Cara
setting pembayaran Google Adsense melalui wire transfer
| Ada yang nak tahu cara daftar wire
transfer. Sistem pembayaran Adsense
melalui kaedah wire transfer. Aku sendiri turut memilih wire transfer untuk
terima bayaran dari Google Adsense. Sangat mudah! Duit bayaran akan masuk terus
ke dalam bank kita.
![]() |
Cara setting pembayaran google adsense melalui wire transfer |
Dulu aku panggil pembayaran Google Adsense adalah
melalui bank in ke dalam akaun bank.
Eh rupanya panggilan wire transfer
lebih tepat sebab melibatkan pembayaran dari luar negara. Bayaran dalam bentuk
mata wang asing, contoh USD, bila bayaran tersebut masuk ke dalam akaun bank
kita melalui wire transfer, bank akan caj kita, seterusnya bayaran tadi di
convert ke mata wang kita. Wire transfer cara
menerima pembayaran Google Adsense paling mudah, cepat dan selamat. Berikut
merupakan cara setting pemilihan bayaran
Adsense melalui wire transfer atau dipanggil cara daftar wire transfer.
Cara
Setting Pembayaran Google Adsense Melalui Wire Transfer
1. Daftar masuk ke akaun AdSense anda.
2. Klik ikon gear dan pilih Pembayaran
(PAYMENTS).
3. Dalam menu sidebar kiri, klik
Tetapan Pembayaran (PAYMENT SETTINGS).
4. Dalam "Bentuk pembayaran yang
tersedia", (AVAILABLE PAYMENT METHODS) klik Tambah bentuk baru pembayaran
(ADD A NEW PAYMENT METHOD).
5. Pilih butang radio untuk "wire
transfer ke akaun bank" dan klik Teruskan.
6. Masukkan maklumat akaun bank anda
dan klik Sahkan dan teruskan.
*Selepas anda isi maklumat di atas,
tertera kat bahagian payment method: Wire
transfer to bank account • • • 123
(primary) dalam ruangan pembayaran Adsense anda.
*Jika anda memerlukan bantuan tambahan
mencari maklumat kewangan anda, sila hubungi bank anda dan meminta arahan untuk
menerima transfer dari luar negara.
Ruangan
yang perlu diisi untuk sistem pembayaran WIRE TRANSFER
Field
|
Expected Length
|
Example
|
Account
holder name
|
Not applicable
|
Jane Smith
|
Bank
name
|
Not applicable
|
Acme Bank & Trust
|
SWIFT-BIC
|
The SWIFT BIC code is 8 or 11 characters:
-4 letter bank code -2 letter country code -2 letter location code -3 letter branch code (optional) |
XXXXYYZZ
|
Account
number
|
Up to sixteen digits
|
1234567898765
|
Re-type
account number
|
See above
|
See above
|
Untuk KOD SWIFT tu (SWIFT-BIC), anda kena
merujuk bank apa yang anda gunakan. Macam aku sendiri guna Maybank. Jadi KOD SWIFT Maybank yang perlu aku isi
adalah MBBEMYKL. Anda juga boleh
google untuk tahu berapa kod swift untuk bank anda. Jika anda tak pasti apa SWIFT
CODE, pergi ke cawangan bank anda, contoh CIMB ke, tanya kat pegawai sana apa
KOD SWIFT CIMB.
![]() |
Contoh pembayaran google adsense melalui wire transfer |
PERSOALAN
TENTANG BAYARAN ADSENSE MELALUI WIRE TRANSFER
Bagaimana
anda akan dibayar melalui wire transfer
Pendapatan anda akan dibayar sebulan
sekali melalui transfer ke akaun bank anda. Untuk menerima bayaran anda, anda
perlu memberikan maklumat akaun bank anda dalam akaun AdSense anda. Maklumat
ini berbeza-beza mengikut negara dan boleh didapati di Intro ke halaman
pembayaran AdSense. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi bank anda
dan meminta arahan untuk menerima transfer dari luar negara.
Berapa
lama masa yang diambil untuk wire transfer ke bank?
Dana yang dihantar oleh transfer
biasanya akan tiba di bank anda dalam tempoh 3 hari bekerja. Setelah bank anda
menerima dana, ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum dana ke dalam
akaun anda. Untuk pembayaran tempoh masa yang lebih khusus, sila hubungi bank
anda.
Akaun
AdSense saya melaporkan bahawa bayaran itu dibuat, tetapi saya tidak menerima
dalam akaun bank saya. Apa yang saya perlu buat?
Pindahan kawat antarabangsa (wire
transfer) boleh mengambil masa beberapa hari untuk tiba di bank anda, dan
mungkin terdapat kelewatan sebelum dana boleh didapati dalam akaun anda. Jika
bank anda tidak menerima bayaran dalam tempoh 10 hari bekerja, sila hubungi pihak
AdSense Support.
Apakah
bayaran/ caj untuk terima pemindahan wang dari wire transfer?
Google tidak mengenakan anda bayaran
untuk menerima dana anda, tetapi anda mungkin akan dikenakan caj oleh bank
anda. Hubungi bank anda untuk bertanya tentang kadar pertukaran dan lain-lain caj
yang akan dikenakan pada bayaran anda.
Saya
tidak bersetuju dengan caj yang dikenakan oleh bank saya. Bolehkah saya
membatalkan pemindahan wire transfer?
Tidak. Setelah dihantar ke bank anda,
pemindahan itu tidak boleh dibatalkan.
Dalam
mata wang apa yang akan saya terima hasil pembayaran Adsense melalui wire
transfer?
Google akan mengeluarkan pembayaran
sama ada USD atau Euro, bergantung kepada negara anda. Walau bagaimanapun, bank
anda boleh bertukar-tukar wang kepada mata wang tempatan untuk mendepositkan
wang ke dalam akaun bank anda.
Harap perkongsian cara setting pembayaran Google Adsense melalui wire transfer
membantu anda yang turut sama memilih kaedah pembayaran wire transfer. Segala
info adalah dirujuk menerusi Google support - Adsense help. Ah penat pulak mak
ber-story pasal wire transfer ni. Sakit pinggang mak penat menaip sambil
tunduk. Mak nak rehat kejap. Bye..
Jom
jana income dengan berblog:
29 comments
Assalamualaikum, good info, saya pilih cheq tapi nak tukar bila dapat info ni. Thanks ye
Nice info.. Tak merasa la income dari Google ni..
info yang menarik.insa allah ucing nak keluarkan pakai wire transfer ni.biasa pilih cheque je.tunggu berbulan tu sampai ..(>.<)
boleh try la nanti tapi duit x cukup lagi T_T
Salam kak yumida.. thanks atas perkongsian.. dh kmk setting wire transfer kmk.. thanks ..
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Ahmad Solo
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Thank you the sharing the most informative blog for us. It may helpfull for you all.
Java Training in Chennai
Java Training Institute in Chennai
Warning!! SPAM has been detected!
Warning!! SPAM has been detected!
Nice!
java full stack course in hyderabad, nagarajalakhmipaluri@gmail.com
java full stack developer course in hyderabad,
java full stack training in hyderabad,
java full stack institute in hyderabad,
best java full stack developer course in hyderabad.
nice!
EmoticonEmoticon