Tebaloi Sarawak











Pohon sagu

Pohon sagu kebanyakannya di tanam sebagai penganti nasi oleh masyarakat melanau satu masa dulu.Daripada pohon sagu lah berbagai makanan dapat dihasilkan oleh masyarakat melanau iaitu, tebaloi,ambuyat,sagu, tepung sagu dan lain-lain lagi.

Tebaloi, merupakan makanan rutin atau boleh dikatakan sebagai ganti nasi lah untuk masyarakat atau bangsa melanau yang bermastautin di Sarawak.Masyarakat peribumi sarawak tersebut kebanyakannya tinggal di bahagian sibu.Tebaloi di buat daripada pohon sagu. iaitu batang sagu akan di proses dengan bebarapa peringkat dan dapatlah di buat tebaloi.(berbentuk snek)



Ambuyat

Salah satu menu yang lain daripada pohon sagu ialah ambuyat, dikenali juga sebagai linut bagi sesetengah kawasan. Biasanya ambuyat di makan bersama asam payak yang dicampurkan bersama belacan dan cili (dibuat pencecah). cop stick biasanya digunakan untuk mengambil ambuyat daripada mangkuk yang disediakan. untuk di makan lah.Cara membuat nya ialah:

Tepung sagu di gaul dengan air yang tak berapa panas.(suam-suam panas) sampai jadi likat.(semacam gam)



Tebaloi


Tebaloi, sekarang telah diproses dalam berbagai rasa(snek),diproses secara tradisional, menggunakan tepung sagu, kelapa parut segar dan gula. adunan tadi di bakar diletakkan atas daun pisang.Perisa Tebaloi dapat di dapati dalam rasa stawberri, coklat, pandan dan rasa biasa.Pembungkusan dan pengkotakan yang menarik telah diperkenalkan untuk menarik minat pengemar makanan tersebut.

Jenis tebaloi



Perisa Strawberry



Perisa Pandan



Perisa Coklat

Produk tersebut di atas ialah daripada
Usahawan Bimbingan IATM,(Industri Asas Tani dan Makanan)Jabatan Pertanian & FAMA Sarawak.

KILANG TEBALOI PPK SADONG JAYA

Tebaloi ialah satu produk tradisional yang berasaskan pertanian kini kian popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan bahkan juga pelancong asing. Ia merupakan makanan ringan kaum Melanau yang diperbuat daripada tepung dan lemantak kelapa sebagai bahan utama.

Dahulu tebaloi hanya merupakan kuih asli orang kampung yang dibuat secara kecil-kecilan di kalangan wanita-wanita Melanau di kawasan Mukah dan Dalat. Cara pembuatan juga semuanya manual dan menggunakan alat-alat tradisional. Oleh itu keluarannya tidak begitu besar dan tiada kawalan mutu yang dititikberatkan sama ada dari segi rasa, bentuk, rupa atau pembungkusan.

Kini teknologi pembuatan makanan sudah dipermodenkan. Kebiasaan tebaloi tradisional menggunakan belanga kini ditukar kepada oven atau pengering (dryer) yang berkapasiti tinggi dan lain-lain alat moden yang boleh mempercepatkan pemprosesan. Justeru pengeluaran dapat dipertingkatkan ke tahap komersial. Di samping itu, kawalan mutu pelbagai aspek dan pengesahan halal pihak berkenaan juga diberi perhatian yang lebih.



Adunan dikacau menggunakan mesin

Jikalau dahulu pengeluaran tebaloi hanya terhad kepada kawasan di mana terdapatnya tepung lemantak atau di kawasan yang didiami kaum Melanau, kini senario ini sudah berubah. Kilang tebaloi di Sadong Jaya, Daerah Simunjan adalah satu-satunya kilang pengeluaran tebaloi moden yang terdapat di luar kawasan penanaman rumbia (mulong) serta kilang lemantak. Meskipun Sadong Jaya bukan pengeluar tepung lemantak, ia kaya dengan kelapa dan daun pisang yang juga merupakan keperluan utama dalam pembuatan tebaloi. Di samping itu, lokasi Sadong Jaya yang tidak begitu jauh dari Bandaraya Kuching memudahkan pengangkutan produk untuk pasaran tempatan sekitar bandaraya Kuching serta pasaran luar.

Kilang tebaloi yang dipunyai oleh PPK Sadong Jaya mempunyai peralatan yang moden. Ia mula beroperasi sejak bulan April 2000. Ia mampu mengeluarkan 400 hingga 600 bungkus tebaloi sehari. Jumlah pengeluaran hingga kini ialah 453,400 bungkus seberat 130 gram setiap satu dengan jumlah jualan menghampiri RM800,000.

Kuantiti dan kualiti keluaran telah meningkat setelah perubahan dilakukan mengikut syor-syor yang dikemukakan oleh SIRIM. Di samping itu, kemahiran para pekerja kilang tebaloi yang seramai 10 orang itu juga salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kuantiti dan kualiti keluaran. Pengurusan yang cekap dan penyeliaan yang berkesan di peringkat Pertubuhan Peladang Sadong Jaya. Pejabat Pertanian Bahagian dan Ibu Pejabat (Bahagian Institusi Peladang) mampu menempatkan keluaran kilang ini diketahui umum dan menjadi pilihan ramai.



Pembungkusan lama



Pembungkusan Baru

Dari segi pelbagai keluaran, selain tebaloi yang biasa (seperti yang dikeluarkan oleh kilang tradisional), kilang tebaloi di Sadong Jaya telah mengeluarkan tebaloi yang berperisa pandan dan coklat. Pihak kilang kini sedang mencuba perisa serta bentuk tebaloi yang berlainan supaya lebih sedap dan menarik. Semua keluaran ini dilabel dengan jenama 'Agrobest'. Produk-produk sampingan yang ada sekarang termasuklah serpihan terbaloi dan sagon untuk pasaran tempatan. Kedua-dua produk ini diperbuat daripada bahagian lebihan tebaloi yang telah dipotong mengikut saiz.

Kilang tebaloi Sadong Jaya berpotensi tinggi menjadi pengeluar tebaloi berkualiti tinggi untuk menembusi pasaran luar. Pihak Ibu Pejabat dengan dibantu oleh Pertubuhan Peladang Negeri sedang berusaha untuk mempromosikan produk ke luar negara seperti China dan Timur Tengah.

Kilang membuat tebaloi di PPK Sadong Jaya diselenggarakan dan diuruskan oleh Puan Nora binti Hj. Nong. Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan beliau di talian 082-821352.

BUNGKUSAN BARU TEBALOI
TARIK PENGGUNA ANTARABANGSA


Tebaloi, makanan ringan tradisional masyarakat Melanau kini boleh diperoleh dengan mudah di semua pintu masuk, kedai-kedai cenderamata utama serta pasaraya-pasaraya terkemuka (termasuk rangkaian Pasaraya Giant di seluruh negara) untuk dijadikan sebagai buah tangan mahupun hadiah untuk dibawa pulang.

Saiz bungkusan yang lebih kecil (130 gram) dan rekaan grafik berlatarkan Menara Berkembar Petronas pada bungkusannya sudah cukup menunjukkan sasaran utamanya ialah para pelancong yang datang atau bagi menarik pasaran antarabangsa.

Sungguhpun demikian, saiz yang lebih besar turut dihasilkan bagi memenuhi selera dan permintaan tempatan. Strategi pembungkusan itu diperkenalkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak sebagai salah satu langkah meningkatkan pasaran bagi produk tebaloi yang dihasilkan oleh Kilang Tebaloi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Simunjan di Sadong Jaya.

Projek Kilang Tebaloi itu telah dimulakan pada tahun 2000 dengan modal permulaan kira-kira RM400 ribu. Kini ia diuruskan oleh dua kakitangan PPK dan 10 orang pekerja terdiri daripada penduduk tempatan.

Ia juga merupakan satu-satunya pusat pemprosesan tebaloi secara komersil di luar Bahagian Mukah yang terkenal dengan perusahaan itu. Pengurus Besar kilang itu, Kamal Tahir menjelaskan bahawa lokasi itu dipilih kerana terdapat banyak kelapa muda dan daun pisang yang merupakan keperluan penting untuk pengeluaran tebaloi. Kira-kira 60 kg kelapa parut segar diperlukan setiap hari. Tepung sagu pula dibawa dari Mukah dan boleh bertahan lama sungguhpun memakan masa dalam proses penghantarannya.

Tebaloi di Sadong Jaya dihasilkan daripada tepung sagu, kelapa parut segar, gula dan serbuk kunyit yang kemudiannya dibakar di atas daun pisang menggunakan oven untuk memberi rasa yang lembut dan harum. Tebaloi yang dihasilkan boleh disimpan sehingga satu setengah tahun.

Menurut Kamal, kilang tebaloi itu telah mengeluarkan di antara 550 dan 630 bungkus (80 – 90 kg) sehari dalam tiga tahun pertama operasinya. Walau bagaimanapun, pengeluarannya menurun kepada di antara 300 dan 350 bungkus (60 – 70 kg) sehari sejak tahun 2004 berikutan pengenalan bungkusan baru yang bersaiz lebih kecil dan berintensif buruh serta proses pengubahsuaian yang dilaksanakan ke atas kilang.

Beliau turut yakin bahawa pengeluaran tebaloi akan meningkat sebanyak 45 peratus tahun ini dengan adanya kerjasama baru bersama dengan Lembaga
Pemasaran Pertanian Pesekutuan (FAMA). Kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan Lembaga Pemasaran Lada Hitam (JPLH) juga telah diadakan untuk menghasilkan tebaloi berperisa lada sebagai langkah menambah kepelbagaian produknya. Selain itu, tebaloi berperisa cokelat dan pandan juga telah dirancang untuk dikeluarkan sedikit masa lagi bagi menarik pasaran luar negeri.

Sebagai langkah memenuhi keperluan pengeluaran, sebuah kilang baru akan dibina tidak lama lagi di tapak yang telah dikenalpasti dan akan dilengkapi dengan mesin terkini. Langkah membina kilang baru itu juga bertujuan untuk membolehkan kilang itu menepati piawaian dalam industri pemprosesan makanan negara yang seterusnya akan memajukan lagi pengeluaran tebaloi di Sadong Jaya.

RESEPI: BISKUT TEBALOI
Bahan-bahan:

2 biji telur
700 gm tepung sagu
1 kilo kelapa parut (yg dibuang kulit ari)
500 gm gula
40 gm tepung kunyit (pewarna)

Pukul telur dan gula hingga kembang dan hancur. Masukkan nyiur,
tepung sagu, tepung kunyit dan kuar rata dan sebati. Canai adunan
diatas daun pisang nipis.

Bakar kali pertama:
bakar selama 4 - 5 minit dengan suhu 350 celcius (separuh masak)

keluarkan dan potong ikut saiz yg digemari.

Bakar kali kedua:
bakar selama 15 minit dengan suhu 180 celcius (kalau belum 15 min dah
masak, keluarkan saja dr oven)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments

ada di jual tebaloi ya...kt pasar satok ya....cm nyaman hooooo....

Apa nama produk tok? X nampak melalui gambar.