Ciri-ciri Guru Beretika
1 | Berpegang teguh kepada prinsip 'Amal Ma'aruf Nahi Mungkar' serta mengelakkan diri daripada melanggar hukum agama, tata susila masyarakat dan undang-undang negara. | 2 | Meletakkan ilmu dan pengajaran di atas kepentingan diri sendiri. | 3 | Kemaskini dengan maklumat terbaru yang relevan dengan profesion perguruan. |
4 | Mempelajari dan mempunyai pengetahuan, kemahiran dalam penggunaan teknologi pendidikan. | 5 | Memahirkan diri dan memahami segala aspek pelajaran yang diajar. (Trampil dalam pelajaran dan mahir dalam pengajaran) | 6 | Adil saksama, demokratik dan berpandangan sama rata terhadap semua pelajar (Tiada pilih kasih atau pet). |
7 | Mengamalkan sikap penyayang, simpati dan penuh sabar dalam semua aktiviti melibatkan pelajar. | 8 | Menasihati pelajar atau menegah pelajar melakukan sesuatu secara berhemah bukan dengan cara memarahi. | 9 | Mengenali pelajar, khasnya latar belakang keluarga serta meluangkan masa untuk membincangkan masalah pelajar dengan Ibu bapa mereka. |
10 | Mampu menghormati dan melayan pelajar secara terhormat, menerima dan memperkembangkan idea pelajar. | 11 | Menasihati atau mengarahkan pelajar melakukan sesuatu perkara yang mereka benar-benar terlatih atau faham mengenainya. | 12 | Menggunakan pendekatan berbeza ke atas pelajar yang mempunyai kepintaran I kemampuan berlainan. |
13 | Tegas, mampu mengawal kelas dan disegani dan dihormati pelajar. | 14 | Prihatin ten tang sahsiah dan tingkahlaku para pelajar. | 15 | Memberikan nasihat I bimbingan kepada pelajar secara jujur dan ikhlas. |
16 | Memberi motivasi dan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan / kecemerlangan serta mampu memberikan inspirasi kepada pelajar. | 17 | Membantu pelajar memahami dan menghayati serta menikmati dan menghargai budaya maktab dan masyarakat. | 18 | Bijak mengurus dan menggunakan masa. |
19 | Periang, ceria gembira, ramah, mempunyai perawakan menarik dan berperibadi menyenangkan. Mampu berkecindan / berjenaka dan boleh menerima jenaka. (Sense of humour ) | 20 | Memahami situasi semasa dan senario masyarakat sekeliling. | 21 | Menghormati displin ilmu orang lain, di hadapan pelajar, rakan sej awat dsbnya. |
22 | Mampu untuk melaksanakan keIja dalam apa jua suasana (tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang). | 23 | Mampu menjalankan peranan rnelampaui batasan bilik darjah. | 24 | Memiliki pelbagai bakat dan kemahiran (serba boleh) bagi meningkatkan keberkesanan. |
25 | Dapat menjadi model / teladan | 26 | Inovatif, kreatif, penuh idea, proaktif dan imaginatif dalam melaksanakan tugas. | 27 | Berani mencuba dan berflkiran terbuka. |
28 | Menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan murid atau rakan guru. | 29 | Bersungguh-sungguh, penuh komitmen dan bersedia melaksanakan apa juga tugas berkaitan dengan profesion, khasnya membantu kerja sekolah dan rakan sejawat. | 30 | Cermat dan hemat terutama dalam aspek yang memerlukan ketepatan dan ketentuan. |
31 | Tenang, pemaaf, sedia menerima teguran. | 32 | Minat membaca dan menyintai budaya ilmu bagi meningkatkan kemampuan iktisas serta gemar menyebarkan ilmu. | 33 | Mudah bergaul, pandai menyesuaikan diri dan mampu memahami keadaan serta mengekalkan hubungan baik dengan rakan sekerja. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. |
34 | Bersemangat dan memiliki keyakinan diri yang kuat (enthusiasm is contagious) serta mementingkan kecemerlangan. | 35 | Mampu mewujudkan semangat kesetiakawan, semangat yang mengandungi un sur solidarity, kerjasama, perkongsian dan bertukar-tukar pengalaman serta idea dengan rakan setugas. | 36 | Berperanan sebagai wakil sekolah dalam aktiviti dan majlis yang dianjurkan oleh masyarakat. |
37 | Sentiasa menilai keberkesanan diri dan memberi ruang kepada pelajar dan pihak berkenaan membuat penilaian. Bersedia membaiki diri dan prestasi keIja dari semasa ke semasa. | 38 | Memberi perkhidmatan dengan ikhlas - tidak mengharap ganjaran. | ||
EmoticonEmoticon