Jangan rosakkan anak dengan kasih
sayang. Betul! Aku sokong sangat. Kasih sayang berlebih-lebihan terutama dalam
mendisiplin anak-anak akan memberi kesan pada diri mereka.
Pelbagai cara dan usaha dilakukan ibu
bapa bagi menunjukkan rasa kasih yang mendalam kepada zuriat masing-masing. Bagaimanapun,
dalam keghairahan mencurahkan kasih sayang, ditambah pula ekonomi keluarga yang
semakin baik, ramai ibu bapa tersilap langkah dan mempamerkan konsep sayang
yang ‘merosakkan’ anak mereka.
Ada ibu bapa sanggup menurut apa saja
permintaan anak baik dari segi material mahupun keperluan harian. Segelintir
ibu berasa kasihan melihat anak mereka meminta gula-gula, ais krim dan coklat,
lalu membelikannya manakala anak pula dibiar menikmatinya sepanjang hari. Bukan
sahaja terjadi pada ibu bapa, malah si nenek jugak. Kerana kesiankan cucu
nakkan gula-gula atau apa-apa snek manisan dijual di kedai, mereka akan
turutkan kehendak si anak/cucu.
Tidak cukup dengan itu, anak zaman
moden ditatang bagai minyak yang penuh dan setiap permintaan mendapatkan
peranti mudah alih termasuk telefon pintar dan tablet dipenuhi. Bagi ‘membeli’
kasih sayang anak, ibu bapa bersikap kurang tegas dalam mendidik dan
mendapatkan apa saja yang diminta anak sebagai menunjukkan rasa cinta yang
mendalam.
Biarpun setiap permintaan berbentuk
bahan material diberikan kepada anak, ia tidak mungkin dapat menggantikan
keperluan jiwa anak yang mahukan belaian kasih-sayang, perhatian, bimbingan dan
sokongan ibu bapa dalam membesarkan mereka.
Bimbingan ibu bapa bukan sekadar
membabitkan perlakuan positif, kata-kata membina, tetapi ia meliputi gaya hidup
terbaik yang akan menjadi ikutan dan tersemat kemas dalam diri anak-anak untuk
sepanjang hayat mereka.
14 comments
Benar sekali Yumida.. Anak adalah Amanah dari Allah
http://pemudattbc.blogspot.com/2014/08/akhlak-mujahideen-palestin.html
#WeSupportQassam
#WeBoikotZionis
sy pn jenis kasihan kan ank..tapi harapnye sy mampu didik dia utk menjadi org yg tahu menghargai..dn tidak menggunakan kekurangan sy sbgi sorg ibu ni utk meminta yg bukan2.
betul tu...ada masa dan perkara, perlu ditegur...mudah2an saya tak terlalu manjakan anak saya sangat...
betul sangat.tapi kadang-kadang terrrrrmanjakan diorang jugak. nangis sikit, hulur handphone utk main game, hulur tab tengok kartun.. aduhaiii
setuju tu yumida...
yes... setuju... saya juga kadang2 leka dgn tuntutan kasih syg terhadap ank... kdg2 sedar dan kdg2 terlupa... TQ utk peringatan ini...
tq for sharing
betul tu...
Setuju sangat yumida..
setuju ngn cik akk..nk manjakan pon kne berpada2 :)
sangat setuju.. persekitaran zara kat sni, zara noticed family skang lebih kan sgt penuhi kesemua kehendak anak2, menangkan anak contoh nya.. boleh mcm tuu tapi jan tlalu over sgt kan sis ?? hmmm..
setuju sangat.. saya pun harap saya dapat mengawal anak2 agar menjadi anak yang baik.. info yang berguna untuk saya juga sebagai ibu..
Setuju dgn yumida
Nice sharing yumida
EmoticonEmoticon