Benda ‘Tetttt…’ Ini Ditujukan Khas Buat Cikgu Cikgi Semua

16 Mei 2016, Selamat Hari Guru! Masa sekolah dulu, aku sangat seronok bila tiba Hari Guru. Pertama, sebab tak ada kelas, means tak ada sesi pembelajaran. Semua orang sibuk kunjung mengunjung bak Hari Raya. Cikgu datang dari kelas ke kelas menjamu selera. Benda nombor 2, sebab ada permainan diadakan. Sukaneka untuk cikgu. Benda nombor 3, sebab bole balik awal ke asrama. Tu zaman aku sekolah menengah dulu.

Oh cikgu:

Zaman sekolah rendah, lain pulak cerita. Sibuk balut sabun mandi, sabun cuci baju jenama KUAT HARIMAU, SABUN FAB, SABUN DOBI segala macam sabun yang jumpa dalam laci rumah. Semua nak bagi kat cikgu. Sampai 1 kelas bau wangi. Trend zaman dulu bagi hadiah Hari Guru, sabun buku. Kayalah cikgu dengan sabun.

Surprise Hari Guru Malaysia, kejutan buat cikgu, pantun guru, guru kesayangan
Surprise Hari Guru

Sempena Hari Guru yang sungguh special ni, aku ada sediakan ‘something special’ untuk cikgu. Sama ada yang pernah ajar aku mahupun cikgu seluruh Malaysia. Nah! Kasi gegar Hari Guru!! Saksikan: SURPRISE untuk CikguKu SAYANG ♥♥♥

3 comments


EmoticonEmoticon