banyak tu! Juga tahniah diucapkan buat Zain dan Ben atas kemenangan di Konsert Mega Akhir Kilauan Emas 4. Semua peserta Kilauan Emas musim 4 ni terbaik, saingan hebat! Yeah…tamat dah Konsert Kilauan Emas musim 4. Kena tunggu Konsert Kilauan Emas musim 5 di tahun hadapan. Mana tahu still ada lagi..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

13 comments

Akak dh agak dh Arip mrnang...sygnya x tgok..nanti harap2 ada siaran ulangan..

Tahniah pada Arip..cool..moga impiannya untuk ibu tersayang terlaksana..amin..

memang menepati ramalan...Arip Juara...

This comment has been removed by the author.

xsempat nak tgk...search kt utube xda plak full pner video mega akhir kilauan emas...da taw mne2 link x nk tgk yg mega akhir pnyer.

link tu x pasti nak tgk kat mana. tp kat tv selalu ada ulangan yg mega akhir tu. blh tgk info kat remote control.

layan juga kilauan emas ni.. sesekali berhiburkan..apa salahnya..

MAHHADEE NORATIQAH ARIP BEN NORDIN