KLIK BANNER UTK JOIN
3 tempat best di tanah airku bumi Sarawak:
1. Taman
Negara Bako
Terletak 37 km dari Kuching Taman Negara Bako kaya dengan
flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang
utama di Sarawak. Taman ni merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung,
24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia
termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib
boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di
negeri ini. Menarik kan? Memang sesuai untuk aktiviti Akak Jaa sekeluarga. Camera
jangan lupa k!
2. Kampung Budaya Sarawak
Tempat ni terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari
bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara
hidup masyarakat Sarawak. Akak Jaa & famili juga boleh melihat replika
bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak;
rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan
rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana
pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah
restoran dan kedai kraftangan. Mmg bez! Super awesome! Terpegun bila tengok
persembahan diorang nanti.
3. Jong's
Crocodile Farm
Jong’s Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak
menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini
terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan
penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di Malaysia. Paling
bez..Akak Jaa sekeluarga bakal menyaksikan demo memberi makan buaya yang ada di
sini. Mcm bez...n macam menggerunkan jugak kan? Hihi..
4. Kedai Kek
Lapis Dayang Salhah
Klo Akak Jaa nak tahu Kek Lapis Sarawak amat popular sehingga
mereka yang datang berkunjung ke Sarawak tidak akan melepaskan peluang untuk
membawa pulang kek lapis sarawak sebagai buah tangan. Antara tempat menarik di
Bandaraya Kuching yang popular ialah kek lapis Mariam di Satok, Kuching dan
juga kek lapis Dayang Salhah di Kampung Boyan, di seberang Sungai Sarawak
(bertentangan dengan Hotel Holiday Inn Kuching). Seberang sungai ini
dihubungkan dengan jambatan, tetapi pengunjung juga boleh memilih untuk menaiki
sampan pada harga tambang dari 30 ke 50 sen sahaja. Pengalaman menggunakan
sampan mmg bez!
Tag:
Waniey
Ismi Huda
Faz
3 comments
tengkiu for join dear btw...done follow u... :) jom bw sesama peserta tgk tempat2 menarik!
info menarik. complete! hehe. pastikan org yg di tag tahu ye
hye blogger sarawak! deqla blogger dari KL.. singgah sini... hihihi.. =)
http://norumara.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-jaakechik-corner.html
esok 31/7/12 pemenang ga akan diumumkan. sila alert ya!
EmoticonEmoticon