Sinopsis Sinetron Putri Nomer Satu TV9

Sinopsis Sinetron Putri Nomer Satu TV9
Putri Nomer Satu mengisahkan seorang gadis kampung yang bertukar menjadi Puteri Nombor Satu dan bertemu dengan cinta sejatinya. Nia (Nia Ramadhani) merupakan seorang gadis yang mempunyai sikap telus, lurus bendul dan periang. Dia tinggal bersama ibunya, Erna, seorang ibu tunggal dengan 2 orang lagi adik-beradiknya Safa (Putri Titian) dan Andre (Ozan).

Nia yang baru sahaja tamat sekolah menengah sudah lama mencuba mencari pekerjaan. Ini kerana dia ingin membantu keluarganya. Akibat sikap telus dan lurus bendul, Nia sering kecundang dalam kerjayanya.

Pada suatu hari, Nia memohon kerja menjadi badut di majlis sambutan kelahiran pelanggannya di butik. Nia berharapan, itulah bakal menjadi pekerjaan tetapnya. Oleh kerana sikap lurus bendulnya, Nia mencampuri perbalahan antara Amanda (Michella Putri) dan Nara (Rezky Aditya). Tanpa Nia sedar mereka sedang membuat latihan drama untuk majlis hari jadi tersebut. Nia menyebabkan majlis itu menjadi kucar-kacir. Sekali lagi, Nia bakal dipecat!

Mengetahui dirinya bakal berdepan peristiwa pahit, Nia diserang panik! Nia merayu kepada Nara agar tidak melaporkan kejadian itu kepada majikannya. Dia khuatir dirinya akan diberhentikan kerja. Arya (Raffi Ahmad) iaitu sepupu Nara cuba menenteramkan Nia. Malahan Nia diberi undangan untuk menjadi pekerja di butik tersebut. Nia teruja sekali mendengar berita itu. Arya telah menawarkan pekerjaan lebih hebat dari pekerjaannya sekarang. Siapa sangka, Arya memberikan peluang kerja dengan Nia kerana dirinya tertarik dengan kecantikan Nia. Arya jatuh hati pada Nia!

Hari pertama kerja, Nia mengadu kepada Nara bahawa ada orang yang ingin menculik dirinya. Mendengar omelan Nia, Nara tergelak ketawa geli hati. Bagi Nara, Nia hanya mereka-reka cerita.

Tapi ternyata Nia benar-benar diculik! Ketika itu, Nara terserempak dengan Nia di tepi jalan. Nia menceritakan dirinya diculik dan dimaklumkan bahawa orang yang menculik dirinya merupakan ahli perniagaan kaya yang mengaku sebagai ayah kandungnya. Nia sangat terkejut! Ini kerana selama ini Nia menyangka ayahnya telah meninggal dunia.

Semenjak hari itu, Nia berasa resah gulana. Memikirkan adakah dirinya benar-benar merupakan anak perniagaan itu? Jika ternyata benar dirinya anak kepada perniagaan itu, dia bakal menjadi jutawan! Mewarisi harta kekayaan milik ayahnya. Bakal menjadi pengurus besar syarikat! Pasti berbeda dengan keadaan dirinya sekarang. Hidup serba kekurangan dan kelihatan seperti gadis kampung.

Lebih mengejutkan lagi, Nia telah dijodohkan dengan jejaka pilihan keluarganya. Tanpa Nia sedar, bakal suaminya telah mengenali dirinya. Nara calon suami buat Nia. Nia menjadi serba salah, kerana baginya kehendak keluarganya adalah yang paling penting dalam hidupnya.  Dia tidak tergamak melihat keluarganya kecewa.

Saksikan kisah selanjutnya menerusi Sinetron Putri Nomer Satu yang bersiaran di TV9. Adakah Nia akan menikahi Nara? Atau Nia benar-benar menjadi pewaris harta keluarga hartawan? Berubah menjadi puteri nomor satu. Bagaimana pula dengan Arya, jejaka kesukaan Nia? Adakah terbitnya cinta di antara mereka? Jangan lupa tonton menerusi Sinetron Putri Nomor Satu.

Pelakon Sinetron Putri Nomer Satu
Nia Ramadhani - Nia
Rezky Aditya - Nara
Raffi Ahmad - Arya
Mikha Tambayong - Mikha
Michella Putri - Amanda
Cut Keke - Wina
Putri Titian - Safa
Ozan - Andre

Gambar Sinetron Putri Nomer Satu 
Sinopsis Sinetron Putri Nomer Satu TV9, Puteri Nombor Satu, drama puteri nombor 1, pelakon dan gambar Sinetron Putri Nomer Satu, Sinetron Putri Nomer Satu menggantikan Cinta 7 Susun, Nia Ramadhani – Nia, Rezky Aditya – Nara, Raffi Ahmad – Arya, Puteri Nomor Satu 1

Sinetron Putri Nomer Satu merupakan sinetron terbaru di TV9 yang menggantikan Sinetron Cinta 7 Susun. Saksikan lakonan hebat dan mantap Nia Ramadhani menerusi Sinetron Putri Nomer Satu. Seorang gadis biasa tetapi takdir menukar status dirinya menjadi puteri nombor satu!

Saksikan Sinetron Putri Nomer Satu
Jumlah episod Sinetron Putri Nomer Satu: 39
Hari: Isnin – Jumaat
Jam: 5.30 petang
Saluran: TV9


EmoticonEmoticon