Tengah Survey Nak Beli Gelongsor Anak

Plan nak beli gelongsor kanak-kanak, yang orang panggil kids slider tu. Saat ini aku tersangat la busy nak beli dan pilih gelongsor murah. Haruslah murah, baru jimat duit. Rata-rata banyak yang jual gelongsor anak pada harga RM150. Ada yang paling murah RM120, paling mahal ada cecah RM250. 

gelongsor kanak-kanak,gelongsor murah,gelongsor malaysia, gelongsor mainan anak
Gelongsor macam ni la aku nak beli


Satu je tak best pasal jualan gelongsor ni, cepat habis stok, baru je semangat kita nak pm, sent whatsapp siap screenshot gambar gelongsor, hmm tak ade rejeki. Susah jugak erk beli barang online ni.

Lagi satu masalah aku dalam proses nak beli gelongsor anak. Tak ada perkhidmatan pos gelongsor ke Sarawak. Hanya di Semenanjung Malaysia sahaja. Frust tak frust.  So far, aku jumpa 3 seller je yang sudi pos ke Sarawak.  

Facebook atau Instagram paling mudah shopping barang? Bagi aku, Instagram mudahkan aku survey harga barang yang aku nak beli. Contoh macam gelongsor anak, kitchen playset, make up playset.. 3 benda ni buat jari aku tetibe rajin nak godek barang kat insta.

Loading gambar kat insta lebih cepat dari facebook. Juga ia terpapar sekaligus, kalau facebook ni kena banyak skrol. So, buat korang yang nak berniaga online tu, banyakkan up gambar bisnes korang kat insta, hashtag jugak mainkan peranan penting. Hmm, best pulak kan orang meniaga ni, buat duit..

2 comments

Teringin juga nak beli ni.. Anak2 mmg suka la main..

sama la..nak beli satu tapi yang sekali dengan buai....tapi mahal..bagi akak slider saja rm250 tu mahal sangat la...kalau yang sekali dengan buai tu biasa nya dekat 400.


EmoticonEmoticon