Masalah Tiada Bekalan Air Paip

Hari ni dah masuk 5 hari tak ada bekalan air paip. Bermula hari Isnin lepas. Kalau kat sini, memang menjadi kebiasaan kalau takde air. Selalu je kes paip pecah. Lepas tu nak baiki, nak tunggu air paip tu ada balik, punya la lama. Nasib baik la ada tong biru besar tu disediakan untuk kuarters kat sini.
tak ada air paip, kehabisan air, masalah bekalan air paip, tiada air paip

Check dalam tong tu, tinggal setengah dah air dalam 3 tong biru tu. Ni kalau tong biru tu kehabisan air, terpaksa la call lori air datang. Bila lori air datang baru rasa happy, pasal boleh la mandi puas-puas dengan syampu mandian yang berbuih-buih. Baru kepala rasa segar. Sekarang ni tengah berjimat air. Pemakaian terhad. Jimat…

Air minuman kami dah sediakan awal. Dengan mengisi botol mineral besar dengan air paip. Bila-bila nak jerang air, nak memasak boleh la guna air dalam botol tu. Berkotak-kotak kami simpan. Rasanya ada 6 kotak air simpanan air paip dalam kotak tu. Langkah persediaan bila menghadapi kes tak ada air. Macam sekarang ni. Sediakan payung sebelum hujan..hmmm ngam sangat! 

5 comments

saya baca pos ini sambil klik iklan,salam kenal kak :-)

saya klik10 kali :-)

Masalah kalau air x ada kan...jenuh

alahai kesiannya... sabar ya..

Lamak dah kamek sik merasa kes sikda aek tok. Dolok kat kampung kamek selalu sikda aek. Apa gik, mandik sungge ler jawabnya. Heheh.

http://angellovesoldier.blogspot.my/


EmoticonEmoticon