Kesan Negatif Bila Berpakaian Seksi:
1. Menyusahkan para isteri
Golongan wanita yang berpakaian tetapi
telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang
berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada
juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja
suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak
dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
2. Gangguan seksual terhadap golongan
lelaki
Ini adalah satu bentuk gangguan yang
menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis Nabi SAW menyatakan: ”Sehingga
senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya
apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita
tersebut.
3. Mendedahkan diri kepada pelbagai
bahaya
Senario hari ini memperlihatkan betapa
banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu
faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta
promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini
tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang
tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak
sebagai mangsa.
4. Tidak menghidu bau syurga
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini
tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Perkongsian bersama
Juga peringatan buat diri ini
29 comments
Betol 2...bhya pakai seksi2 neh...kdg2 tpikir gk owg yg pkai cmneh x rs pape ke??
peringatan utk semua...
Nasihat yg baik...
Tapi sekarang ni, kalu yg pkai tudung bleh juga dikatakan seksi?? err? bagaimana tuh.haha! ^_^
berpakaianlah mengikut bangsa dan AGAMA kita,pasti selamat dunia akhirat...
isteri, pakailah seksi dirumah kala suami ada,...tunjukkan,kita pun hebat tapi hanya untuk tatapan suami SAHAJA....banyak pahala dapat..kan
sedap mate lelaki memandang pmpuan pakai seksi
kahkahkah
Takut sangat bila baca yg keempat tu... Nauzubillah...
kdg2 perempuan ni pakai jubah pun lelaki akan nmpk seksi terutamanya bila orang mengandung. hihihi.tq for sharing.;)
sy orang sbh tp keja di srwk ( kuching) sweety tu org sbh jg kawan sy satu maktab tp dia keja di sibu;)
pedas jer awek tu kena...
ya sebagai peringatan utk kita bersama
Peringatan utk diri CiM sendiri.
||kadang2 tue terseksi juga||
mmg tak cool pun pakai seksi.
tq mengingatkan saya. :)
sama sama berubah lebih baik.
dan doakan mereka yg kekurangan
turut berubah sama.
betol2..
haha. tedah. jujoh aek matanya kenak tegorr
@Riswin Zahari komen awak wat sya teringat psal iklan2 plansingan bdan skrg ni...mungkin itu contoh yg memakai tudung tp msih nmk seksi.. so paham2 la kan...huhuhu
peringatan utk diri sendiri
setuju. Wanita yang berpakaian seksi ni selalu menjadi mangsa seksualiti. Berhati-hati di jalan raya ya :)
Betul tuu...
Jangan cari penyakit pakai seksi2 kannnn..nnt sapa yg susah..
teringat ada sorang awek ni, slalu pakai skirt tggu bas..skirt tu pulak paras peha..bila dudok dah tersingkat ke atas..alahai...selalu nmpk dye pakai skirt jew..mungkin sbb keje ngan org cina kot...tp agak2 la kan...bila ada lelaki pndg2, dye buat muka geram..haihh..tau lak nk mrh..haha..
betoi tu.. xelok pkai seksi2 sgt..
btl 2..sesma la mengingati =)
betul tu..thats why Islam suruh kita tutup aurat !! TUTUP AURAT !! BUKAN TUTUP URAT !!
dosa bagi yg melihat dan pakai seksi2 tu.. Allah melarang.. jadi elakkan ;)
hahahaa..naseb badan la..hikhik
Bila Allah dah larang benda tu dari awal tu memang confirm benda tu yang TERBAIK. Terpulang pada hati.. ;)
baca.telan.buat.
betul2 semua di atas..sebaiknya kita jadikan tauladan..
lalu teringat video kuliah Ustaz Azhar Idrus,
ikutilah agama, mesti semua selamat..
:)
ok reason no1 tu ada betulnya jg lah kalau terkena laki yg miang haha
betul!kesimpulannya bencila seksi..hikhik..
EmoticonEmoticon