2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga
24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3
Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8
Februari – Biru
9 Februari hingga
18 Februari – Hijau
19 Februari hingga
28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac
– Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20
Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31
Mac – Ungu
1 April hingga 10
April – Biru Laut
11 April hingga 20
April – Perak
21 April hingga 30 April - Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)
MERAH
Selalunya mereka yang
mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai.
Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira
namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah
mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa
bila berdampingan dengan meraka.
KRIM
Ha! Kamu ini seorang
yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya.
Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain
untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’
sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria
selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.
Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta
dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang
benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan
sayang!
TEAL MERAH (WARNA
KAYU)
Bukan main lagi kamu
ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan
dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat
keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu
masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu
tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang
lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah
membuatkan diri kamu punyai ramai teman.
MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha
sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan
serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di
sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja
berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan
percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
HIJAU
Salah satu kelebihan
yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru
dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak
sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja!
Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih
hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa
dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!
EMAS
Kamu seorang yang
tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang
yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih
biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar
berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya
pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu
jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
KUNING
Kamu seorang yang
manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada
disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah
perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak
kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana
fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa
saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!
MAROON
Bagi
kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan
tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati
itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau
pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu
cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga
terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
OREN
Syabas!
Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap
perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat
beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling
kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat
tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing
untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar
untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu
akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling
percaya itu amat penting!
UNGU
Amboi!
Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati
diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai
daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak
pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan
perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting
mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya
hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga
sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih
mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai
menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat
lagi.
LIME
(WARNA BUAH LIMAU)
Sifat
kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu,
kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh
dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat
prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang
ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat
cemburu yek?
PERAK
Ternyata
kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat
balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya
punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba
sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri
kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan
cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si
dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu
stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari
nanti.
HITAM
Kamu
gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja.
Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan
pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup
kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang
lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika
inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
OLIVE
(WARNA BUAH ZAITON)
Bagi
kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong
orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak
menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’
di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria.
Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal
cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
PERANG
Kamu
seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang
dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa
menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk
didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam
soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak
berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya
kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?
KELABU
Kebanyakkan
meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif.
Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu
pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang
yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka
meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu
amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu
miliki itu.
BIRU
Ternyata
kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat.
Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana
mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung
ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu
menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta
pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana
taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan
benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu
mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
BIRU
LAUT
Kamu
mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu,
jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang
berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu
juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah
kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi,
belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan
si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu
sendiripun ada melakukan kesilapan!
PUTIH
Kamu
punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya.
Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan
kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini
kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain.
Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu
terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu,
cemburu buta namanya!
(AQUA)
BIRU KEHIJAUAN
Mak oi!
Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara
tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga
membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka
melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah
percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta
sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering
tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan
membuta tuli, kelak memakan diri.
Sumber:
17 comments
ada kebenaran juga... hehe
menarik!! hihihi.,.. kmk copy ah.. mek ngakah backlink...
adeh2.senyum kmk maca.ada yang betul, mun nya bleh rungkai dengan panjang dan jelas lagi bagus owh. thank for sharing. :)
menarik..
Gadis suke entry ni...=)
Gadis mohon mintak share yer..^_^
sab solhi: wokeh
labulabi: welcome..
gadis: yup...
warna kelabu..huhuhu...leh percaya jgk...
tentang kita: ader la kan sket2...
kmk ungu :D Ktk ka ajar cdak bejoget ya? xD
umie: owk...nak wonder gegirls ya kmk..hihi...so comel sidak ya
kmk dan si dia kaler putih..patutla mek duak salu cemburu o..hehehe
wawa: ya la....pewit...lak date k bj kaler puteh..
Feng Shui kmk kaler Putih ngn Kaler Kelabu... Tapi kmk prefer kaler merah... haha..
saya biru laut. dan hampir semua yang dinyatakan itu betul. hehe.
gracie dpt kaler kuning... :) and agak betul 99.9%. hehehehe...anyway..nice entry... and i like! hehe
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
amirfx: boleh pilih pa pa warna jak..juz feng shui nak...kaler merah?? adakah itu kayu ke-3..hihi
nasz: sembunyi bwh meja..ada org marah :)
gracie: yup..so sweetnya org yg berpersonaliti kaler kuning...
bobo warna kuning! :)
imbobo: kuning is yellow...jiwang besi berkarat....
EmoticonEmoticon