Khasiat & Kelebihan Makan Jering

Buah Jering Banyak Manfaatnya!
Wah aku baru tahu rupanya jering ni banyak manfaatnya! Khasiat jering yang begitu tinggi! Beruntunglah siapa yang pandai makan jering. Kalau dulu aku begitu benci dengan bau jering. Kuat sangat! Bahkan tandas pun berbau jering dek si pemakan jering tadi.

Khasiat kelebihan makan jering (jengkol), manfaat, kebaikan buah jering,  senarai masakan resepi jering, kajian buah jering, kepentingan jering dalam kesihatan, jering boleh bunuh sel kanser, gambar jering jengkol
Gambar buah jering

Lepas mengetahui kelebihan makan jering, mungkin lepas ni aku nak buat diri aku jatuh cinta pada jering. Oh ya, kalau tak silap aku dalam bahasa Jawa jering dipanggil jengkol. Kan? Sebab senior aku dulu namanya jengkol. Katanya, maksud nama jengkol tu jering. Hihi.. Unik pulak namanya.

Khasiat Dan Kelebihan Makan Jering (Jengkol)
1. Jering dikatakan boleh menjadi ubat kanser yang mana ianya 10,000 kali lebih kuat daripada proses kemoterapi. Ye ke? Info ni aku perolehi melalui perkongsian rakan di WhatsApp.
2. Khasiat yang terdapat dalam buah jering boleh membunuh sel kanser. Malah dikatakan ianya terbukti mampu melawan semua jenis kanser.
3. Jering dianggap juga sebagai spektrum anti dadah terhadap infeksi bakteria dan kuman terbukti dari baunya yang sangat kuat. Berkesan terhadap parasit internal dan cacing.
4. Jering juga dapat menurunkan tekanan darah yang terlalu tinggi. Mengembalikan tekanan darah di paras normal.
5. Jering berfungsi sebagai anti stress, meredakan tekanan perasaan dan masalah gugup.
6. Menurut kajian, lebih dari 20 ujian makmal yang dilakukan sejak tahun 1970 merungkaikan jering boleh melenyapkan sel-sel kanser yang kritikal antaranya kanser usus, payudara, prostat, paru-paru dan pankreas.
7. Kelebihan buah jering ini menunjukkan 10,000 kali lebih baik dari produk adriamycin, ubat kemoterapi.
8. Jering melambatkan pertumbuhan sel kanser.
8. Jering hanya menghancurkan sel-sel kanser ganas dan tidak mempengaruhi sel-sel sihat di dalam tubuh badan. (Institute of Health Sciences, 819 Sweden Riset Biosains. L.L.C. Cause Street).

Senarai Masakan Resepi Jering:
1. Buah jering popular sebagai ulaman
2. Jering dijadikan jus minuman
3. Ianya juga dijadikan emping jering
4. Jering direbus dan boleh dimakan begitu sahaja seperti buah cempedak rebus
5. Jering dimasak sambal goreng ikan bilis

Korang suka makan jering? Alhamdulillah, beruntung sangat-sangat. Yang belum pandai makan jering, boleh la manjakan diri dengan jering. Moga-moga kita mendapat tubuh badan yang sihat.

4 comments

Singgah pagi....
ooooo...baru tahu.....

PC tak pernah makan jering..kalau petai tu memang kerap..hehe..

Jering rebus bersama kelapa parut..
Sudah lama tak makan...sekali makan..Allah..Bau yang harum 1 rumah..
Kikikiki

Siap review penghargaan kepada penganjur Giveaway

Follow blog AlongMisuari

Artikel TERBARU AM
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

HOT ITEM..
LeoRa For Men
LeoRa For Women

Terima Kasih
AlongMisuari

Tak minat sangat jering, petai pun dah tak boleh nak makan sebab berangin...


EmoticonEmoticon