Azam Baru Tahun 2015

Bila nak masuk tahun baru, ianya sering dikaitkan dengan senarai azam seseorang. Apa azam yang ingin dicapai untuk tahun 2015 nanti. Bagi aku, seseorang yang mempunyai azam umpama perjalanan hidupnya penuh terancang. Ada matlamat yang ingin dicapai. Ada usaha untuk melaksanakan misi azam.
Azam baru tahun 2015, panduan tetapkan azam diri, cara buat azam baru, capai matlamat dan misi untuk azam baru, senarai azam baru terbaik tahun 2015, cara laksanakan azam baru untuk berjaya, gambar azam baru tahun 2015

Blur tak tahu apa azam tahun baru anda? Takpe, boleh rujuk panduan di bawah azam-azam untuk merubah kehidupan agar menjadi lebih baik.

SENARAI AZAM BARU TAHUN 2015

1. Azam ingin menjadi orang yang sihat
Kerap melakukan senaman, melibatkan diri dengan aktiviti sukan seperti bermain badminton, futsal, bola sepak atau apa-apa sahaja permainan yang anda minat. Jagalah pemakanan anda, elakkan makanan berminyak, berlemak, terlalu manis, terlalu masin. Amalkan pemakanan diet seimbang. Bila tubuh badan sihat, akan melancarkan segala aktiviti harian anda sepanjang tahun 2015.

2. Azam ingin menjadi orang yang kekal positif
Bila mengahadapi masalah, motivasikan diri anda. Jangan terlalu dibuai emosi. Positifkan minda anda walaupun banyak dugaan yang anda tempuhi.

3. Azam ingin menjadi orang prihatin dan menghulurkan bantuan
Peka kepada kesusahan orang lain dan berusaha untuk berbakti kepada masyarakat. Sama ada dari segi wang ringgit, tenaga mahupun sokongan moral.

4. Azam ingin menjadi pekerja produktif atau pelajar cemerlang
Datang ke tempat kerja atau ke kelas lebih awal, buat persediaan awal dengan bekalan informasi yang mencukupi. Kerja lebih keras, sumbangkan idea dan hasil kerja buat syarikat.

5. Azam ingin mengutamakan keluarga
Buat perubahan dalam diri dengan menjadi ahli keluarga yang mempunyai sikap ambil berat. Kerap menghubungi keluarga, dengan itu ikatan kekeluargaan menjadi bertambah erat. Semaikan dalam diri untuk sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan berusaha untuk mengelak dari cepat terasa/ berkecil hati.

6. Azam ingin menjadi insan yang gemar membaca
Memanfaatkan penggunaan internet dengan mencari bahan bacaan di laman blog, akhbar online dan sebagainya. Malahan boleh juga baca menerusi media cetak seperti majalah, surat khabar, buku ilmiah. Banyak membaca lebih banyak pengetahuan diperoleh.

7. Azam untuk cungkil bakat kebolehan diri sendiri
Mengenal pasti kebolehan diri sendiri dengan mencuba pelbagai perkara baru yang kita tak pernah buat sebelum ni. Seperti bermain alat muzik, menjahit, menyulam manik baju, bertukang dan sebagainya. Bila berjaya mencungkil bakat kebolehan diri, pastinya ia memberi manfaat buat diri kita. Mana tahu bakat baru tu nanti boleh dijadikan sumber pendapatan.

Orang yang mempunyai azam, azam tahun baru 2015, azam kehidupan, merupakan orang yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mahu maju ke hadapan bagi merealisasikan matlamat sendiri. Indahnya orang yang mempunyai azam. Jadi, tetapkan apa azam yang ingin anda capai sempena tahun baru 2015 ni. Mudah-mudahan dengan disertai usaha, azam anda akan tercapai.

11 comments

Semoga segala azam 2015 tercapai. Hihi! :)

Selamat tahun baru yumida...semoga azam kita semua tercapai di tahun baru ini...aamiin

Assalamualaikum! Selamat Tahun baru kak Yumida ;)
Hope tabah hadapi dugaan baru!

http://cicihana.blogspot.com/

selamat tahun baru akak..

Selamat tahun baru. Semoga berjaya capai azam tahun baru!

moga azam 2015 akak tercapai :)
http://ijahoney.blogspot.com/

Semoga semua azam tercapai.. :)

Wah bagusnya kak Yumida dah sediakan siap2 azam tahun baru ni.. kalau iha tahun ni nak maintainkan apa yang dah dilaksanakan tahun lepas.. mana yang terkurang akan diedit.. dan yang paling penting nak usahakan no.7 tu dulu, hehe.. apapun harap kak Yumida dapat melaksanakan azam dengan baik, in shaa Allah.. :)


EmoticonEmoticon