Kekayaan
tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau
rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya
tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun mempunyai banyak
harta.
Kita selalu
mendengar perkataan berkat, tapi bagaimanakah cara untuk mendapatkan keberkatan
yang sebenarnya daripada Allah?
Berikut adalah 11 cara untuk mendapatkan
keberkatan:
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah
sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim atau miskin kalau boleh setiap hari.
6. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan
pujian dan sebagainya.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat)
perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah: berikan sesuatu yang kita sayangi
(rujuk surah Ali Imran ayat 92)
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat
(dunia untuk akhirat –
bukan dunia untuk dunia).
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui
jualbeli (perniagaan).
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Orang yang
bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan
(belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Sabda Rasulullah,
sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah
walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi
sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas,
insyAllah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah
digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.
Amalkan ilmu
yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta –
belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita
tidak ketahui.
Sumber: www.iluvislam.com
SALAM RAMADHAN HARI KE-7
52 comments
kena pastikan macam mana nak dapat keberkatan tu.
kecik atau besar tak penting. yg penting niat kita & hati yg ikhlas.
bersedekah walaupun xseberapa
makin sedekah makin murah... sgt...
InsyaAllah ada benefitnya..
Ustaz alif penah ckp, kalau kita berniat nak sedekah saja sudah dapat pahala walaupn belum memberi sedekah trsebut.. Apatah lagi setelah memberi sedekah.. Betapa mulianya tgn yg memberi sedekah..
hati ikhlas semua berkat :)
bersedekah, walaupun seringgit, tapi ikhlas & redha pasti mendpt keberkatan...
Salam Ramadhan, bykkan bersedekah di bulan mulia nie
selalu kat bank2 mesti ada orang minta hulurkan sumbangan kan..memula prepsi saya, orang ni nak tipu..tapi lelama fikir..niat bersedekah.kalau dia buat tak betul..itu terpulang hehe
Assalam, Subhanallah... sedangkan org miskin pun ada yg bersedakah ini kan [ula orang kaya... Harta tak akan menjamin kita masuk syurga... Apa yg penting dlm bersedekah ini adalah niat kerana Allah Ta'ala dan bukannya tujuan utk membangga diri dan riak...
tak kira apapun sumbangan kita, yang penting pbetulkan niat terlebih dahulu.. :)
Nawaitu kita kena betul.. Kerana Allah tidak mungkir janji.. Insyaallah !!!
kmk senyum byk2 sitok.. senyum kan sedekah..hihi
sedekah membawa berkat
Betul tue...Sis sokong...hidup bersedekah membawa berkat hingga ke syurga..
alhamdulillah... deqla sentiasa bersyukur apa adanya..kalo tak, maknanya kita kufur...kalo ada rezeki lebih apa la salahnya kita sedekahkan pada yg memerlukan..sama2 menikmati rezeki Allah..
trima kasih berkongsi sis..
mulakan setiap pekerjaan dengan nawaitu yang betul dan semata2 kerana ALLAH..baru berkat :)
thanks sharing dear :)
zakat dan sedekah ni mmg akan rase berkatnye. duet yg kite ade tu buat kita rase cukup utk sebulan tu. ;)
setiap pekerjaan yg baik perlu niat kerana Allah,insyaAllah ada keberkatanya..tak mampu dgn harta,tp akak ni senyum pun susah acaner tu..huhu
bersedekah dgn hati yg ikhlas...
Assalamualaikum Yumida
kena bersedekah lebih pd bulan Ramadhan ni
Selamat menjalani ibadah puasa
betultuh gaji kita simpan sedikit utk org2 miskin
sik luak pun duit kita mun kita sedekah kat fakir miskin.. :)
thanks for sharing...
senyum pun sedekah jugakan? dya datang bawa senyuman utk yumida..=)
sedikit jumlah dgn niat yg ikhlas itu lebih baik
boleh amalkan ni..nice sharing :)
byk cara nak dpt keberkatan Allah tok... maok sik maok jak... :)
banyk cara kan nak dap0at kan keredhaan Allah...
semua mesti dengan niat yg ikslas..:)
psss....hari ni berbuka ape...hee
keikhlasan mnjd bnda penting...
apa yang kita sedekahkan tu nantilah jadi harta kita di akhirat sana kan.hehehe
betul2 sentiasa mensyukuri nikmatnye dan bersedekah merupakan satu keberkatan:)
bagus bersedekahkan..yg lain kna wat jgk..hihi..slaam 7 ramadhan dear ;-)
salam 7 ramadhan..eh..7 da ek?
betul tu...salam 7 ramadhan sis yumida :)
kmk datang sitok nak madah... kmk tag ktk...
http://masrinasidek.blogspot.com/2012/07/segmen-aku-terjah-aku-follow-apakah-itu.html
Nice sharing. Selamat menjalani ibadah puasa :)
amin..
sebaiknya.. tangan kanan yang meneri..tp tangan kiri x mengeahuinya
Banyakkan lah bersedekah dibulan yg mulia nih.
entry yg menarik..perkongsian yg bgus dibuln ramadhan..
begitu tingginya nilai pabila sedekah dijalan Allah,subhanaAllah :)
niat yg penting besar atau kecik belakang kira janji ikhlas hati
InsyaAllah, akan cuba amalkan bersedekah semampu boleh.. =)
menarik..terima kasih berkongsi Yumida :)
di dalam ramadhan, banyakkah bersedekah
lau kita pnya rzki yg lbh xslh share ng owg yg kurang bernsb bek spt bersedekah =)
smkin byk kita mberi dan berkongsi,smkin murah la rezeki..
mcm pepatah inggeris..what you give,u get back..ehh,mcm lari je ni..hehe
nice entry,,
byk2 kanlah bersedekah,,siapa taw Allah akan bg kat kita rezeki yg berganda2 lak kalau kita selalu bersedekah :)
bersama sama kita amalkan
terima kasih di atas peringatan yumida ;)
Nice sharing.. Sedekahla Walaupun sekadar senyuman....
Nice sharing sis..sm2la kite ingt mperingti..
EmoticonEmoticon