Koyong

Koyong a.k.a Siput Babi 

Koyong lonely
VS.
Koyong berdating
Bila lihat koyong ni, aku teringat rancangan "Bersamamu'' menerusi TV3 yg pernah memaparkan kisah sebuah keluarga miskin yang memakan Koyong. 

Malahan, Koyong juga  dijadikan menu dlm restoren Indonesia. Hmmmmm...rasa yummy x? Koyong blh dijadikan sate, sup dan belacan. Kreatifkan... Tak terfikir pulak Koyong ni blh dijadikan sbg belacan.


CUBA TEKA:
Kenapa Siput Babi jalan lambat???


Koleksi Soal Jawab Agama
Hukum Makan Siput Babi
Siput babi atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).
Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.
Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam

16 comments

tak nak teka. bg jwpn trus. hhaahha

Siput sedut ada orang makan... Kmk asa benda tok makruh untuk dimakan la Som... Kedak makan ketam juak..

selagi ada benda lain yang dapat dimakan, hee, makan benda lain dolok laa. :P

shiteq: xde jwpn..sila layan cara siput berjalan..ngeeee :)

amirfx: ada hukum tertulis di atas ya...

eza: bena ya....

saya ade jawapan, sebab siput babi ngah pikir sama ada dia siput ka babi. heheh, normal la tu cam kita gak takleh buat dua benda ngan efisien dlm satu masa...hehe

serius baru tahu yang siput babi dikenali jugak sebagai koyong. hehe.. buat sate? buat belaca? oh, no! rasa macam siput sedut kot.

selagi belum darurat, makan jer la benda lain..hehe..

kenapa sipot babi jalan lambat ye..urm.......hik3..dia penat bawak rumah dia jalan2 sekali kot. :p

kacak gambar koyong di ambik kiytak ya...

pun pernah tengok kat bersamamu kan.

surprise gak ms tgk. macam tak cy ada orang makan benda ni. (sebut benda sebab taktau nak categorise kan koyong tu sbg apa)

org indonesia gelar sbg pekicot.

dia lambat sebab berfikir dia tu babi ke siput...hehehe....

koyong...koyong..huhu

apa jak ka rasa koyong ya huhu

errrgghhhh.....geligeligeligeligeli.
tak dapat bygkan uweekk..

tapi kesian yagn dalam rancangan tv3 bersamamu tu. terpaksa la capai je apa yang ada utk teruskan hidup.

oo baru tahu , kita tak boleh makan yek .. hurmm .. rasa kenyal2 kot koyong ni

uihh..sik kempang ati juak nak makan menatang tok..hahahaha.

oooo..baru saya tahu koyong tu nama lain bagi siput babi ye...


EmoticonEmoticon