Cara Buat Bakul Dari Straw Minuman

Sukakan benda yang kreatif? Jom kita buat bakul dan alas gelas berasaskan straw minuman. Ala yang untuk sedut air tin tu. Nak buat bakul yang lebih cantik, pilih straw minuman yang ada bergaris-garis tu. Kompom cantik!

cara buat bakul dari straw minuman ringan, gambar bakul dan alas gelas diperbuat dari straw minuman tin, kegunaan bakul straw, bakul straw DIY, bakul straw bahan kitar semula
Gambar bakul dan alas gelas diperbuat dari straw minuman tin

Cara Buat Bakul Dari Straw Minuman
1. Kumpul straw minuman sebanyak yang boleh. Bergantung pada saiz bakul yang kita nak buat. Kalau nak bakul kita berwarna-warni, kita pilih straw yang ada banyak warna.
2. Lipatkan straw seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
3. Untuk menahan lipatan straw, kepitkan menggunakan pengepit kertas.
4. Lipat bakul mengikut acuannya. Potong straw yang berlebihan pada hujung bakul. Siap!

Hasilnya korang boleh tengok seperti foto tersebut. Yeah..hasil kerja yang unik dan kreatif. Bakul straw DIY (do it yourself). Straw, bahan kitar semula yang boleh dijadikan hiasan di rumah dan pejabat. Bakul straw ni boleh digunakan untuk letak alat tulis, handphone, kunci kereta, remote control tv dan sebagainya.

Jangan tak tahu, bakul straw ni juga ada di jual di kedai seni. Boleh buat duit tau. Nak dijadikan sebagai hadiah pun boleh. Kreatif sangat-sangat! Selamat mencuba!!

10 comments

betul tu yumida. memang boleh buat duit benda ni. mama PG pun pernah buat ;)
PG ni je tak kretip mana :D

assalam
nampak senang tapi kalau yang tda daya kreativiti mcm sy ni,susah juge ler. :)

menariknya...dah lamer xbuat craft dr straw...

Cantikk la kasi kat akk satu hahaa

ini kreatif ni. tgn kena ada seni dan kerajinan br boleh buat. hehe

comelnya, rumit gak tu kan yumida, nak nak tangan dah keras ni hihi :)

salam singgah sini yumida...kreatifnya...suka tengok....

kreatifnya.. tangan macam dah kurang seni nak buat benda macam nih..


EmoticonEmoticon