Menikmati PEZZO Pizza SugarBun Mukah

PEZZO Pizza yang baru sahaja di buka di Medan Mall Mukah Sarawak menjadi tumpuan orang ramai. Termasuklah aku dan hb sekali. Baca komen kat Facebook, ramai yang katanya PEZZO Pizza ni sedap! Bukan sedap biasa-biasa je, tapi sedap tahap gaban! Menambah kejelesan kami nak cuba PEZZO Pizza.

 PEZZO Pizza dibuka di cawangan SugarBun Mukah bersebelahan Medan Mall Sarawak, harga pezzo pizza sekeping, gambar pezzo pizza yang sedap lagi nyaman!

25 September 2015 lepas shopping barang dapur, kami pun menuju ke Medan Mall. Rupanya ada cawangan SugarBun baru kat situ. Lokasi SugarBun lama adalah bersebelahan supermarket Ngiu Kee. Means kat Mukah ada 2 cawangan SugarBun. Yes! Aku pun antara salah seorang peminat SugarBun nih. Bagus la bukak 2 cawangan.

Masuk je dalam PEZZO Pizza, wooo ternganga aku tengok ramai giler berbaris! Demi nak merasa betapa nyamannya PEZZO Pizza nih, sanggup hb aku berbaris panjang-panjang kat situ. Kami beli 3 keping pezzo pada harga promosi RM20. Ada banyak perisa pizza. Semuanya nampak menyelerakan! Tapi kami pilih perisa cheesy cheese dan big daddy.

PEZZO Pizza dibuka di cawangan SugarBun Mukah bersebelahan Medan Mall Sarawak, harga pezzo pizza sekeping, gambar pezzo pizza yang sedap lagi nyaman!

Senarai 12 Jenis pizza di Pezzo Pizza SugarBun Mukah:
 ‘Pepperoni Party’, ‘Cheesy Cheese’, ‘Hola Hawaiian’, ‘BBQ Bonanza’, ‘Sambal Ikan BIlis’, ‘Big Daddy’ dan ‘Very Veggie’ dijual pada harga RM6.90 sepotong. Manakala “Perisa Hot Chick’, ‘Meat Muchers’, ‘Supremo’, ‘Mexican Mania’ dan ‘Fisherman’s Favourite’ dijual RM7.95 sepotong,”.

Kami dah makan pizza cheesy cheese tu, terbukti ia sangat-sangat sedap! Especially bila di makan time panas-panas! Rasa nak lagi..nak lagi! Cuma part aku kurang suka, terpaksa menunggu lama order pizza siap. Lama bebenor. Bayangkan lepas berbaris panjang tu, kami kena tunggu selama sejam lebih baru piza tu siap. Next time, kalau nak makan pezzo pizza ni, order dulu piza baru shopping barang lain. Strategi baru..hihihi..

5 comments

Selangor agak-agak ada tak..hehe

This comment has been removed by a blog administrator.

nampak sedap! saya ni dahla penggemar pizza

Sik minat gilak ngan Sugarbun sebab kamek peminat fanatik KFC. Tapi pizza ya macam nyaman jak. Macam nak try sekali duak. Heheh.

http://angellovesoldier.blogspot.my/


EmoticonEmoticon