SERANGAN BUAYA DI SUNGAI SAMARAHAN
BELUM JUMPA... penduduk mencari mayat mangsa dibaham buaya, Sidi Samat di Sungai Samarahan Kampung Reban, semalam.
KOTA SAMARAHAN: Seorang anak hanya mampu menitiskan air mata apabila melihat dengan mata sendiri ayah kesayangan dilambung seekor buaya sepanjang lima meter selepas dia dilaporkan hilang ketika pergi menjala udang di Sungai Samarahan, pagi semalam.
Sidi Samad, 66, dipercayai dibaham buaya selepas anaknya, Musa Sidi, 38, melihat sendiri reptilia terbabit timbul sebanyak tiga kali di permukaan sungai berkenaan sambil menggigit tubuh mangsa.“Ketika itu, saya menyeru buaya terbabit supaya ‘pulangkan’ bapa saya dan reptilia terbabit mula bergerak perlahan menuju ke tebing.“Saya perasan bapa saya berada di mulut buaya selepas melihat kedua-dua kakinya lalu memanggil buaya berkenaan.
Bagaimanapun, buaya itu hanya bergerak separuh dari tempat mula-mula saya nampak sebelum membenamkan badannya ke dasar sungai.“Selepas itu, saya terus memanggil namun buaya berkenaan terus tidak timbul,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Reban, semalam.
Menurutnya, kerja menjala udang di sungai berhadapan rumahnya menjadi kebiasaan sejak beberapa tahun lalu, namun dia tidak menyangka kejadian menimpa ayahnya.“Ayah saya sering ke sungai berkenaan dan setiap kali terserempak dengan buaya itu, dia akan ‘meminta kebenaran’ untuk melaluinya,” katanya.
Sidi yang juga Imam Masjid Darul Ehsan di kampung berkenaan dikatakan keluar menjala udang di sungai berkenaan bersendirian dengan menaiki perahu kira-kira jam 6.40 pagi.Sebelum keluar, isterinya, Dayang Salha Awang Sharul, 64, sempat menikmati sarapan pagi bersama mangsa dan kehilangannya mula disedari selepas tidak pulang ke rumah kira-kira jam 10 pagi.
“Kebiasaannya, suami saya akan pulang selewat-lewatnya sejam dari waktu dia turun ke sungai. Tapi, hari ini (semalam) saya risau selepas kelibatnya tidak muncul sehinggalah saya menghubungi Musa untuk meminta bantuan mencari ayahnya.“Ini kerana, saya dimaklumkan ada individu ternampak suami saya dibaham buaya. Itulah yang menyebabkan saya meminta bantuan daripada anak dan penduduk kampung,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan arwah suaminya 45 tahun lalu.Katanya, pada malam sebelum kejadian, suaminya beriya-iya mengajaknya ke majlis tahlil berikutan terdapat salah seorang penduduk kampung meninggal dunia beberapa hari lalu.“Suami saya menyuarakan hasrat untuk membawa saya menunaikan umrah April tahun depan. Kami sudah mengumpul duit untuk menunaikan hajatnya,” katanya.
Dalam pada itu, ketika usaha mencari dan menyelamat dilakukan, penduduk hanya menemui perahu dipercayai digunakan untuk menjala selain hasil tangkapan iaitu udang.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada salah seorang penduduk memaklumkan kejadian itu.Beliau berkata, susulan itu, polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk kampung melancarkan gerakan mencari Sidi namun sehingga jam 7 malam belum ditemui.
Sumber: myMetro
Tarikh: 19 Dis 2010
IMAM HILANG KENA BAHAM BUAYA BESAR
PENDUDUK kampung membaca surah Yassin di Sungai Samarahan, Kampung Reban, semalam.
Mangsa sedang tangkap udang ketika disambar reptilia ganas
Mangsa sedang tangkap udang ketika disambar reptilia ganas
SAMARAHAN: Seorang imam sempat menghadiri majlis tahlil jirannya sebelum dibaham buaya besar ketika menangkap udang di Sungai Samarahan berhampiran Kampung Reban, di sini pagi semalam.Dalam kejadian jam 10 pagi, Sidi Samad, 66, dikatakan sedang menangkap udang di sungai berdekatan rumahnya sebelum buaya dianggar sepanjang hampir enam meter membaham bahagian pinggang mangsa.
Beberapa penduduk yang berada di tempat kejadian melihat mangsa bergelut sebelum dilambung dan dihempas sebanyak tiga kali oleh reptilia ganas itu yang kemudian menghilangkan diri di tengah sungai. Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian jam 11 pagi sebelum operasi mencari dilancarkan bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan bomba.
“Mangsa kali terakhir dilihat berdekatan tebing sungai menangkap udang sebelum dilaporkan diserang buaya yang muncul secara tiba-tiba. Air sungai keruh selain arus deras menyukarkan operasi mencari. Saya meminta penduduk tidak bertindak terburu-buru termasuk cuba menembak buaya berkenaan kerana ia boleh membahayakan,” katanya.
Difahamkan, beberapa penduduk kampung dilihat turun ke sungai menaiki bot dan turut membawa senapang patah, manakala ada yang melaungkan azan di tengah sungai sambil menurunkan mata kail besar yang kemudian dihanyutkan. Beberapa ahli keluarga mangsa juga membaca surah Yassin berdekatan lokasi kejadian.
Isteri Sidi, Dayang Sara Awang Sahrol, 64, berkata suaminya tidak sempat bersarapan dan hanya minum kopi sebelum turun ke sungai di hadapan rumah mereka jam 6.45 pagi. “Selepas berkahwin hampir 45 tahun, malam semalam (kelmarin), dia beria-ia mengajak saya ke surau menghadiri majlis tahlil jiran yang baru meninggal dunia. Suami juga ada menyuarakan hasrat membawa saya menunaikan umrah, April depan dan kami sedang berusaha mengumpul wang,” katanya sedih.
Anak mangsa, Musa, 38, yang melihat ayahnya disambar buaya, berkata kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan penduduk yang berada di tebing tidak dapat berbuat apa-apa. “Saya melihat kaki ayah dalam mulut buaya sebelum dia dilambung di tengah sungai sebelum berlari ke rumah bagi memaklumkan ibu dan meminta pertolongan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Tarikh: 19 Disember 2010
IMAM MASJID MATI DIBAHAM BUAYA
Seorang penduduk (kanan) melaungkan azan di kawasan imam Sidi Samad dibaham buaya semasa usaha mencari mayat mangsa di Sungai Batang Samarahan, di Kampung Reban, Serian, Sarawak, semalam. - mingguan malaysia/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
SAMARAHAN 18 Dis. - ''Itu kaki bapa saya, minta tolong pulangkan," luah Musa Sidi, 40, selepas melihat rahang seekor buaya berukuran panjang kira-kira 5 meter dan lebar 1.5 meter membawa kaki bapanya dalam satu kejadian yang berlaku di Sungai Batang Samarahan di Kampung Reban dekat Serian pagi ini.
Mangsa, Sidi Samad, 66, yang juga imam ketiga Masjid Darul Ihsan kampung berkenaan maut dibaham buaya kira-kira pukul 6.30 pagi ketika sedang menjala udang galah secara bersendirian di sungai berkenaan yang dikenali sebagai habitat reptilia berkenaan.
Musa anak kedua daripada enam beradik itu berkata, dia menerima panggilan daripada salah seorang adiknya mengenai kehilangan bapanya yang tidak pulang-pulang ke rumah pada pukul 10.30 pagi.Katanya yang baru selesai mengambil bas sekolah yang dipandunya dari bengkel kemudiannya terus bergegas pulang ke rumah dan terus menuju ke lokasi kejadian yang terletak betul-betul di hadapan rumah.Katanya lagi, pada ketika itu dia bersama dua lagi penduduk melihat seekor buaya sebesar perahu berada kira-kira 30 meter dari tebing sedang timbul dan bergerak mengikuti arus sungai dengan di rahangnya terdapat sesuatu benda yang disahkan kaki bapanya.'
'Kali kedua buaya itu timbul di tengah sungai, saya dapati, kedua-dua kaki bapa saya ada di dalam mulut buaya berkenaan.''Lantas saya memanggil buaya berkenaan dengan harapan haiwan itu akan menyerahkan bapa saya namun buaya itu ia terus hilang dengan mengibas-ngibas ekornya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, penduduk kampung berusaha memburu buaya berkenaan dengan menggunakan perahu. Mereka turut melaungkan azan dan membaca surah Yasin sebagai usaha membantu mengesan Sidi.
Setakat pukul 4 petang ini, usaha mencari imam berkenaan masih diteruskan. Sungai Batang Samarahan juga pernah meragut nyawa kanak-kanak akibat dibaham buaya 10 tahun lalu.
Dalam pada itu, isteri kepada Sidi, Dayang Salhah Awang Sahrul, 64, memberitahu, suaminya sempat bersarapan pagi dengan hanya meminum kopi bersama tiga yang lain kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum keluar rumah.Ujarnya yang telah 45 tahun berkahwin, suaminya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu berlaku malah mereka sempat menghadiri majlis kenduri arwah jirannya malam tadi.'
'Menyedari suami saya tidak pulang lagi ke rumah, saya bertekad untuk mencarinya bersama anak yang lain namun diberitahu bahawa kakinya ditemui berada di mulut buaya berkenaan," katanya yang redha dengan pemergian suaminya itu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Supritendan Jamali Umi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh: 19 Dis 2010
MAN WHO WENT FISHING EATEN ALIVE BY CROCODILE
No crocodile tears: Dayang Sara struggling to contain her emotions after seeing her husband’s ‘perahu’ docked by the village jetty and (inset) Sidi, who was attacked and eaten alive by a crocodile, while fishing along Sungai Batang Samarahan in Asajaya yesterday.
KUCHING: A 66-year-old man was eaten alive by a crocodile when he went fishing in a river near his house at Kampung Reban in Asajaya, some 60km from here.Villagers saw the lower half of Sidi Samat’s body dangling from the mouth of a 20m-long crocodile resting in the middle of the Batang Samarahan river at around 10.30am yesterday.

However, a hastily assembled search and rescue team comprising six villagers using a longboat and equipped with a shotgun, failed to locate the crocodile.
“He went fishing by the river at around 6.30am. He normally returns home in less than an hour, but when he did not come back after 8am, I called for help to look for him,” Sidi’s wife, Dayang Sara Awang Shahrut, 60, told reporters at her house yesterday in front of the river where the incident took place.Relatives and villagers who went to the river to look for Sidi soon after Dayang Sara called for help, were shocked to see his body inside the crocodile’s mouth.
“We saw a huge crocodile in the middle of the river. I saw Sidi’s legs inside the mouth of the crocodile. But it was too far. We could not reach him,” said Ismail Awang Uding, who then informed the police and Bomba.
“I prayed and talked to the crocodile, asking it to come ashore. It came to the shore, but before we could do anything, it immersed itself in the river,” Ismail said.
According to the villagers, crocodiles are a common sight there but they never came up the banks and the villagers always avoided them.Villagers said it has been more than 10 years since the last crocodile attack.Sidi has three sons and three daughters ranging from 23 to 40 years old.
Source: The Star
Date: 19 Dec 2010
MAN FEARED KILLED BY CROCODILE
OVER THERE: Awang Tada points to where the crocodile is said to have emerged with a human leg in its mouth.
SERIAN: An elderly man was believed to have been devoured by a crocodile while fishing for prawns at Kampung Reban, near here, yesterday morning.
The victim Sidi Samad, 66, was last seen leaving his house near the bank of Batang Samarahan in a small sampan around 7am.His son Musa, 40, told thesundaypost that he received a call around 10.30am from his younger brother informing him that their father had yet to return from the river.
The second of six siblings, Musa, a school bus driver was near Serian at the time and as he feared his father may have been attacked by a crocodile, immediately rushed back to the village.
Kampung Reban, mainly a farming community of about 160 villagers is located along the bank of Batang Samarahan, which is known by locals to be infested with crocodiles.Several croc attacks have occurred over the past 20 years there and in nearby Kampung Mang with the last known fatal attack involving a 12-year-old boy about 10 years ago.
According to Musa, several villagers spotted a crocodile, estimated to be about 1.5 metres wide and five metres long, emerging from under the water not long after his father went missing.
“I was told it had the lower half of a human leg in its mouth, which confirmed my worst fears,” he said, adding that the reptile vanished soon after.
Sidi’s sampan, meanwhile, was found along the river, not far from where he was believed to have been attacked, along with about one kilogramme of prawns inside a plastic container.
Another villager, Awang Tada Awang Eseng, 43, said he spotted the same croc a second time at about noon, further upriver with what appeared to be two human legs, in its mouth.He also added that although the river was croc-infested, villagers would usually spot only two reptiles; both roughly the same size, in and around the waters of Kampung Reban.
Meanwhile, it was deja vu for Sidi’s relative Khamis Bakar, 51, who vividly remembers how he himself was attacked by a crocodile at Kampung Melayu, also located along the same river, back in 1982.Khamis said he managed to save himself then from being dragged into the water by grabbing onto the jetty until the croc released its grip on his right leg.
“I couldn’t walk for three months, and needed stitches to close the wound on my leg,” said the farmer, who looked visibly distressed by the latest incident.
District police chief DSP Mohd Jamali Umi, when contacted yesterday, said personnel from the Serian and Samarahan police stations, along with the Fire Department and Forestry Department, had teamed up with the villagers to hunt for the killer croc. However, there were no further sightings of the reptile as of press time.Source:
The Borneo Post
Date: 19 Dec 2010
HANYA TANGAN KANAN, SEBAHAGIAN BADAN DITEMUI
KOTA SAMARAHAN: Ratapan air mata menyelubungi tebing Sungai Samarahan sebaik dimaklumkan berita penemuan mayat seorang imam dalam keadaan mengerikan apabila mangsa hanya tinggal tangan kanan serta sebahagian anggota badan tanpa kepala selepas dibaham buaya, pagi semalam.
Episod sedih bermula selepas pasukan keselamatan yang mencari dan menyelamat menemui objek tersadai di tebing sungai kira-kira jam 8.45 pagi semalam dan mengesahkan ia mayat mangsa, Sidi Samad, 66, yang dilaporkan hilang selepas turun menjala udang di sungai berkenaan kira-kira jam 6.40 pagi Sabtu lalu.
Bagaimanapun, emosi ahli keluarga mangsa tidak mampu dikawal sebaik jasad arwah Sidi dibawa ke tebing sungai berikutan sebahagian anggota tubuh mangsa termasuk dua kaki serta tangan kirinya putus dan hilang.
Ketika itu, orang ramai mula memasang lensa kamera, namun menantu mangsa, Hamdan Razali merayu supaya gambar mengerikan itu tidak dirakamkan.
“Tolong jangan ambil gambar arwah. Saya bimbang gambar sebahagian anggota badan bapa mentua saya disebarkan mereka tidak bertanggungjawab. Hanya tangan kiri hingga ke pergelangan tangan manakala tangan kanan masih sempurna. Bagaimanapun, sebahagian anggota lain belum ditemui.
“Anggota badan yang ditemui ‘dihantar’ buaya di seberang sungai itu. Setakat ini, kami berdoa kepada Allah supaya sebahagian lagi anggota badan arwah ditemui pada hari ini (semalam),” katanya.
Menurutnya, dia menaruh harapan tinggi kepada pihak menjalankan operasi mencari saki-baki anggota tubuh mangsa yang hilang bagi membolehkan urusan pengebumian dijalankan dengan sempurna,” katanya.
Sementara itu, Inspektor Pangji Esing yang mengetuai gerakan mencari dan menyelamat mangsa berkata, usaha mencari sebahagian anggota badan mangsa masih terus dijalankan.
“Kami akan teruskan operasi ini hingga menemui semua anggota yang hilang. Jika perlu kami akan membunuh buaya berkenaan untuk mengesahkan anggota yang hilang itu,” katanya.
Sumber: myMetro
Tarikh: 20 Dis 2010
PENDUDUK TERUS BURU BUAYA BAHAM IMAM
BUAYA yang dibelah perutnya kemudian dicampakkan ke sungai oleh penduduk Kampung Reban, Serian, Sarawak, semalam. - Mingguan/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
SAMARAHAN 1 Jan. - Seekor buaya sepanjang 3.6 meter berjaya ditangkap di Sungai Batang Samarahan di Kampung Reban, dekat Serian hari ini selepas tragedi Imam Ketiga, Masjid Darul Ihsan, Sidi Samad, 66, dibaham oleh reptilia itu pada 18 Disember lalu.
Bagaimanapun, buaya yang ditangkap kira-kira pukul 9 pagi itu dengan menggunakan pancing berumpankan anjing dan ayam ternyata bukan reptilia yang dikatakan membaham mangsa tersebut.
Penghulu Ladang Samarahan, Boh Sabeli, 70, memberitahu, penduduk kampung telah membelah perut buaya berkenaan, namun hanya menemui bulu ayam dan bangkai anjing sahaja. Katanya, ia menjadi bukti buaya itu bukan reptilia yang membaham mangsa lalu bangkai buaya itu dibuang semula ke dalam sungai.
"Setakat ini, penduduk kampung telah menangkap dua ekor buaya dan membelah perutnya, namun kedua-duanya bukan reptilia yang mengganas dan membaham Allahyarham.
"Maka, operasi memburu buaya terbabit akan terus dijalankan bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memandangkan kita telah mendapat kebenaran untuk berbuat demikian (menangkap serta membunuh buaya)," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini hari ini.
Penangkapan buaya tersebut di tebing Sungai Batang Samarahan hari ini turut menarik perhatian apabila ratusan penduduk berpusu-pusu menyaksikan proses membelah perut buaya terbabit bagi mendapatkan balik dua kaki, dua tangan dan kepala mangsa yang dibaham itu.
Dalam kejadian pada 18 Disember lalu, Sidi maut dibaham buaya kira-kira pukul 6.30 pagi ketika menjala udang galah bersendirian di sungai berkenaan yang dikenali sebagai habitat reptilia tersebut.
Difahamkan, seorang penduduk yang turut serta dalam operasi memburu reptilia berkenaan sebaik mangsa dilaporkan hilang telah melihat seekor buaya sebesar perahu berada kira-kira 30 meter dari tebing sedang timbul dan bergerak mengikuti arus sungai dengan rahangnya terdapat sesuatu benda yang dipercayai sebagai kaki mangsa.
Boh memberitahu, pada hari ini juga, penduduk kampung telah berjaya menangkap seekor lagi buaya menggunakan pancing, namun tidak dapat membawanya naik ke darat pada petang ini disebabkan lokasinya agak jauh.
Dalam pada itu, beliau berkata, Sungai Batang Samarahan sememangnya mempunyai banyak reptilia berkenaan bahkan jika seseorang menyusuri sungai terbabit dari Kampung Reban ke Kampung So, pasti akan terserempak dengan hampir 40 ekor buaya.
Katanya, kejadian dibaham buaya di Kampung Reban baru-baru ini merupakan kes yang kedua selepas kejadian seorang pelajar dibaham buaya di sungai yang sama pada 1992.
"Tidak dinafikan bahawa Sungai Batang Samarahan ini memang terdapat banyak buaya dan penduduk sentiasa berwaspada menggunakan sungai ini sama ada sebagai pengangkutan atau menangkap ikan dan udang.
"Justeru, kita berharap penduduk kampung akan berjaya menangkap buaya yang mengganas itu supaya keluarga mangsa dapat semula bahagian-bahagian anggota badan mangsa untuk disemadikan dengan sempurna," ujarnya.

Tarikh: 02/01/2011
Momen pencarian & penangkapan buaya di
Kpg. Reban, Sungai Samarahan
Kpg. Reban, Sungai Samarahan
TERKINI!!!
BUAYA MENGGANAS LAGI - 22 Januari 2011
HANYA SEBELAH KAKI, BADAN DITEMUI
BUAYA MENGGANAS LAGI - 22 Januari 2011
HANYA SEBELAH KAKI, BADAN DITEMUI
Buaya merupakan reptilia ganas yang boleh menyerang manusia untuk dijadikan sumber makanan. - Gambar hiasan
KUCHING - Selepas enam hari dilaporkan hilang, seorang mandur sebuah kilang papan yang menjadi mangsa serangan buaya di Sungai Bako, akhirnya ditemui dalam keadaan menyayat hati semalam.
Ini berikutan mayat Paryono Sukimin, 43, hanya tinggal anggota kaki bahagian kanan sehingga ke aras perut. Bahagian badan mangsa itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9.45 pagi.
ParyonoPegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Daerah Kuching, Ahmad Shahfikri Darus berkata, anggota badan mangsa itu ditemui di tebing sungai tersebut iaitu tujuh kilometer dari tempat mangsa dibaham reptilia itu.
"Kita menemui sebelah kaki Paryono di tebing Sungai Bako tidak jauh dari lokasi dia dibaham,'' katanya.
Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak. Selasa lalu, Paryono seorang mandur sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Demak Laut hilang selepas dia diserang seekor buaya.
Sumber: Kosmo Online

Tarikh: 22 Januari 2011
SEJARAH SERANGAN BUAYA DI SARAWAK
TAHUN 2006 - 2009
9
SEORANG LAGI BOMOH BUAYA TAWAR DIRI
SEORANG LAGI BOMOH BUAYA TAWAR DIRI
KUCHING: Seorang lagi bomoh buaya berpengalaman menawarkan khidmatnya bagi membantu menjejaki reptilia yang membaham kanak-kanak, Mohd Azuan Hatta, 12, di Sungai Sarawak, berhampiran Kampung Bako, di sini, Ahad lalu.
Nyaleh Nandi, 82, dari Kampung Temelan, Lundu, kira-kira 100 kilometer dari sini, adalah bomoh buaya kedua selepas Cheek Inu, 70, dari Kampung Lubuk Punggur, Gedong yang tampil menghulurkan bantuan setakat ini.
Malah, kehadirannya seolah-olah memberi harapan kepada keluarga kanak-kanak malang itu untuk menemui semula mangsa yang hingga kini masih belum ditemui walaupun hampir keseluruhan tempat kejadian sudah diperiksa.
Nyaleh ketika ditemui Berita Harian berkata, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memujuk buaya ganas itu menyerah diri, seterusnya membawa kepada penemuan mangsa.
"Kita cuba setakat yang termampu. Saya akan menggunakan semua kemahiran dan ilmu yang saya ada untuk memujuk buaya itu supaya timbul dan menyerah diri, seterusnya mempermudahkan usaha menjejaki mangsa," katanya.
Nyaleh yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam ilmu buaya berkata, beliau mempelajari ilmu berkenaan daripada seorang bomoh buaya terkenal Indonesia yang hanya dikenali sebagai Pak Jalil.
"Selepas menguasai ilmu itu, saya kerap menangkap buaya di beberapa sungai di negeri ini untuk diambil kulitnya dan dijual. Pada masa sama, saya turut membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa buaya," katanya.
Ditanya mengenai kadar imbuhan jika berjaya menangkap buaya itu, beliau menetapkan bayaran kira-kira RM5,000, yang kemudian akan dibahagikan dengan empat pembantunya.
"Ia bukan kerja mudah, bukan calang-calang orang boleh buat... kena ada ilmu dan pengalaman," katanya.
Nyaleh turut dilihat mengadakan perbincangan dengan Penghulu Kampung Bako, Saili @ Suhaili Othman dan Timbalan Ketua Balai Polis Gita merangkap Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, Sub Inspektor Samsudin Hasan.
Nyaleh seterusnya bersetuju memberikan laluan kepada Cheek untuk menyelesaikan tugasnya menjinak dan menangkap buaya berkenaan sehingga hari ini.
Ahad lalu, Mohd Azuan yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Bako, dibaham buaya dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, ketika mencari ketam di Sungai Sarawak, kira-kira 300 meter dari rumahnya di Kampung Bako.
Bagaimanapun, rakan mangsa, Sulaiman Matsakani, 15, terselamat dan mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk menyelamatkan Mohd Azuan.
Buaya berkenaan dari spesies Crocodylus porosus atau buaya air masin, dipercayai berjemur di atas tebing sungai sebelum menerkam mangsa yang berenang di belakang rakannya itu.
Sumber: Berita Harian
Tarikh: 8 September 2006
BUAYA BAHAM BUDAK MATI MAKAN UMPAN PAWANG
KUCHING: Buaya yang dipercayai membaham kanak-kanak berusia 12 tahun di Kampung Bako di sini, minggu lalu, ditemui mati akibat termakan umpan pawang buaya, petang semalam.
Bangkai reptilia sepanjang tiga meter itu ditemui terapung di Kuala Selaik, Santubong, kira-kira jam 3 petang sebelum dibawa ke jeti Bako dekat sini jam 10.20 malam tadi.
Seorang penduduk berkata, bangkai buaya itu dijumpai kira-kira satu jam perjalanan perahu panjang dari kampung berkenaan.
Difahamkan, pawang buaya dari Samarahan, Cheek Inu, 70, memasang umpan ayam di beberapa tempat strategik di Sungai Sarawak pada Khamis dan Jumaat lalu.
Cheek sebelum ini dikatakan memberitahu bahawa buaya yang membaham kanak-kanak itu, Mohd Azuan Hatta, akan mati apabila memakan umpan berkenaan.
Dalam kejadian 3 September lalu, pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Bako itu dilaporkan dibaham seekor buaya ketika mencari ketam di Sungai Sarawak, kira-kira 300 meter dari rumahnya di Kampung Bako pada jam 3.30 petang.
Rakan mangsa, Sulaiman Matsakani, 15, pula terkena libasan ekor reptilia berkenaan, tetapi dapat menyelamatkan diri sebelum mendapatkan bantuan penduduk.
Buaya berkenaan daripada spesies Crocodylus porosus atau buaya air masin, dipercayai berjemur di tebing sungai sebelum menerkam mangsa yang berenang di belakang rakannya.
Sebaik mendengar berita penemuan bangkai buaya berkenaan, penduduk memenuhi jeti Bako untuk melihat reptilia yang dikatakan membaham kanak-kanak terbabit.
Serangan buaya dikatakan tidak pernah berlaku di kampung berkenan dalam tempoh 40 tahun.
Timbalan Ketua Balai Polis Gita Kuching, Sub-Inspektor Shamsudin Hassan, berkata pihaknya belum dapat memastikan sama ada buaya itu adalah reptilia yang membaham kanak-kanak terbabit.
Buaya itu dikatakan akan dibedah bagi melihat kemungkinan masih ada sisa mayat mangsa di dalam perutnya.

Tarikh: 13 September 2006
KUCHING: A DEAD CROCODILE WAS SPOTTED FLOATING NEAR KUALA SELAIK AT ABOUT 6PM YESTERDAY
The dead reptile was believed to have eaten one of the baits set by the famous crocodile hunter Cheek Inu.
Kuala Selaik is located about an hour’s ride by speed boat from Kampung Bako where 12-year-old Mohd Azuan Hatta was snatched and dragged away by a crocodile in Sungai Sarawak on Sept 3.
At Press time, the crocodile carcass was still being towed to the jetty for a post-mortem to determine whether it was the same reptile that snatched Azuan.
The victim was swimming with his friend Sulaiman Sakini, 15, in the river, about 200m from his house when the incident occurred.
Sulaiman said Azuan was holding on to his shoulders from behind when they were swimming and none of them noticed the presence of the crocodile.

Source: New Straits Times
Date: 13 September 2006
PENDUDUK TERUS BURU BUAYA BAHAM PELAJAR
KUCHING 1 Okt. – Seekor lagi buaya ditangkap penduduk Kampung Bako dekat sini, hari ini, dalam operasi memburu buaya yang dipercayai membaham seorang pelajar berusia 12 tahun pada 3 September lalu.
Buaya jantan yang masih hidup bersaiz 3.35 meter panjang dan 0.4 meter lebar itu ditemui terperangkap dalam jaring selepas makan umpan yang diletakkan oleh penduduk kampung itu.
Ia ditemui pukul 6.30 pagi tadi oleh enam penduduk kampung ketika mereka keluar memeriksa umpan, kira-kira 300 meter dari tempat mangsa, Mohamad Azuan Hatta, dibaham sebelum ini.
Bapa mangsa, Hatta Arifin, 36, yang membelah perut buaya berkenaan bagaimanapun tidak menemui sebarang tanda milik anaknya di dalam perut reptilia itu.
Seorang daripada anggota gerakan mengesan buaya di situ, Wan Mazlan Wan Mazian, 46, berkata, buaya berkenaan terperangkap pada salah satu daripada sembilan umpan yang ditahan di Sungai Tupai semalam.
‘‘Satu lagi daripada perangkap yang ditahan tengah hari semalam itu hilang, dipercayai dilarikan oleh haiwan tersebut.
‘‘Selepas operasi yang bermula sejak tiga hari lalu, hanya kali ini sahaja umpan mengena,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Seorang lagi penduduk kampung, Sajali Abang, 56, berkata, pengalaman menangkap ikan yu selama lebih 30 tahun banyak membantunya menangkap haiwan tersebut.
‘‘Ketika ditangkap buaya itu masih aktif dan garang, tetapi kami berjaya mengikatnya serta dimasukkan ke dalam bot dan sampai di jeti kira-kira pukul 9.30 pagi,” katanya.
Sebelum ini pada 12 September penduduk kampung menangkap dan membelah perut seekor buaya selepas makan umpan yang dipasang bomoh buaya di Kuala Selait.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) juga telah memberi kebenaran kepada penduduk kampung berkenaan memburu buaya yang panjang melebihi 1.4 meter di sungai tersebut selama enam bulan.
Tarikh: 3 Oktober 2006

TUMPAS - PENDUDUK KAMPUNG BAKO MELIHAT BUAYA YANG BERJAYA DITANGKAP AWAL PAGI SEMALAM
KUCHING 2 Okt. – Empat ekor buaya telah ditangkap dan tiga daripadanya dibunuh serta dibelah perut, namun penduduk Kampung Bako, dekat sini masih kebingungan kerana tidak ada tanda-tanda bahawa reptilia tersebut membaham kanak-kanak berusia 12 tahun, sebulan lalu.
Hari ini, seekor buaya sepanjang lebih lima meter berjaya ditangkap oleh penduduk yang dikatakan mendapat permit khas daripada Sarawak Forestry untuk memburu, menangkap dan membunuh buaya di Sungai Sarawak.
Buaya jantan seberat hampir setengah tan itu ditangkap selepas reptilia tersebut memakan umpan jerat yang dipasang oleh seorang bomoh buaya, Nyaleh Mandi dari Lundu.
Ia merupakan buaya terbesar ditangkap berbanding dua ekor buaya yang ditangkap sebelum ini.
Buaya itu kemudian dibunuh dan dibelah perutnya bagi memastikan sama ada ia reptilia yang membaham pelajar berkenaan tetapi hampa kerana tidak ada tanda-tanda ia memakan manusia .
Ia ditemui oleh pasukan memburu buaya dianggotai penduduk kampung pada pukul 6.30 pagi di Sungai Sarawak selepas ia memakan umpan jerat sebelum dibawa ke jeti Kampung Bako pada pukul 7.30 pagi.
Kira-kira empat jam kemudian, seekor lagi buaya kecil betina turut ditangkap.
Buaya kecil itu bagaimanapun tidak dibunuh sebaliknya disimpan di Taman Hidupan Liar, Matang dekat sini.
Buaya besar yang ditangkap hari ini bagaimanapun disahkan bukan buaya yang membaham Mohamad Azuan Hatta pada 3 September lalu apabila tiada cebisan atau tulang manusia ditemui dalam perut reptilia itu selepas dibelah.
Dua ekor buaya yang ditangkap sebelum ini menjadikan jumlah reptilia berjaya ditangkap selepas kejadian pelajar dibaham reptilia ganas itu pada awal bulan lalu kepada empat ekor. Tiga ekor daripadanya telah dibunuh dan dibelah perutnya.
Kelmarin, penduduk Kampung Bako berjaya menangkap seekor buaya jantan bersaiz 3.35 meter panjang dan 0.4 meter lebar selepas ia memakan umpan jerat.
Sementara itu, bapa mangsa, Hatta Ariffin, 36, berkata, beliau belum pasti sama ada masih lagi mahu meneruskan hasrat memburu buaya yang membaham anaknya.
‘‘Jika masih ada orang kampung sudi membantu, saya akan meneruskan operasi memburu buaya ini. Jika saya seorang, sukar untuk saya melakukannya kerana saya tidak mempunyai kelengkapan terutama bot,” katanya.
Dalam pada itu, para wartawan yang membuat liputan mengenai tangkapan buaya besar itu dihalang oleh para petugas Sarawak Forestry.
Mereka dihalang merakamkan gambar ketika buaya itu dibelah perut.
Difahamkan, Sarawak Forestry bimbang jika gambar buaya yang dibelah disiarkan dalam akhbar seperti dua ekor buaya sebelum ini, ia akan dipertikaikan oleh masyarakat.
Sumber: utusan.com.my
Tarikh: 2 Oktober 2006
JENAZAH MANGSA BAHAM BUAYA DISEMADI PADA SABTU INI
SIMPATI...Jenazah mendiang Debeline akan diberi penghormatan terakhir oleh para penduduk rumah panjang di kediamannya (gambar) pada malam esok (Jumaat).
SKRANG, Khamis (1 Okt) – Jenazah mendiang Debeline anak Nyambong yang maut dibaham buaya di Sungai Skrang kelmarin akan disemadikan di Tanah Perkuburun Rumah Dakun, Rembai, Skrang pada hari Sabtu ini.
Menurut saudara mangsa, jenazah mendiang Debeline ini telah dihantar ke kediamannya pada jam 7 malam tadi setelah mayatnya dibedah siasat di Hospital Bahagian Betong berhubung kes baham buaya terbabit.
“Jenazah mendiang akan melalui upacara penghormatan terakhir (nyengaie) di rumahnya sendiri pada malam esok sebelum dikuburkan di tanah perkuburan rumah panjang terbabit pada pagi hari Sabtu ini,” katanya.
Debeline, 50, meninggalkan seorang balu, empat orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan dalam kejadian malang berkenaan. Dua orang anak lelaki mangsa kini berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Terdahulu mangsa iaitu Debeline anak Nyambong adalah merupakan mangsa pertama kes baham buaya yang dicatatkan berlaku di Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong untuk tahun ini.
Mendiang maut ketika sedang mandi bersama isteri dan anak perempuannya di sungai terbabit sebelum kakinya ditangkap oleh reptilia ganas berkenaan ke dasar sungai berkenaan.
Mangsa dipercayai sempat berteriak kepada isterinya agar tidak datang membantu dengan menyebut: Jangan bantu saya...saya hampir mati sebab ada benda (buaya) menarik saya ke dalam sungai.
Kali terakhir kes kematian penduduk yang diakibatkan oleh serangan buaya sebelum ini telah dicatatkan berlaku Sungai Serurai, Batang Saribas, Betong pada 3 Jun 2008 apabila Rudy Semion Ng, 22, mati dibaham buaya ketika menjala udang di sungai tersebut.
Tarikh: 30 September 2009
6 comments
Takde tulisan yg lg kecik ke?...
haha...ni post yg lama...format lama..nak edit hari 2 kasi adjust sume font2...hmmm..susah sket! x sama format.. so sy biarkan jer..hihi..ade jgk org yg preview..tq ardmad!
kesian ler tengok budak yg kena makan buaya dekat bako tu .....
Assalamualaikum.. ngerinya sheila tengok gambar mayat dalam badan buaya tu.. Allahurabbi. sedih baca kisah2 ni yanggg T__________T"
Ngeri tgk gambar ya eh.. Ish2..
EmoticonEmoticon