Sinopsis
Drama Dunia Generasi Baru
Slot Aurora TV9
Dunia Generasi Baru mengisahkan kehidupan sekumpulan remaja yang
meningkat dewasa belajar di universiti yang sama iaitu di International
University of Malaya-Wales (IUMW). Masing-masing mempunyai kerenah tersendiri. Pada
awalnya Aman (Erwin
Dawson) enggan mendaftar di universiti tersebut, namun dek paksaan ibunya
Aman terpaksa menurut perintah. Perkara yang dibimbangi Aman, dia takut
rahsianya bakal pecah!





