Hari pertama dan kedua berpuasa, cuaca agak mendung. Bermulanya
hari ketiga dan keempat puasa, cuaca berubah menjadi terlampau panas terik dan
kering sepanjang hari. Tiada hujan, tiada angin. Sepanjang hari berpuasa, badan
asyik berpeluh-peluh. Buka kipas angin sampai 2 sekaligus masih tak mampu untuk
sejukkan suhu persekitaran.
Cabaran berpuasa bulan Ramadhan 2015 - cuaca panas terik dan kering |
Lagi menambah cabaran berpuasa tahun ni, pasal ketiadaan air
paip. Masalah takde air yang dah berlangsung sebelum bulan puasa lagi. Dalam
tempoh tu, berjimat penggunaan air. Nak mandi, kencing, berak, aktiviti memasak
semua dalam langkah kawalan. Ada had guna air. Air minuman kita orang beli air
mineral dalam kotak tu.
Bila cuaca mendung, kurasakan agak nyaman berpuasa. Bila
cuaca berubah menjadi panas terik dan kering sepanjang hari, inilah dugaan
berpuasa sebenarnya. Ditambah lagi, bulan Jun 2015 memang dah diramal oleh
pengkaji cuaca umat Islam akan berpuasa dalam fasa panas terik dan kering.
So, jagalah kesihatan diri kita. Elakkan dari berada di bawah
matahari terik. Ketika bersahur dan berbuka puasa, minumlah air putih
sebanyaknya. Salam Ramadan u olls semua..
5 comments
macam2 cabaran kan
memang cabaran sungguh. sudah lah panas, air pula tak ada.
Semalam tempat bunda panas....hari2 sebelumnya ada jugak hujan sikit sebelah petang..
samalah..cuaca agak mencabar juga..tapi bila fikirkan inilah dugaan Allah bagi, takpelah, redha
Pernah gak rasa bulan puasa tak ada air. Sepanjang ramadhan tu tak ada dekat N9 sebab hujan lebat smpai pecah paip besar yg salurkan air. Nak tadah air hujan tak ada sebab dah start pnas...memang susah kalau tak ada air ni...
EmoticonEmoticon