Semalam (31/03/2014), masa buka Facebook,
seperti biasa jariku ligat mengskrol. Membaca perkembangan terkini di news feed
FB dan status yang ditulis rakan-rakan. Baca sepintas lalu. Mana yang kurang
penting aku selalu skip. Ye la berbekalkan 2 jam beronline setiap hari, tak
dapat nak lama-lama depan internet. Nak update blog, baca berita online, baca perkembangan
terkini di FB. Semuanya harus cepat..masa itu emas. Hihi.. Then, aku terpana
dan terhenti mengskrol seketika. Kerana….
Blogger Hasrul Hassan
Website: http://www.hasrulhassan.com/
Petikan kata-kata dari
Facebook blogger Hasrul Hassan:
Ok. Blog aku tak jadikan aku kaya, walaupun ada income
yang masuk. Tapi serius, dan jujur aku cakap, blog aku hanya mampu jana income
setakat membyar bil yang ada sahaja (setakat ini).
Walaupun blog aku trafiknya agak baik dan ada pembaca dan
pengikut sendiri, agak sukar sebenarnya untuk dapatkan 3-4 angka sebulan dengan
blog. Tapi tidak mustahil dilakukan kerana ada sahaja blogger yang berjaya
buat.
Dalam aku mencari cara dan jalan penyelesaian, aku cuba
sebolehnya tidak lokek dengan ilmu yang ada. Jika
aku berjaya buat, in Sha Allah aku kongsikan walau ia hanya mampu berikan RM10
seminggu. Itu cara aku. Orang lain aku tak tahu.
Dan telah ditanam dalam diri aku, bahawa sedekah amal itu
lebih tinggi nilainya daripada duit berkepok masuk ke poket sendiri. Jika ada
rezeki lebih, aku kongsi setakat mampu dan daya, kerana datangnya rezeki itu
atas kalian juga, dan diilhamkan dan atas kurniaan oleh Allah S.W.T.
Sesiapa jua boleh gah dengan apa yang mereka dapat hari
ini, tetapi esok lusa belum tentu. Jadi kelebihan sekarang, rezeki diberi
sekarang, jadikan ia satu modal untuk mendapat lebih baik di akhirat nanti. In
Sha Allah.
Amal itu tidak mengira kau kaya atau miskin.
Hatiku tersentuh membacanya. ‘…tidak lokek
dengan ilmu yang ada’. Ada kebenaran
dalam kata-katanya. Sepanjang aku berblog, banyak ilmu blog yang aku perolehi
melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang ditulis oleh dirinya di
blog Hasrul Hassan. Ilmu mengenai blogspot, ilmu SEO, ilmu
tingkatkan trafik, ilmu tingkatkan pendapatan berblog, ilmu Google pagerank,
alexa rank dan banyak lagi! Apa yang diketahui beliau akan dikongsi bersama
dengan pembaca. Tidak pernah lokek dengan ilmu! Itu yang membuatkan aku kagum
dengan beliau. Blogger bermurah hati..
Semalam, beliau ada berkongsi cara
tingkatkan pendapatan menerusi pengiklanan Komli: Cara Optimasi Iklan Komli. Malah sebelum ini begitu banyak
dan banyaknya tips menjana pendapatan menerusi berblog dikongsi bersama pembaca.
Antaranya 2 Cara Jana Pendapatan Dengan Affiliate, Income Pertama H12 Media Ads,
6 Sebab Pilih Medium Iklan Komli, Tips Letak Banner Iklan Jana Pendapatan Blog,
tips itu ini. Kalau rajin skodeng memang banyak ilmu yang kita perolehi dan
pelajari.
See, mana kita nak jumpa blogger yang
ingin berkongsi rahsia dengan telus. Semua orang nak income melalui blog. Ada
yang jenis merahsiakan teknik, ada yang tidak kisah. Berkongsi ilmu, teknik,
rahsia menjana pendapatan dengan semua orang. Berbekalkan prinsip, ‘…ditanam dalam diri aku, bahawa sedekah amal itu lebih tinggi nilainya
daripada duit berkepok masuk ke poket sendiri’. Subhanallah, sungguh suci dan murni
niatnya dalam berblog.
Kata-kata ini, ‘Sesiapa
jua boleh gah dengan apa yang mereka dapat hari ini, tetapi esok lusa belum
tentu. Jadi kelebihan sekarang, rezeki diberi sekarang, jadikan ia satu modal
untuk mendapat lebih baik di akhirat nanti’. Moga kita sisipkan kata-kata ini dalam diri kita. Sebarang kelebihan kita, manfaatkan dengan sebaik
mungkin. Kongsikan kelebihan kita dengan semua orang. Jika berilmu, ajarilah
ilmu itu dengan orang lain. Kerana amalan ilmu itu berpanjangan sehingga kita
menutup mata nanti.
Buat
blogger Hasrul Hassan, terima kasih atas perkongsian ilmu yang dicurahkan
selama ini. Moga saudara Hasrul Hassan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala
urusan olehNya.
16 comments
Selalu jenguk blog tok ;D Byk perkongsian ;D
saya pun salah seorang pminat brader HH tu. yes, memang banyak perkongsian disitu.
Assalamualaikum dan salam singgah malam dik Yumida...jarang pulak Diana singgah blog tok...InsyAllah ada masa Diana nak jugak ke blog beliau...
nice sharing..
Banyak perkongsian yang dilakukan oleh bro hasrul. Banyak manfaatnya.
Saudara HH mmg org yg saya respek... mmg sifu blog.. :)
Setuju tu...blogger HH memang selalu beri tip dan panduan berblog...
Bunda pun kagum dengan pencapaian dan cara beliau berkongsi ilmu...
blogger hh memg tdk kedekut ilmu..
Assalamualaikum yanggg. Jangan kedekut ilmu, sheila pun suka share apa yang sheila tahu. hehehe
Kadang, banyak sangat iklan buat pembaca bosan. Paling penting sentiasa jaga kualiti blog, supaya banyak return reader masuk.
TQ..perkongsian yang baik.. akan cuba memperbaiki blog agar menjadi lebih menarik minat pembaca.. In shaa Allah..
setuju sgt. especially iklan pop up yg xde button close. nak baca isi entry pun mcm menganggu je.
wsalam kak. aah blog yg mesti nak singgah. kalau x singgah rs mcm keciciran ilmu. pemilik blog yg kaya dgn ilmu n x lokek bersharing bersama pembaca. selalu jd silent reader
terima kasih yumida atas perkongsian.. Fiza pun jarang ke blog HH.. nak kene terjah selalu nie...
A superbly written article, if only all bloggers offered the same content as you, the internet would be a far better place.
https://razwerks.com
EmoticonEmoticon