Bayaran Denda RM1,000 Hilang MyKad

Bayaran Denda RM1,000 Hilang MyKad (Kad Pengenalan) Kali Ke-3
Siapa pernah hilang kad pengenalan? Haaa..berjaga-jagalah korang, sebab kalau korang hilang mykad buat kali ke-3 korang akan didenda sebanyak seribu ringgit. Mahal giler! Kempis beg duit kita!

Pengalaman hilang kad pengenalan memang tak pernah aku alami. Cuma pernah buat penggantian mykad je. Tu pun sebab cip mykad rosak. Buat kat JPN Putrajaya tahun lepas. Bayaran untuk gantikan kad pengenalan hanyalah RM10. Eh jangan tak tahu, mykad boleh siap diproses untuk tempoh sejam je! Cepat kan.. Tak macam zaman dulu-dulu kena tunggu 2 bulan baru mykad siap. Canggih katakan.

Kadar Denda Hilang MyKad (Kad Pengenalan)
1. Hilang MyKad kali pertama bayar RM100
2. Hilang MyKad kali ke-2 bayar RM300
3. Hilang MyKad kali ke-3 dan seterusnya bayar RM1000

bayaran denda rm1,000 hilang mykad (kad pengenalan) kali ke-3, kadar denda hilang mykad, gambar mykad, berapa bayar ic hilang
Gambar MyKad baruku selepas mohon ganti yang baru punya.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menetapkan RM1,000 sebagai kadar baru denda bagi kehilangan MyKad untuk kali ketiga dan seterusnya. Awas!!!

Pengecualian Denda Hilang MyKad

Ada diberikan pengecualian jugak untuk kadar denda ni. Pengecualian kepada OKU, fakir miskin, warga emas berusia 60 tahun ke atas, mengsa bencana, kes jenayah seperti samun, kecurian dan ragut serta remaja warga Malaysia berusia 18 tahun ke bawah.

So dah tahu denda hilangkan MyKad mahal, berwaspadalah kita tempat kita menyimpan kad pengenalan. Jaga identity card (IC) kita baik-baik. 

Oh… MyKad ku..kisahnya di sini:

7 comments

singgah pagi..
kena simpan dengan lebih berhati²..
sia² je nant byr rm1k...huhu

perggggggggg kena simpan elok2

tapi bergantung dengan report polis juga..kalau betul2 dirompak di ragut bayar rm10 jer...dan sebenarnya kita boleh minta pengurangan bayaran di kaunter....

hati hati..jagalah kad pengenalan itu elok elok..1000 ringgit tu boleh dimanfaatkan kepada perkara lain..

Mykad akak yang sekarang ni adalah mykad yang ketiga..hilang masa dok jb..masa tu tak de la denda ratus2 ni..kali ke tiga hilang denda rm20 je..heheh..tapi sekarang mahal betul..kena jaga elok2 la..:p

kena jaga baik-baik ni. huhu


EmoticonEmoticon