Drama Setulus Janji TV1

Drama Setulus Janji RTM TV1 Slot Widuri| Setulus Janji mengisahkan gadis bernama Insyirah yang telah dibesarkan dalam keluarga angkatnya. Insyirah (Fida Ibrahim) mempunyai dua orang abang angkat iaitu Ilham (Azlee Khairi) dan Aiman (Shah Iskandar). Insyirah baru sahaja menamatkan pengajian dari sebuah universiti di Manchester, England. Dalam diam Insyirah bercinta dengan Aiman.
Drama Setulus Janji RTM TV1 Slot Widuri, pelakon dan gambar drama Setulus Janji TV1, novel Setulus Janji katya Aina Emir, lagu tema Setulus Janji TV1, download OST Setulus Janji, lagu Alasan Untuk Bahagia - Asfan Shah

Namun segalanya berubah bila Aiman tidak menjemput Insyirah pulang di lapangan terbang. Insyirah kecil hati dan ketika itu muncul Ilham. Ilham bekerjaya sebagai seorang pakar bedah.

Keluarga angkat Insyirah mengatur pernikahan antara Insyirah dan Ilham. Insyirah hanya akur pada keputusan keluarganya. Ketika itu Insyirah baru mengetahui Aiman mempunyai hubungan sulit dengan bekas tunang Ilham yang bernama Juwita (Nurulain Rahim).

Kebahagian mereka melayari rumah tangga tidak lama setelah terbongkar cerita Ilham sebenarnya ‘terpaksa’ berkahwin dengan Insyirah. Insyirah merajuk namun berjaya dipujuk oleh Ilham. Ketika Insyirah baru melahirkan anak sulung mereka, Adila, tragedi berlaku dalam keluarga mereka bila Aiman kemalangan dan cedera teruk. Rumah tangga mereka kembali goyah bila Ilham menuduh Insyirah sebenarnya belum lagi melupakan Aiman yang kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Konflik berlaku bila Ilham menerima Juwita sebagai isteri keduanya. Insyirah benar-benar kecewa dan membawa diri melanjutkan pengajian di Menchester bersama anaknya. Ketika di Manchester Insyirah rapat dengan Imanina (Elfira Loy), seorang pelajar Afrika Selatan yang mirip dengannya. Insyirah juga rapat dengan Rizuan (Fahrin Ahmad), lelaki yang pernah meminatinya.

Ilham turut menyambung pengajian di Manchester dan berusaha memujuk Insyirah menerima semula dirinya. Rasa cinta yang mendalam terhadap Ilham membuatkan akhirnya hati Insyirah kembali menerima Ilham. Tetapi dalam diam perasaan cemburunya kepada Juwita masih membara.

Namun bila pulang ke Malaysia hubungan mereka kembali kalut semula akibat berlaku banyak salah faham. Kemuncaknya bila Ilham menceraikan Insyirah kerana cemburukan Rizuan. Rizuan sebenarnya sudah berkahwin dengan Imanina.

Walaupun masih menyambung pengajian di Menchester, Insyirah memutuskan untuk terus menetap di Malaysia. Satu hari Insyirah bertemu semula dengan Ilham. Di situlah memujuk Insyirah untuk mereka rujuk kembali. Atas desakan semua orang dan mengenangkan masa depan Adila, Insyirah sanggup menerima Ilham sebagai suaminya kembali.

Satu hari Ilham terbaca surat lama yang pernah ditulis oleh Insyirah dan terbongkar cerita ‘isi hati’ Insyirah yang selama ini hanya menyintai Ilham seorang. Tidak ada Aiman atau Rizuan. Ilham terharu dan berterus-terang kepada Insyirah atas alasan apakah dia menikahi Juwita. Saksikan segalanya dalam drama Setulus Janji di kaca tv anda.

Pelakon Drama Setulus Janji TV1
Azlee Khairi - Ilham
Fida Ibrahim - Insyirah
Shah Iskandar - Aiman 
Nurulain Rahim - Juwita
Elfira Loy - Imanina
Fahrin Ahmad - Rizuan
Dian P.Ramlee – Cikgu Azizah
Hafizuddin Fazil – Cikgu Faisal
Roy Azman – Abang Zaki
 Watie Sadali – Kak Sal
  Leez Rosli - Nabila

Original Sound Track OST Setulus Janji
Lagu: Alasan Untuk Bahagia
Penyanyi: Asfan Shah

Gambar Drama Setulus Janji TV1 
Drama Setulus Janji RTM TV1 Slot Widuri, pelakon dan gambar drama Setulus Janji TV1, novel Setulus Janji katya Aina Emir, lagu tema Setulus Janji TV1, download OST Setulus Janji, lagu Alasan Untuk Bahagia - Asfan Shah

Gambar Novel Setulus Janji
 Drama Setulus Janji RTM TV1 Slot Widuri, pelakon dan gambar drama Setulus Janji TV1, novel Setulus Janji katya Aina Emir, lagu tema Setulus Janji TV1, download OST Setulus Janji, lagu Alasan Untuk Bahagia - Asfan Shah
Drama Setulus Janji merupakan drama yang di adaptasi dari novel Setulus Janji karya penulis Aina Emir. Novel ni aku dah baca masa zaman sekolah rendah dulu. Serius, best sangat! Ada part sedih tu bergenang air mata dibuatnya.

Saksikan Setulus Janji Slot Widuri
Tarikh drama Setulus Janji mula disiarkan: 17 Oktober 2015
Jumlah episod Setulus Janji: 26 (episod akhir)
Hari: Sabtu - Ahad
Jam: 7.00 malam
Saluran: TV1

1 comments so far

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon