Jom Heboh di Kuching Sarawak - Jun 2011

TV3 telah mengadakan Karnival Jom Heboh di Stadium Petrajaya, Kuching Sarawak pada 4 & 5 Jun 2011.


Jom Heboh Sarawak akan digegarkan dengan siaran langsung Konsert Jom Heboh yang akan diadakan pada hari Ahad (5 Jun 2011) jam 9.00malam dari Pentas Utama, tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Petrajaya yang menampilkan artis-artis popular seperti;
Mas Idayu


Black


Akim


Stacy


6ixth Sense


Projek Pistol



Konsert ini akan diacarakan oleh Aidid Marcello dan Adzriefaiz Adzlan (Faiz) dimana negeri Sarawak merupakan lokasi yang kedua dalam siri penjelajahan Jom Heboh edisi 2011 untuk mengadakan siaran langsung Jom Heboh selepas Kuala Terengganu.




Artis-artis yang turun padang ke Jom Heboh Sarawak termasuk para pelakon dari drama Juvana seperti Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Johan Ariff, Nora Danish (Lestary: ANA LU’LU), Danny X Factor dan Allana Amir dari Lagenda: Ahmad Albob Yang Punya, Ana Dahlia (Akasia: Nora Elena), Epul Kumpulan Drama, Salma Mentor 5, Sham (Sarapan), Amat dan Azahari (Bang Bang Boom), Zizan & Dira Abu Zahar (Melodi), pasangan adik beradik Adi dan Ila (Mentor 4), Munir, Azza Elite, Anne Ngasri serta penampilan personaliti TV3 seperti Maria Tunku Sabri, Hazlin Hussain, Hasfizza Aswaty, Hazrena Mohd Kassim, Tabah Syazwan, Norliza Md Zain, Saiful Nizam, Yasir Mansor, Mior Abdul Malek Raiyani Aidid Marcello dan Adzriefaiz Adzlan.

Ini pula anak buah saya, Nurfakriah Binti Suhardi @ Dedek sedang bergambar di sebalik nama besar JOM HEBOH. Ramai pengunjung yang bergambar di sini.


Haaa....di sinilah tumpuan kanak-kanak bermain. Tapak ini dikenali sebagai Disneyland Jom Heboh. Bayaran masuk adalah sebanyak RM2.00 sahaja. Murahkan?.. Tempoh bermain dikenakan selama 15 minit. Memang menghiburkan. Tetapi orang dewasa atau ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini. Hanya kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sahaja dibenarkan untuk bermain di sini.












Ok, yang ini pulak kenal ker??? Siapa lagi kalau bukan pelakon komedi terkenal dalam rancangan Ahmad Albob Yang Punya. Siapa lagi.....Danny X-Factor la...Memang kelakar orangnya...Auw gitu! Hikhik... Disebelahnya pula, chef Malaysia yang tersohor iaitu Chef Malik. Gandingan artis ini memang ideal dalam aktiviti memasak Mee Maggie sempena program Jom Heboh pada masa itu. Kalau nak tahu, Chef Malik ini boleh berbahasa Sarawak. Hmmmm...tabik springgggg!






1 comments so far

Bez! I like!!!


EmoticonEmoticon