Sinopsis Cikgu Su (Suhaimi) TV1 Drama Lelaki Lembut Hari Guru
Cikgu Su
mengisahkan guru lelaki bernama Cikgu Suhaimi (Arjaa Lee) yang ditugaskan
mengajar di sebuah sekolah menengah. Perwatakkan Cikgu Suhaimi penyayang dan
lemah lembut. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Su sebagai nama
panggilannya.
Malangnya akibat penampilan dirinya
yang lemah lembut itu menyebabkan Cikgu Suhaimi dipermain-mainkan oleh
sekumpulan pelajar lelaki nakal yang diketuai oleh murid bernama Jamal. Mereka
gemar memperlekehkan Cikgu Suhaimi dan tidak hormat langsung kepadanya.
Sementara itu Cikgu Suhaimi gigih
untuk berusaha mengembalikan keadaan sekolah tempat dia bertugas menjadi lebih
aman dan ceria. Kesabaran Cikgu Suhaimi teruji dengan kenakalan Jamal dan
rakan-rakannya yang menghadiahkan kotak berisi katak kepadanya. Cikgu Suhaimi
menjerit terkejut hingga ditertawakan oleh pelajar-pelajar yang lain.
Pengetua sekolah cuba menasihati Cikgu
Suhaimi supaya menjadikan pelajarnya lebih berdisiplin dan hormat kepadanya.
Begitu juga guru-guru sekolah yang lain turut bersimpati dengan layanan pelajar
kepada Cikgu Suhaimi.
Hakikatnya Cikgu Suhaimi miliki
strategi tersendiri untuk memperbetulkan keadaan tersebut. Adakah masih ada
peluang dan ruang anak-anak muridnya memohon maaf kepada Cikgu Suhaimi atau pun
sebaliknya? Saksikan kesudahan drama Cikgu
Su menerusi slot Panggung Ahad di TV1.
Pelakon Drama Cikgu Su TV1
Arjaa Lee
Noryati Taib
Zila Bakarin
Shima Anuar
Syafiq Syazim
Ridhwan Rashid
Gambar Drama Cikgu Su TV1
Arjaa Lee bawa watak Cikgu Su menerusi drama TV1 - watak cikgu lembut |
Saksikan drama Cikgu Su Slot Panggung Ahad
Tarikh drama Cikgu Su
disiarkan: 17 Mei 2015
Hari: Ahad
Jam: 10.30 pagi
Saluran: TV1
2 comments
Rasa ada dah citer ni tahun lpas..
Handsome arja lee
EmoticonEmoticon