KLIK BANNER UTK JOIN
Minggu itu merupakan minggu sibuk buat aku. Sebagai senior form 6, juga bendahari persatuan PPIM, aku kena menguruskan bajet jualan dan berurusan dgn Cikgu Marina sbg guru penasihat persatuan. Tambah-tambah lagi akan diadakan pertandingan nasyid, semestinya aku juga terpilih. Hati ini keras menolak, namun apakan daya bila sudah menjadi orang popular, penyertaan itu mesti!
Petang itu, seperti biasa kami berkumpul di hadapan kuarters Cikgu Marina. Fikiranku kosong. 'Agak-agak lagu apa yg akan kami bawakan nanti'. Aku bermonolog sendirian. Kelihatan seorang jejaka datang ke arah kami. Aku tertanya-tanya, siapakah si hensem itu. Sejurus kemudian, Cikgu Marina memperkenalkan kpd kami bahawa dia adalah adiknya. Mahadier namanya. Kawanku becok bertanya...itu..ini... Amboi..pantang tengok jejaka ensem sikit..mulalah membodek. Petang itu kami di ajar jurulatih vokal nasyid oleh Mahadier. Merdu jugak suaranya.
2 minggu kemudian, jamuan diadakan di rumah Cikgu Marina. Aku and the geng harus ada, membantu persiapan. Turut hadir sama Cikgu Marina sekeluarga. Yaaa...ada lagi adiknya yg bernama Mahadier. Kecoh...bila kawanku yg bernama Aneng di usik oleh Mahadier. Hmmm..jenis mengusik jgk. Aku menarik muka. Cancel!
Di suatu petang, di bulan Ramadhan. "Akak!...something special utk akak" si Ecah berkata. Mukanya mengulum senyum. Aku dgn muka masih bercop bantal berbekalkan air liur basi segera menuju ke arahnya. Terkinja-kinja sungguh budak ni. Aku mengomel sendirian. "Nah! abang kasi kat akak". Ku lihat sebuah sampul besar, 2 gugus buah rambutan, 10 batang bunga api. "Untuk akak? Siapa bagi?" Aku kehairanan, berkerut-kerut dahiku melihat buah tangan yg dibawakan oleh Ecah. "Abanglah...". "Cer baca kad tu..cepatlah!" Uishhh..sungguh x sabar budak ni. Aku dikerumuni oleh rakan-rakan seasramaku. Yaa..penuh! Memasing x sabar menunggu isi ucapan di dlm kad.
'Kehadapan YUMIDA, sudilah menerima diri ini dalam diri awak sebagai permaisuri hatiku"
Yang benar,
Mahadier
013XXXXXXX
NO. IC: 8XXXX9-13-XXXX
Noktah terakhir bacaanku..disambut dgn hilai tawa rakan2. Aku teramat malu! Sejak hari itu kawanku sering bergosip mengenai diriku, juga mengenai kepelikkan hadiah yg ku terima. Rasa hati: kosong!
Raya ke-5, aku dikunjungi oleh seluruh ahli keluarga Cikgu Marina. Ya, sang adiknya yg pernah menghantar hadiah pelik kpdku turut ada. Aku malu. Bukan dibuat-buat! Tapi kerana bilangan keluarganya terlalu ramai. Sedang aku menuang minuman dan memberikan segelas sorang tetamu yg hadir, si dia berbisik " Nak bagitau kat ayah..nak melamar awak hari ni". Mak aiiii..tersentap aku! Terketar-ketar tanganku menuang air. Si dia hanya senyum meleret. Mungkin gelak selepas puas mengenakan ku. Aku cepat-cepat menyiapkan tugasanku dan beredar terus ke dapur.
Menunggu keputusan UPU amat lama, aku nekad utk mencari pekerjaan di bandar. Niat baikku di halang oleh ayah. Yaa..aku anak yg degil. Aku tetap meneruskan niatku tanpa bantuan kewangan daripada ayah. Berbekalkan RM120.00 wang saku ku, aku berjaya mendapat kerja sbg operator kilang. 3 minggu kemudian..selepas bergelar pekerja kilang, buat pertama kalinya..tergerak hatiku ingin menelefon Mahadier.
Perjumpaan diadakan di stesen bas, betul2 di luar kilang elektronik tempatku bekerja. Pertanyaan skema "Awak dah makan? dah minum? tadi buat apa?" Haha..ya itulah soalan pertamaku. Aku sangat segan. Teramat-amat! Wajahku hanya tunduk merenung rumput. Dia sangat cool. Urgh..rasa geram..kenapa mesti aku yg malu?
Sesi perjumpaan bakal berakhir. "Malam ni call saya k". Aku menggelengkan kepalaku. "Takde duit syiling dah". Dia merenungku. "Tadi dah makan?" Aku hanya menggeleng. Memang benar, aku belum makan lagi. Kerana aku harus membajetkan wangku yg hanya tinggal RM6.00. Tidak cukup untuk perbelanjaan 2 minggu lg sebelum gaji pertamaku keluar. Dia mengeluarkan dompet, mengeluarkan note merah RM10.00, kemudian mengeluarkan syiling sen-sen selagi ada. "Saya tunggu awak call malam ni...esok saya datang lagi".
Keesokkan harinya, dia datang lagi. Kali ini pertemuan kami lebih ramah. Aku sudah boleh mencuri-curi melihat wajahnya. Ish...malu tapi mahu! Gedik sungguh terasa. Kikiki....Kali ini dia memberikan plastik ice-cream panjang yg berisi syiling. "Dalam ni ada RM10.00 duit syiling, call saya malam ni...call umah awak juga" Dia berlalu. Aku tersenyum. Apakah maksud senyuman ini? Uish..mengada la diri ini.. Hari2 berlalu seperti selalunya, setiap hari dia akan menjengukku dan membawa syiling berjumlah RM10.00 setiap hari!
Mungkin bg sesetengah orang akan beranggapan nilai itu kecil, tp TIDAK bg aku...sangat2 menghargai setiap sen yg diberikannya. Al maklum lah, masa tu dia belum bekerja, masih lg bergelar seorang pelajar yg mengikuti pengajian kedoktoran.
Keputusan UPU keluar, aku ditempatkan di KK, Sabah. Mahadier juga turut menghantar aku ke airport bersama ahli keluargaku. Sebelum berangkat dia memberikan aku sebuah handphone yg pernah menjadi miliknya dahulu, Nokia 3310. Arghhh...terasa sgt cemas tiap kali hp ku berbunyi, coz aku x reti nak tekan mana 1 keypad. Org sibuk dgn minggu orientasi, aku pulak sibuk dgn mengexplore button handphone. Jakun sangat kan aku ni, hehehe..
Semester pertama teramatlah busy, di tambah lg dgn penyakit 'homesick' ku. Mood aku melayan hp semakin kurang. Sebaris yg dia tanya, sepatah aku reply. Membuatkan dia berkecil hati. "Saya rindu teramat-amat kat awak tp awak reply hanya sepatah..next time reply la panjang sikit". Bunyi seakan-akan merajuk. Pengajaran ku terima. Mesej seterusnya, aku telah membuktikan.."-ayat copy dari mesej si dia- ku forward kembali, ku edit & paste...aah la sayang ayang mmg rindu kt awak". Kannn panjang dah kan. Membuat si dia semakin bertambah geram padaku. Aku tergelak kecil...haha...itulah rasa yg harus diterima bila bercinta jarak jauh..hanya hp menjadi pengubat rindu..
Masihku teringat kisah beraya bersama si dia. Malu teramat! Boleh pulak dia menegurku dgn selamba. "Yang...kat celah gigi ayang tu..ketara sangat kehijauan..tuuu kek tu melekat kat celah gigi ayang". Mak aiiii malunya aku!
2 tahun selepas tamat pengajian, kami mengukuhkan rasa cinta dgn lebih mendalam melalui ikatan suci. Rasa sangat terharu. Begitu panjang tempoh percintaan kami..selama 6 tahun, alhamdulillah jodoh kami memang sudah tertulis. Walaupun sukar menghuraikan rasa romantis, tp kami kaya dgn keletah lelucon, juga kerana sikap humorlah yg membuatkan rumah tangga kami berwarna-warni. Aku sah bergelar isteri kepada seorang suami bernama Mahadier.
Masih timbul persoalan.
Sehinggalah aku berkahwin dgnnya. Baru aku menemui jawapan.
Kenapa dia menghadiahkan aku buah rambutan?
Mengapa dia memberikan aku bunga api?
Mengapa aku yg di pilih? Bukan Si Aneng.
Dia mmg terkenal dgn sikap pemurahnya. Everytime blk kpg, pasti akan membawa buah tgn utk keluarga. Jadi, ketika kali pertama jatuh hati pdku, dia cuba memikat hatiku dgn kemurahan hatinya memberikan 2 gugus buah rambutan. Yg makannya siapa? Habis dibedal oleh kawan-kawanku di asrama. Selepas aku mengenalinya, baru aku mengetahui yg dia ni fanatik akan bunga api besar. Mercun dia x minat. Juz bunga api je. So tiap kali hari raya, memang ratusan ringgit akan sedekah kt kedai mercun. Dia ni juga jenis yg suka mengusik. So bertemu lg dgn Si Aneng yg ramah, memang menjadi la usikkannya. Terpaut hatinya saat melihat foto jamuan, dia menyelidik melalui adiknya siapa yg berbaju kuning dlm gambar. Punya la adik dia ni puji aku habis-habisan. Sampai excited dia nak tackle aku. Masa tu aku x layan. Aku masih ingat lagi, aku balik dri dewan makan dia tgh drive ikut aku dri belakang. Punya la 'mahal', sikit pun aku x toleh! haha..
-TAMAT-
*Terima kasih kerana sudi membaca :)
TAMAT: 23 Jun 2012 ( TEPAT JAM 11.59 PM / MIDNIGHT )
Korang..jom la JOIN SAMA...Masih sempat lagi ni..
9 comments
gud luck yumida...panjang love story yumida hihihi...so sweet la :))...sikap pemurah tu yg berjaya menambat hati yumida hikhikhik
good luck yumida..best kan kalo ingt blk kisah dulu2..hihi...gedok jew time tu..hahaha..alhamdulillah, akhirnya si dia jd husben yumida..
wah...dah macam cerpen percintaan dah ni..!
baik betul raja hati yumida.
cuma persoalannya, kenapa 2 biji rmbutan je..hihihih.
ikut dari kira2, umur yumida mcm 28tahun je..kalau betul, muda nur lagi laaaa..hihihihihi
Sweet+kelakar= yumida's luv story.... Hope bhg dunia akhirat...
Assalamualaikum Yumida
manis kenanggan tu....
semoga berjaya ye
sweetnya , BTW , goodluck , jom terjah ika puny pulak , dri contest yg sme
http://jomjoingiveaway.blogspot.com/2012/06/1st-special-giveaway-contest-by.html
: TAHNIAH ! ANDA MENANG HADIAH TOPUP ! ^^
http://qaleshyaumairah.blogspot.com/2012/06/pengumuman-pemenang-1st-special.html
Sweetnye story Yumida & husband..congrats menang :)
EmoticonEmoticon