Pinjam Ubat Nyamuk Rumah Sebelah

 Rumah kami memang pakai ubat nyamuk la. Ubat nyamuk? Ala lingkaran racun nyamuk tu. Tanpa ubat nyamuk..habis la. Habis kena serang nyamuk! Banyak nyamuk sini memandangkan quarters kami ni berhampiran hutan. Belakang rumah banyak pokok.

MyM2U Challenge Level 1 Menang Hadiah Voucher Lazada

MyM2U Challenge Level 1 Menang Hadiah Voucher Lazada 

Bagi yang ada akaun Maybank2u jom sertai peraduan Maybank. Banyak hadiah menarik ditawarkan. Nak join pun mudah je. Bagi MyM2U Challenge Level 1 aku dah dapat hadiah. Menang voucher Lazada bernilai potongan diskaun 20%. Cara sertai Maybank MyM2U Challenge korang boleh refer sini: JOIN & MENANG CONTEST MYM2U CHALLENGE

Tukar Template Blog Mesra SEO. Terima Kasih Brader Elih

Fuh.. fuh.. tahun baru, baju blog mesti nak tukar baru. Yey! Akhirnya tercapai jugak hasrat di hati nak tukar template blog. Template lama blog ni berkurun-kurun aku guna, since 2009 lagi.. tak pernah tukar. Aku kan makcik2 sikit..kurang arif bab edit kod html blog nih. Nasib baik ada blogger baik hati tolong buatkan. Terima kasih blogger Elih, akhirnya merasa jugak aku bertemplate baru.

Permulaan Tahun Baru 2017 Yang Kurang Baik

Bermulanya bunga api ambang tahun baru, terus terdengar berita kurang elok, percikan bunga api meletup di tanah sebelum sempat terbang ke langit. Ramai yang cedera, seram pulak tengok video. Mesti kucar-kacir, huru-hara nak selamatkan diri. Juga berita kenaikan harga minyak buat orang ramai naik minyak di tahun baru. Itu berita umum.

Coklat Daim & Toblerone Boleh Dimakan Orang Islam Walau Tiada Logo Halal

Coklat Daim & Toblerone Boleh Dimakan Orang Islam Walau Tiada Logo Halal Dari JAKIM
Sebelum ni, kecoh pasal coklat Daim dan coklat Toblerone tiada cap logo halal pada bungkusan coklat tersebut. Lantaran itu, menimbulkan desas-desus, halal ke tak makan coklat Daim dan Toblerone. Ye la, sebagai umat Islam kita mesti titiberatkan pemakanan kita, adakah ianya dari bahan halal ataupun tidak.

Kes Bersunat Ngeri & Menakutkan: Berkhatan Laser

Ramai Berkhatan Hujung Tahun Dan Waktu Cuti Sekolah
Awal bulan Disember ni, jam 7.00 pagi tiba-tiba rumah diketuk orang. Ingatkan ada kes emergency. HB pun buka pintu, ada seorang wanita di luar rumah. Rupanya dia nak suruh hb khatankan anak dia. Untuk pengetahuan korang, kat sini yang bukan Islam pun diorang khatankan anak-anak diorang. Anak orang Iban, Melanau memang berkhatan setiap tahun.

Aku VS Buntat VS Pak Samad: Drama 7 Hari Mencintaiku

Since Buntat Trending, Aku Mula Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku
Ye, sejak Buntat viral dan trending hari tu barulah aku terjebak tonton drama TV3 7 Hari Mencintaiku setiap episod. Pernah la, awal drama ni, masa episod pertama boring giler jalan ceritanya. Agak slow. Terus aku tak tengok lagi drama ni lagi. Then, tiba-tiba..nama Buntat jadi glamour! Drama 7 Hari Mencintaiku jadi sebutan di Facebook. Best katanya. Sedih pasal Buntat!